١٠٥.عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ، أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ: مَنْ ذَكَرَ اللَّهَ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ حَتَّى يُصِيبَ الْأَرْضَ مِنْ دُمُوْعِهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ اللهُ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ. رواه الحاكم وقال هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه ووافقه الذهبي : ٤: ٢٦٠.
105.Sayyidina Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi bersabda "Sesiapa yang mengingati Allah dalam keadaan air matanya bercucuran sehingga jatuh ke bumi kerana takutkan Allah maka Allah tidak akan mengazabnya pada hari kiamat." (Mustadrak Hakim)
Muntakhab Ahadis, ms.320
١٠٦.عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ، قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعِ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ ، وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهْرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، وَأَمَّا الْأَثَرَانِ: فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللهِ ، وَأَثَر فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ الله . رواه الترمذي وقال هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، باب ما جاء في فضل المرابط رقم: ١٦٦٩ .
106.Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Dua titisan dan dua tanda yang paling dikasihi oleh Allah ialah 1.Titisan air mata yang gugur kerana takutkan Allah 2.Titisan darah yang gugur di jalan Allah. Sementara dua tanda ialah 1.Tanda di jalan Allah (seperti parut kecederaan, debu atau kesan berjalan di jalan Allah) dan 2.Tanda yang berlaku kerana menunaikan mana-mana kefarduan Allah (seperti tanda sujud, kesan perjalanan haji dan sebagainya).” (Tirmizi)
Muntakhab Ahadis, ms.320
No comments:
Post a Comment