١٤٢.عَنْ أَبِي وَائِلٍ أَنَّ عُمَرَ اسْتَعْمَلَ بِشْرَ بْنَ عَاصِمٍ عَلَى صَدَقَاتِ هَوَازِنَ فَتَخَلَّفَ بِشْرٌ فَلَقِيَهُ عُمَرُ فَقَالَ: مَا خَلْفَكَ أَمَا لَنَا عَلَيْكَ سَمْعٌ وَطَاعَةٌ؟ قَالَ: بَلَى وَلَكِنْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يَقُولُ : مَنْ وُفِّيَ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ شَيْئًا أُتِيَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُوقَفَ عَلَى جِسْرِ جَهَنَّمَ . (الحديث) أخرجه البخاري من طريق سويد، الإصابة ١: ١٥٢
142. Hadrat Abu Wail meriwayatkan bahawa sesungguhnya Sayyidina 'Umar → melantik Bisyr bin 'Asim menjadi 'amil untuk memungut zakat daripada kabilah Hawazin. Namun Sayyidina Bisyr tidak pergi. Sayyidina 'Umar telah bertemu dengan beliau lalu bertanya, "Apakah yang telah menyebabkan engkau tidak pergi? Tidakkah engkau kena dengar dan taat kepadaku?" Sayyidina Bishr menjawab, "Bahkan, tetapi saya mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang dilantik menjadi ketua untuk apa-apa urusan orang Islam maka dia akan dibawa pada hari kiamat dan didirikan di atas jambatan neraka jahanam. (Sekiranya dia telah menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna maka dia akan selamat dan sekiranya tidak maka dia akan dimasukkan ke dalam api neraka.)" (Bukhari dan Işabah)
Muntakhab Ahadis, ms.650
No comments:
Post a Comment