Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Showing posts with label Muntakhab Ahadith. Show all posts
Showing posts with label Muntakhab Ahadith. Show all posts

Tuesday, November 10, 2026

Doa pakai baju

 ٢٦٠.عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يَقُولُ: مَنْ لَبِسَ ثَوْبًا جَدِيدًا فَقَالَ : الحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي ، وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي ثُمَّ عَمَدَ إِلَى الثَّوْبِ الَّذِي أَخْلَقَ فَتَصَدَّقَ بِهِ كَانَ فِي كَنَفِ اللَّهِ وَفِي حِفْظِ اللَّهِ ، وَفِي سَتْرِ اللَّهِ حَيًّا وَمَيْتًا. رواه الترمذي وقال هذا حديث غريب أحاديث شتى من أبواب الدعوات، رقم: ٣٥٦٠.

260.Sayyidina 'Umar bin Khattab berkata saya telah mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang memakai baju baru lalu membaca doa ini,

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي، وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي

kemudian dia mensedekahkan bajunya yang lama, maka semasa dia hidup atau pun setelah meninggal dunia, dia akan berada dalam pemeliharaan Allah penjagaan-Nya dan Allah akan menutup dosa-dosanya." dan

Terjemahan doa, 'Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan daku pakaian yang aku guna untuk menutup aurat dan aku gunakan untuk berhias-hias dalam kehidupanku. (Tirmizi)

Muntakhab Ahadis; ms.388

Dosa menghalang rezeki

۱۹۳. عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ : لَا يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلَّا الدُّعَاءُ، وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمُرِ إِلَّا الْبِرُّ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ. رواه الحاكم وقال هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه، ووافقه الذهبي ١: ٤٩٣ .

193. Sayyidina Śauban berkata bahawa Rasulullah bersabda, "Tidak ada yang boleh mengubah takdir selain daripada doa. Tiada apa-apa yang boleh memanjangkan umur selain daripada kebaikan. (Kadang-kadang) disebabkan perbuatan dosa, seseorang itu terhindar daripada rezekinya." (Mustadrak Hakim)

Muntakhab Ahadis, ms.358

Friday, October 30, 2026

Titisan air mata yang disukai Allah

 ١٠٥.عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ، أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ: مَنْ ذَكَرَ اللَّهَ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ حَتَّى يُصِيبَ الْأَرْضَ مِنْ دُمُوْعِهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ اللهُ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ. رواه الحاكم وقال هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه ووافقه الذهبي : ٤: ٢٦٠.

105.Sayyidina Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi bersabda "Sesiapa yang mengingati Allah dalam keadaan air matanya bercucuran sehingga jatuh ke bumi kerana takutkan Allah maka Allah tidak akan mengazabnya pada hari kiamat." (Mustadrak Hakim)

Muntakhab Ahadis, ms.320


 ١٠٦.عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ، قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعِ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ ، وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهْرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، وَأَمَّا الْأَثَرَانِ: فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللهِ ، وَأَثَر فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ الله . رواه الترمذي وقال هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، باب ما جاء في فضل المرابط رقم: ١٦٦٩ .

106.Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Dua titisan dan dua tanda yang paling dikasihi oleh Allah ialah 1.Titisan air mata yang gugur kerana takutkan Allah 2.Titisan darah yang gugur di jalan Allah. Sementara dua tanda ialah 1.Tanda di jalan Allah (seperti parut kecederaan, debu atau kesan berjalan di jalan Allah) dan 2.Tanda yang berlaku kerana menunaikan mana-mana kefarduan Allah (seperti tanda sujud, kesan perjalanan haji dan sebagainya).” (Tirmizi)

Muntakhab Ahadis, ms.320

Tuesday, October 27, 2026

Solat 2 rakaat sebelum safar

 ١٩٥.عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ ﷺ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ إِلَى الْبَحْرَينِ فِي تِجَارَةٍ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ صَلَّ رَكْعَتَيْنِ. رواه الطبراني في الكبير ورجاله موثقون، مجمع الزوائد: ٢: ٥٧٢

195.Sayyidina 'Abdullah bin Mas'ud berkata bahawa seorang lelaki datang berjumpa Nabi lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya ingin pergi ke Bahrain untuk berniaga." Rasulullah bersabda, "Bersolahlah dulu dua rakaat." (Tabarani: Majma uz-Zawa'id)

Muntakhab Ahadis, ms.208

Monday, October 12, 2026

Cakap baik elok tuahnya

 ١٥.عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: أَيْمَنُ امْرِئٍ وَأَشْأَمُهُ مَا بَيْنَ لَحييْهِ. رواه الطبراني ورجاله رجال الصحيح ، مجمع الزوائد: ١٠: ٥٣٨

15.Sayyidina 'Adi bin Hatim meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Tuah dan celaka seseorang berada di antara kedua-dua rahangnya yakni penggunaan lidah yang betul ialah punca tuah dan penggunaan lidah yang salah ialah punca kecelakaan." (Tabarani: Majma uz-Zawa'id)

Muntakhab Ahadis, ms 681

Tuesday, October 6, 2026

Tidak melantik ketua dari kalangan orang yang mencalonkan dirinya

 ١٤٣. عَنْ أَبِي مُوسَى له قَالَ : دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ ﷺ أَنَا وَرَجُلَانِ مِنْ بَنِي عَمِّي، فَقَالَ أَحَدُ الرَّجُلَيْنِ : يَا رَسُولَ اللهِ، أَمَّرْنَا عَلَى بَعْضٍ مَا وَلَاكَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ، وَقَالَ الْآخَرُ مِثْلَ ذَلِكَ، فَقَالَ: إِنَّا وَاللهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ ، وَلَا أَحَدًا حَرِصَ عَلَيْهِ. رواه مسلم، باب النهي عن طلب الإمارة والحرص عليها، رقم: ٤٧١٧.

143. Sayyidina Abu Musa berkata, "Saya dan dua orang sepupu saya telah masuk berjumpa Nabi lalu salah seorang daripada mereka berdua telah berkata kepada Nabi, "Wahai Rasulullah, lantiklah kami menjadi ketua di salah satu kawasan yang Allah telah lantik tuan menjadi pemerintahnya dan yang seorang lagi pun mengatakan sedemikian juga." Baginda menjawab, "Demi Allah, kami sesungguhnya tidak akan melantik sesiapa menjadi ketua daripada kalangan orang yang meminta untuk menjadi ketua atau bercita-cita untuk itu." (Muslim)

Muntakhab Ahadis, ms.650

Doa Rasulullah untuk para ketua

 ١٦٢. عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللهِ ﷺ يَقُولُ فِي بَيْتِي هَذَا: اللَّهمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا، فَشَق عَلَيْهِمْ، فَاشْقُقْ عَلَيْهِ، وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا، فَرَفَقَ بِهِمْ، فَارْفُق به رواه مسلم، باب فضيلة الأمير العادل...، رقم : ٤٧٢٢

162. Sayyidatina 'Aisyah berkata saya telah mendengar Rasulullah berdoa dalam rumahku ini, "Ya Allah, sesiapa yang menjadi ketua untuk apa-apa urusan umatku (sama ada agama ataupun dunia) dan dia menyusahkan mereka maka Engkau susahkanlah dia, dan sesiapa yang menjadi ketua untuk apa-apa urusan umatku dan dia berlemah lembut terhadap mereka maka Engkau pun berlemah lembutlah terhadapnya." (Muslim)

Muntakhab Ahadis 

Wednesday, September 16, 2026

Kaki yang diharamkan daripada api neraka

 ٠٥٣ . عَنْ أَبي عَبْسٍ رضي الله عنه يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: مَنِ اغْبَرَّتْ قَدَمَاهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَهُمَا اللَّهُ عَلَى النَّارِ رواه أحمد ٣: ٤٧٩

53.Sayyidina Abu Abs meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang kedua-dua kakinya terkena debu di jalan Allah maka Allah akan mengharamkan kedua-duanya daripada api neraka." (Musnad Ahmad), 

Muntakhab Ahadis, ms.611

Sunday, September 6, 2026

Balasan akhirat untuk para ketua

 ١٤٢.عَنْ أَبِي وَائِلٍ أَنَّ عُمَرَ اسْتَعْمَلَ بِشْرَ بْنَ عَاصِمٍ عَلَى صَدَقَاتِ هَوَازِنَ فَتَخَلَّفَ بِشْرٌ فَلَقِيَهُ عُمَرُ فَقَالَ: مَا خَلْفَكَ أَمَا لَنَا عَلَيْكَ سَمْعٌ وَطَاعَةٌ؟ قَالَ: بَلَى وَلَكِنْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يَقُولُ : مَنْ وُفِّيَ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ شَيْئًا أُتِيَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُوقَفَ عَلَى جِسْرِ جَهَنَّمَ . (الحديث) أخرجه البخاري من طريق سويد، الإصابة ١: ١٥٢

142. Hadrat Abu Wail meriwayatkan bahawa sesungguhnya Sayyidina 'Umar → melantik Bisyr bin 'Asim menjadi 'amil untuk memungut zakat daripada kabilah Hawazin. Namun Sayyidina Bisyr tidak pergi. Sayyidina 'Umar telah bertemu dengan beliau lalu bertanya, "Apakah yang telah menyebabkan engkau tidak pergi? Tidakkah engkau kena dengar dan taat kepadaku?" Sayyidina Bishr menjawab, "Bahkan, tetapi saya mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang dilantik menjadi ketua untuk apa-apa urusan orang Islam maka dia akan dibawa pada hari kiamat dan didirikan di atas jambatan neraka jahanam. (Sekiranya dia telah menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna maka dia akan selamat dan sekiranya tidak maka dia akan dimasukkan ke dalam api neraka.)" (Bukhari dan Işabah)

Muntakhab Ahadis, ms.650

Sunday, May 26, 2013

Tuntut ilmu kerana Allah

Dari Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. telah bersabda:
"Barang siapa menuntut ilmu yang sepatutnya hanya untuk menemui Allah, tetapi menuntutnya hanya untuk mendapatkan bahagian daripada dunia, tidak dapat menghidu bau syurga pada hari kiamat."
[HR Abu Daud : 3664, Muntakhab Ahadith, no.42, ms.656]