Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Wednesday, November 25, 2026

Baca 10x pagi 10x petang

 ۲۲۳. عَنْ أَبِي أَيُّوبَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ : مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ : لَا إِلَهَ إِلَّا الله وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ كُتِبَ لَهُ بهنَّ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ بِهِنَّ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ وَرُفِعَ لَهُ بِهِنَّ عَشْرُ دَرَجَاتٍ وَكُنَّ لَهُ عَدْلَ عِتَاقَةِ أَرْبَعِ رِقَابِ وَكُنَّ لَهُ حَرَسًا مِنَ الشَّيْطَانِ حَتَّى يُمْسِيَ وَمَنْ قَالهُنَّ إِذَا صَلَّى الْمَغْرِبَ دُبُرَ صَلَاتِهِ فَمِثْلُ ذَلِكَ حَتَّى يُصبح . رواه ابن حبان وسنده حسن ٥: ٣٦٩.

223.Sayyidina Abu Ayyub berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang pada waktu pagi membaca,

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

sepuluh kali nescaya ditulis untuknya sepuluh pahala, dihapuskan sepuluh dosanya dan akan ditinggikan untuknya sepuluh darjat. Ganjaran untuknya adalah seperti memerdekakan empat orang hamba. Dan dia dipelihara daripada syaitan sehinggalah ke petang. Sesiapa yang melakukan amalan ini selepas solah maghrib juga mendapat kelebihan yang sama sehingga ke pagi." (Ibnu Hibban)

Muntakhab Ahadis, ms.369.

Sunday, November 22, 2026

Berbuat baik kepada kedua ibubapa yang telah tiada

 ٢٥٩. عَنْ أَبِي أُسَيْدِ مَالِكِ بْنِ رَبِيعَةَ السَّاعِدِي  قَالَ: بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ: إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلِمَةَ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِهَا ؟ قَالَ : نَعَمُ الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا ، وَالاسْتِغْفَارُ لَهُمَا ، وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا، وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا ، وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا . رواه أبو داود، باب في بر الوالدين ، رقم: ٥١٤٢ .

259.Sayyidina Abu Usaid Malik bin Rabi'ah Sa'idi berkata bahawa ketika kami berada di samping Rasulullah seorang lelaki daripada bani Salimah telah datang lalu berkata, "Ya Rasulullah, setelah kedua-dua ibu bapa saya meninggal dunia adakah masih ada apa-apa cara untuk saya berlaku baik terhadap mereka berdua?" Baginda bersabda, "Ya, berdoa untuk mereka, memohon keampunan untuk mereka, menunaikan wasiat mereka setelah peninggalan mereka, menghubung silaturrahim dengan orang-orang yang ada hubungan kekeluargaan melalui mereka dan memuliakan rakan-rakan mereka." (Abu Daud)

Muntakhab Ahadis, ms.491

Thursday, November 19, 2026

Kalimah dari khazanah bawah Arasy

 ۲۷۳. عَنْ أَبِي ذَرِّ ، قَالَ : أَمَرَنِي خَلِيلِي بِسَبْعِ : أَمَرَنِي بِحُبِّ الْمَسَاكِينِ، وَالدُّنْوَ مِنْهُمْ، وَأَمَرَنِي أَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ دُونِي ، وَلَا أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقِي، وَأَمَرَنِي أَنْ أَصِلَ الرَّحِمَ وَإِنْ أُدْبِرْتُ، وَأَمَرَنِي أَنْ لَا أَسْأَلَ أَحَدًا شَيْئًا، وَأَمَرَنِي أَنْ أَقُولَ بِالْحَقِّ وَإِنْ كَانَ مُرًا، وَأَمَرَنِي أَنْ لَا أَخَافَ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لَائِمٍ، وَأَمَرَنِي أَنْ أُكْثِرَ مِنْ قَوْلِ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، فَإِنَّهُنَّ مِنْ كَنز تَحْتَ الْعَرْشِ . رواه أحمد ٥: ١٥٩ .

273.Sayyidina Abu Zar berkata bahawa kekasih saya Nabi telah memerintahkan kepada saya tujuh perkara. 

1. Baginda telah memerintahkan saya untuk mengasihi orang-orang miskin dan menghampirkan diri dengan mereka. 

2. Baginda juga memerintahkan saya supaya memandang orang yang lebih rendah daripada saya (dari segi harta benda dunia) dan tidak memandang orang yang lebih tinggi daripada saya (dari segi harta benda dunia). 

3. Baginda juga memerintahkan saya menghubungkan silaturrahim dengan saudara mara walaupun mereka memalingkan diri daripada saya. 

4. Baginda memerintahkan saya supaya jangan meminta apa-apa daripada sesiapa pun. 

5. Baginda juga memerintahkan saya supaya berkata benar walaupun pahit (pada pandangan orang lain). 

6. Baginda juga memerintahkan saya supaya tidak takut cacian sesiapa dalam menyampaikan agama Allah dan risalah-Nya dan 

7. Baginda memerintahkan saya supaya memperbanyakkan sebutan,

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

kerana kalimah ini ialah dari khazanah di bawah 'Arasy Allah." (Musnad Ahmad)

Keterangan: Maksudnya ialah sesiapa yang istiqamah membaca kalimah tersebut maka akan disediakan untuknya darjah ganjaran dan pahala yang paling tinggi. (Mazahir ul-Haq)

Muntakhab Ahadis, ms.495-496.

Tuesday, November 17, 2026

Peniaga yang benar

 ۳۲.عَنْ أَبِي سَعِيدٍ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الْأَمِينُ، مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصَّدِّيقِينَ والشُّهَدَاءِ . رواه الترمذي وقال: هذا حديث حسن ، باب ما جاء في التجار ...... رقم: ۱۲۰۹ .

32.Sayyidina Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Peniaga yang berniaga dengan benar dan amanah akan bersama dengan para nabi, siddiqin dan syuhada." (Tirmizi)

٣٣.عَنْ رِفَاعَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ: إِنَّ التَّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنِ اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ. رواه الترمذي وقال: هذا حديث حسن صحيح ، باب ما جاء في التجار......، رقم: ۱۲۱۰

33.Sayyidina Rifa'ah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi bersabda -Para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang yang berdosa kecuali peniaga-peniaga yang bertaqwa kepada Allah (yakni yang tidak khianat dan menipu) serta yang berlaku baik (yakni yang melayan orang ramai dengan akhlak yang baik dalam urusan perniagaan) dan yang benar." (Tirmizi)

Muntakhab Ahadis, ms.413

Monday, November 16, 2026

Maulana Nadzrur Rahman Wafat


Mautul 'alim, mautul 'alam."

Matinya seorang ulama, adalah matinya alam (dunia)

Dunia Islam kembali berduka. Telah berpulang ke rahmatullah, Syaikhul Hadis Maulana Nadzrur Rahman, penanggung jawab usaha dakwah di Markas Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Senin 16 November 2026, dalam usia 97 tahun.

Seumur hidup beliau dihabiskan untuk dakwah, mengajak umat kembali kepada Allah, dan menjaga warisan para nabi.

Kini beliau telah tiada, ilmu pun ikut terangkat bersama kepergiannya.

Ya Allah, ampunilah beliau, rahmatilah beliau, muliakanlah tempat kembalinya, dan gantikanlah untuk umat ini pengganti yang lebih baik.

Al-Fatihah untuk beliau.

Sumber : Al Johan

Tuesday, November 10, 2026

Doa pakai baju

 ٢٦٠.عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يَقُولُ: مَنْ لَبِسَ ثَوْبًا جَدِيدًا فَقَالَ : الحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي ، وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي ثُمَّ عَمَدَ إِلَى الثَّوْبِ الَّذِي أَخْلَقَ فَتَصَدَّقَ بِهِ كَانَ فِي كَنَفِ اللَّهِ وَفِي حِفْظِ اللَّهِ ، وَفِي سَتْرِ اللَّهِ حَيًّا وَمَيْتًا. رواه الترمذي وقال هذا حديث غريب أحاديث شتى من أبواب الدعوات، رقم: ٣٥٦٠.

260.Sayyidina 'Umar bin Khattab berkata saya telah mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang memakai baju baru lalu membaca doa ini,

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي، وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي

kemudian dia mensedekahkan bajunya yang lama, maka semasa dia hidup atau pun setelah meninggal dunia, dia akan berada dalam pemeliharaan Allah penjagaan-Nya dan Allah akan menutup dosa-dosanya." dan

Terjemahan doa, 'Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan daku pakaian yang aku guna untuk menutup aurat dan aku gunakan untuk berhias-hias dalam kehidupanku. (Tirmizi)

Muntakhab Ahadis; ms.388

Dosa menghalang rezeki

۱۹۳. عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ : لَا يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلَّا الدُّعَاءُ، وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمُرِ إِلَّا الْبِرُّ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ. رواه الحاكم وقال هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه، ووافقه الذهبي ١: ٤٩٣ .

193. Sayyidina Śauban berkata bahawa Rasulullah bersabda, "Tidak ada yang boleh mengubah takdir selain daripada doa. Tiada apa-apa yang boleh memanjangkan umur selain daripada kebaikan. (Kadang-kadang) disebabkan perbuatan dosa, seseorang itu terhindar daripada rezekinya." (Mustadrak Hakim)

Muntakhab Ahadis, ms.358