Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Saturday, November 14, 2015

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am

Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

 
5:00 am – 7:00 am

Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am

Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am

Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm

Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm

Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm

Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm

Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm

Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm

Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am

Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am

Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

6 comments:

  1. Assalamualaikum WBT.
    TIPS SIHAT DAN AWET MUDA
    .
    1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.
    2. TIADA GULA. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.
    Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.
    Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.
    Banyakkan sayur dan buah buahan.
    3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.
    4. Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.
    5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.
    Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.
    6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.
    7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.
    8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.
    9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.
    10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat langau" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.
    11. Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.
    12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.
    13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.
    *YA ALLAH PERMUDAHKANLAH KAMI MENGAMALKAN SEGALA YG TERBAIK BUAT DIRI KAMI
    YA ALLAH..AAMIIN*
    Credit to Unknown Writer

    ReplyDelete
  2. #sistembadanmanusia

    Ringkasan Jadual Waktu #sistembadanmanusia !

    Waktu Pagi
    3:00 am – 5:00 am 
    Bangun dari tidur.

    5:00 am – 7:00 am
    Telah berjaga

    7:00 am – 9:00 am
    Sarapan

    9:00 am – 11:00 am
    Tidak minum dan makan.

    Waktu Tengahari
    11:00 am – 1:00 pm
    Hanya minum air sahaja.
    Tidak kerja berat.

    Petang
    1:00 pm – 3:00 pm
    Makan tengahari.
    Rehat selama 5 minit.
    Jangan tidur.

    3:00 pm – 5:00 pm
    Minuman jus buah atau teh.

    5:00 pm – 7:00 pm
    Santai dan rehat.

    Waktu Malam
    7:00 pm – 9:00 pm
    Makan malam.

    9:00 pm – 11:00 pm
    Baring dan bersedia untuk tidur.

    11:00 pm – 1:00 am
    Waktu tidur.

    Waktu Lewat Malam
    1:00 am – 3:00 am
    Waktu tidur lena.

    Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

    #sistembadanmanusia

    ReplyDelete
  3. [PETUA IMAM SYAFIE]
    Empat perkara menguatkan badan
    1. makan daging
    2. memakai haruman
    3. kerap mandi
    4. berpakaian dari kapas
    Empat perkara melemahkan badan
    1. banyak berkelamin (bersetubuh)
    2. selalu cemas
    3. banyak minum air ketika makan
    4. banyak makan bahan yang masam
    Empat perkara menajamkan mata
    1. duduk mengadap kiblat
    2. bercelak sebelum tidur
    3. memandang yang hijau
    4. berpakaian bersih
    Empat perkara merosakan mata
    1. memandang najis
    2. melihat orang dibunuh
    3. melihat kemaluan
    4. membelakangi kiblat
    Empat perkara menajamkan fikiran
    1. tidak banyak berbual kosong
    2. rajin bersugi (gosok gigi)
    3. bercakap dengan orang soleh
    4. bergaul dengan para ulama
    4 CARA TIDUR
    1. TIDUR PARA NABI
    Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
    2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
    Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
    3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
    Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
    4. TIDUR SYAITAN
    Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
    doa.
    zikir.
    itulah kekuatan seorang muslim
    PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
    1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS..
    2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
    - Ustaz Kazim Elias..
    3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
    - Ustaz Don Daniyal..
    4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
    - Datuk Ismail Kamus..
    5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin..
    6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
    - Al-Habib Ali Zainal..
    7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
    -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..
    8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...
    9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
    -Ustaz Dasuki Rani..
    10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka! "Tapi cakap:"Jom solat, Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. InsyaAllah
    - TG Harun Din"..
    11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
    -Ustaz Pahrol...
    Rasulullah bersabda,
    Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
    SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN
    #tunnggu kedatangan ramadhan😋
    moga2 jadi pahala jariah

    ReplyDelete
  4. Menanam pokok yang sesuai dalam rumah supaya udara segar ...
    https://www.huffpost.com/entry/houseplants-improve-air-quality_l_61d758abe4b0c7d8b8ad6356

    ReplyDelete