Dalam tradisi ilmu hadith, nilai autoritatif seseorang ditentukan oleh keilmuannya bukan usianya. Muda tidak selalu dipandang mentah dan rendah. Malahan, kalangan tua seringkali memandang tinggi seorang pemuda apabila dia memang mahir dalam ilmu ini.
Suatu hari ulama senior di Khurasan: Ishaq bin Rahuyah mendapat maklumat bahawa "budak dari Ray (maksudnya Abu Zur'ah al-Razi) tengah dalam perjalanan untuk berjumpa dengannya. Beliau mengurung diri dalam rumah selama beberapa hari dan tidak mengizinkan sesiapa berjumpa dengannya.
Apabila ditanya sebab perilaku ini, Ishaq menjawab:
بلغني ان هذا الفتى وارد وقد اعددت مائة وخمسين الف حديث القيها عليه خمسون الفا منها معلولات لا تصح
"Aku mendapat khabar baahwa pemuda ini akan datang. Justeru, aku tengah mempersiapkan 150 ribu hadith yang akan aku bacakan kepadanya. 50 ribu daripadanya mengandungi 'illah." (al-Khalili dalam al-Irshad).
Ishaq mengiktiraf reputasi Abu Zur'ah dan bermaksud menguji kepakarannya.
Diriwayatkan bahawa Muhammad bin Salam al-Bikandi merasa sangat gugup apabila Imam al-Bukhari menghadiri majelis hadithnya. Padahal pada masa itu, beliau masih sangat muda.
Al-Bikandi berkata:
كُلَّمَا دَخَلَ عليَّ هَذَا الصَّبِيُّ تحيَّرْتُ وَألبسَ عليَّ أَمر الحَدِيْثِ وَغَيْرِهِ، وَلاَ أَزَالُ خَائِفاً مَا لَمْ يَخْرُجْ .
"Setiapkali budak ini masuk, aku menjadi bingung dan terlupa daripada hadith dan selainnya. Aku terus menerus merasa takut sehingga dia keluar." (Siyar A'lam al-Nubala).
Dari fb Ust Dr Umar Muhammad Noor
No comments:
Post a Comment