WORLD IJTIMA ENGLAND 2026
_Shrubland Palace Ipswich_
Bayan Subuh
Sabtu 11 /7/26
Hazrat Maulana Yusuf Db
terjemahan: Hazrat Muawin Syura Malaysia Maulana Lokman
_tulisan oleh us Farkhan Daie_
Tuan² yg mulia ,
Setiap orang berusaha menginginkan kejayaan dari usaha yg dia buat .namun tidak semua manusia akan berusaha sudah pasti berjaya sebab usahanya .Allah SWT menetapkan kejayaan seluruh manusia dalam Agama Allah SWT sepertimana Allah SWT telah menetapkan setiap manusia datang ke dunia dgn satu cara kelahiran dan pergi dgn satu cara kematian.
Firaun ada kerajaan tapi gagal
Qarun ada harta tapi gagal
Namrud jadi raja tapi gagal
فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ,
Kejayaan yg sebenar Apabila seseorang selamat dari api neraka masuk dalam syurga itulah kejayaan yg sebenar.
Hazratji Maulana Yusuf rah. berkata , ada orang dia rasa dia akan berjaya dgn sebab sekian-sekian hakikatnya itu menjadi sebab kebinasaannya.
Setiap org berusaha namun tak semua orang yg berusaha berjaya dgn sebab yg dia buat.Allah SWT telah letak kejayaan seluruh manusia dalam Agama.
Namrud , qarun dan firaun walaupun nampak dia ada segalanya tapi dia tak berjaya kerana Allah SWT letakkan kejayaan dalam Agama.
Selamat dari api neraka dan masuk dalam syurga itulah kejayaan yg sebenar.ada orang rasa dia berjaya sebab dunia yg dia ada , itu bukanlah kejayaan yg sebenar.
2 perkara yg bertentangan dgn kita .satu nazar apa yg mereka nampak.kedua khabar dari Nabi Saw. para sahabat takzibunnazar dustakan apa yg mereka nampak , untuk benarkan apa yg di sampaikan oleh Baginda Saw.
Kita usaha atas kebun , kita nampak hasil.kita usaha atas perniagaan, kita nampak hasil.tapi Allah SWT telah letak kejayaan dalam amal. Solat , zakat ,bermuamalah yg baik.
Hazratji Maulana Yusuf rah. Berkata ada 2 kehidupan,
1) kehidupan syaitan yg merosakkan diri dan orang .
2) kehidupan Rahmani yg mendahulukan org lain ,susahkan diri untuk senangkan orang lain.
Ada tiga org dahaga di medan perang , dahulukan org sebelah hingga semua syahid.. kehidupan rahmani.makanan hntar rumah jiran hingga di hntar rumah sebelah sampai semula ke rumah dia.rasa org lain lebih perlu
Hazratji Maulana Yusuf rah berkata,Mujahadah akan dapat mukasyafah tersingkap segala yg dia tak nampak dan akan brlaku muharikey Mehnet lebih berusaha atas perkara yg dia tak nampak.
Para Sahabat buat usaha pada perkara yg tak nampak dgn Iman yg betul ,hingga Allah SWT beri apa yg mereka tak nampak hingga dengar bunyi syurga dan bauan syurga di dunia.
Seorang sahabat berkata,Aku berpagi-pagi dgn Iman yg sempurna, Nabi Saw tnya apa tandanya ,saya nampak ahli syurga berpelukan sesama mereka dan ahli neraka menjerit kesakitan.
Kita buat usaha atas Iman , hingga menjadi ahli Iman.di kenali atas nama Agama.org Islam hari ni di kenali dgn bukan sebab Agama. para sahabat di kenali sebagai ahli Badar ,ahli Uhud .
Para Sahabat tak terkesan dgn apa yg meraka lihat tapi hanya terkesan dgn apa yg Baginda Saw sampaikan.Iman yg mereka usahakan begitu kuat hingga mereka boleh nafikan apa yg mereka nampak dan benarkan apa yg Nabi Saw sampaikan walaupun tak nampak.
Kehidupan syaitani ialah kehidupan yg merosakkan kehidupan org lain untuk senangkan diri dia.
وَيُؤْثِرُوْنَ عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌۗ
Para kehidupan Rahmani , dahulukan org lain.
Seorang meniaga, buka kedai buka kilang , bila dapat keuntungan,dia akan semangat nk usaha lagi nk buka kedai dan kilang lagi.
Ini apa yg kita nampak di dunia.Para Sahabat usaha atas perkara ghaib.Usaha atas perkara tak nampak sehingga Allah SWT singkap kepada mereka walaupun mereka masih ada di dunia hingga mereka tambah usaha di dunia untuk dapat Redha Allah SWT.
Kita usaha atas dunia , bangun tidur usaha atas dunia ,hingga kita di kenali sebagai ahli dunia.di panggil Dr dan engeenier .usaha atas dunia maka di kenali sebagai ahli dunia. para sahabat juga ada tabib tapi usaha atas Iman ,maka di kenali sebagai ahli Iman.
اَفَرَءَيۡتُمۡ مَّا تُمۡنُوۡنَؕ
ءَاَنۡتُمۡ تَخۡلُقُوۡنَهٗۤ اَمۡ نَحۡنُ الۡخٰلِقُوۡنَ نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ الۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوۡقِيۡنَۙ
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
Kamilah yang menentukan dan menetapkan masa kematian tiap-tiap seorang di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
Bahkan Kami berkuasa menggantikan kamu dengan orang-orang yang serupa kamu tetapi tidak seperti bawaan kamu, dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
Sebagaimana kita Yakin bahawa Tiada Tuhan selain Allah SWT,Tiada yg berkuasa melainkan Allah SWT
لااله الا الله
Begitulah juga
محمد رسول الله
Menafikan seluruh cara hidup melainkan hanya cara hidup Nabi Saw saja bawa kejayaan.
Sunah Nabi Saw macam naik bahtera Nabi Nuh , siapa yg keluar dari bahtera akan gagal.
Sebagaimana di India , kiblat kita Baitullah begitulah org di aqsa sekalipun kiblatnya juga Baitullah walaupun ada di sana kiblat lama Baitumaqdis.
Kemuncak kemalian yg sebenar ialah dgn Ittiba' Sunnah. Hazrat Mulla Ali Qari berkata dalam Mirqat , bila berlaku perkara yg mencarik adat ,contohnya jalan atas air , macam mana nak beza dia ahli sihir atau wali.tengok pada kehidupan dia .jika dia amalkan Sunnah ,maka dia wali.jika tidak dia ahli sihir.
Allah SWT letakkan kegerunan dalam diri kita dgn sebab amal Sunnah.hari ni orang Islam di serang seluruh dunia kerana hilang identiti.Jauh dari Sunnah .hari ini nak kenal orang Islam terpaksa tengok kemaluan dia berkhatan ataupun tidak untuk kenal dia org Islam ataupun tidak.
Hazratji Maulana Ilyas rah berkata, kemudaratan boleh bermula dgn sebab mu'asyarah.
Hazrat Maulana Anuar Syah Kashmir rah. berkata,Iman di dalam hati tapi tanda Iman akan terzahir pada badan iaitu bila mata tak tengok perkara yg tak patut lihat , tangan tak buat apa yg tak patut dia buat.
Apabila kita tinggal cara hidup Nabi Saw ,maka luar dalam diri kita akan rosak.Apabila buang kehidupan sunnah dari cara pemakaian sekalipun maka kita telah hilang' identiti.ada orang kata, nampak luaran saya tak sunnah tapi hati saya baik .sedangkan apa yg ada dalam diri yg yakni Iman terzahir pada luaran.
Hazrat Abdullah bin Umar al-Khattab, mencari Sunnah Nabi Saw walaupun berada di dalam hutan. Hazrat Umar ,lengan nya besar ,ada org tegur, ukuran lengan Amirul mukminin ini lebih dari Sunnah ,terus dia potong.Hazrat Miqdad makan depan raja-raja, makanan jatuh ,dia kutip,org tegur ,jangan kutip sebab depan kita ni ramai raja-raja. Miqdad kata aku takkan tinggalkan Sunnah.
Mengamalkan Sunnah ikut tempat dan ikut suasana adalah tanda munafiq.hingga bila duduk dalam suasana org kafir pun dia ikut cara hidup orang kafir.ini tanda munafiq ikut suasana.
Allamah Iqbal beritahu, Kaum yg lain berubah ikut suasana ,Tapi Para Sahabat tak kan berubah walaupun apapun keadaan tetap dgn Sunnah.
Kejayaan di letakkan oleh Allah SWT bukan dalam harta dan kerajaan tapi kerana Amal.itulah punca kejayaan.jika manusia keluar dari amal Agama ,akan gagal.
Hari ni kita letakkan halat untuk selesaikan masalah.Para Sahabat selesaikan masalah dgn Amal.
Di Bumi Madinah ,satu masa berlakunya musim kemarau. Hazrat Umar al-Khattab hantar surat ke syam , minta wakil di syam ,hantar bijirin² dari syam .Maka wakil syam hantar makanan begitu banyak ,unta pertama sampai di Madinah dan unta terakhir masih di syam . Begitu banyak.
Seorang Sahabat telah sembelih kambing tapi tak keluar darah ,dia terkejut dan pengsan , setelah itu sahabat itu mimpi Nabi Saw.dalam ketakutan dia cerita pada Umar , maka Umar kumpul semua Para Sahabat dan bertnya apa yg kita telah buat ,seorang sahabat kata ,yg beri ujian ialah Allah .yg selesaikan masalah juga Allah SWT.kita telah tawajuh pada syam sedangkan kita patut minta dgn Allah SWT.Akhirnya semua istighfar..lalu Umar bawa semua kumpul di padang dan solat istisqa .datang pada Amal.dan Abbas pakcik Nabi Saw letakkan depan dan bertawassul . Ya Allah,bersama kami tiada Nabi Saw tapi ada pakcik Nabi.turunkanlah hujan.Maka akhirnya hujan di turun.
Para Sahabat bila tiada harta ,rasa selesai masalah ,tapi kita hari ini rasa masalah bila tiada harta .
Hari ni orang Islam terjerumus dalam kesusahan, sepertimana 3 orang yg tertutup dalam pintu gua , mereka tawasul dgn amal mereka .tentang akhlak , muamalat dan mu'asyarat.
Akhlak yg pertama selalu bagi mak ayahnya minum susu dulu barulah beri anak isteri saya .dahulukan ibu bapa.satu hari , saya balik mereka telah tidur .saya berdiri tunggu Tepi meraka sampai pagi.saya tak beri pada anak isteri saya selagi mak ayah saya tak makan.
Hari ini akhlak telah tercabut dari diri orang Islam.sudah tidak meletakkan pada tempat yg betul.sebagai orang Islam, Bagaimana kamu khidmat ibu ayah kamu.
Seseorang bertanya kepada Rasulullah Saw: "Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?
Nabi menjawab: "Ibumu.Orang itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "Ibumu.Orang itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi?Nabi menjawab: "Ibumu.Orang itu bertanya lagi untuk keempat kalinya: Kemudian siapa lagi?Nabi Saw menjawab: "Ayahmu.
Begitu sekali kita di ajar untuk berbakti pada ibu lebih 3 kali dari ayah kerana ibu menanggung kesusahan yg ayah tak mampu tanggung.
1)Susah payah mgandungkan anak
2)Susah payah melahirkan anak
3)Susah payah menyusukan anak.
Di dalam Tafsirul Kabir di ceritakan seorang Yahudi,datang jumpa Saidina Umar , apa maksud ayat
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
"Di Sisi Rasulullah Saw itu ada Akhlak yg Agung."
Hazrat Umar kata aku tak mampu cerita ,aku ni orang ke 40 masuk Islam.Umar kata kau tanya Bilal.dia orang yg awal masuk Islam.yahudi pergi kepada Saidina Bilal. Saidina Bilal kata aku tak mampu nk cerita.pergi pada Saidatina Fatimah, beliau anak Rasulullah Saw.Sampai pada Fatimah. Fatimah kata aku tak mampu nak cerita.kau pergi pada suamiku Saidina Ali.Bila sampai pada Saidina Ali . Saidina Ali suruh dia duduk. Ali tanyakan kamu details kan pada saya semua apa yg ada dalam dunia ini .berapa jumlah pokok ,gunung , semut dan semua yg ada dalam dunia lelaki tu kata saya tak mampu..
Saidina Ali beritahu Allah SWT nyatakan , dunia di kecik dan sedikit.
قُلْ مَتَٰعُ ٱلدُّنْيَا قَلِيلٌ
Bayangkan untuk benda dunia yg kau tak mampu nak kira ni pun Allah SWT kata kecik , apatahlagi Akhlak Nabi Saw ,Allah SWT sebutkan 'Azim iaitu Agung dan Besar .Maka tak dapat nak di ceritakan betapa hebat nya Akhlak Nabi Saw.Akhlak sgt penting bagi seorang Islam.
Ibadah kita hari ni lemah kerana kita bandingkan ibadah kita dgn orang yg tak buat .orang solat bandingkan dgn orang yg tak solat .maka nilai solat kita makin jatuh tahap solat kita.sedangkan solat kita ini perlu lihat solat Nani Saw,
صلوا كما رأيتموني أصلي
Solatlah sepertimana kamu melihat aku solat.
Solat ini mikrajul Mukmin.Tangga untuk dekat dgn Allah
Solat khusyuk itu hingga putus dari dunia .
Waktu solat , pelanggan datang nk beli barang ,ini bukan pelanggan tapi ujian.keyakinan ke arah mana , kaki kita akan bergerak ke arah apa yg kita yakin.
Itminan dan ihtimam.solat ada tomakninah tenang.
Hazrat Umar r.a nak solat subuh , org tikam Umar , Umar kata sempurnakan solat.dalam keadaan cedera sgt parah nazak hampir mati ,tapi tetap berkata tiada bahagian dalam Islam bagi orang yg tak solat .hari ni kita sedar tapi RUH tak sedar.dusuk di kedai makan ,dengar azan tapi buat tak tahu sebab RUH tak sedar.
Solat mesti ada sifat Ihsan .apa itu Ihsan
أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
Kerana Solat dgn merasakan sekurang-kurangnya Allah SWT sedang melihat saya.
Untuk sempurnakan semua perkara ini kita kena sebarkan perkara ini dgn keluar Jalan Allah SWT.sebarkan Dakwah.jika Para Sahabat tak keluar sebarkan Agama,meraka duduk Madinah beribadah saja tak sebarkan Dakwah, maka Islam tak de di England seperti hari ini .
Setelah Abu Bakar jadi khalifah, Jemaah Usamah di keluarkan hingga kata Saidatina Aisyah, 3 hari di Madinah tiada seorang lelaki baligh di Madinah .
Abu Bakar kata kalau orang bayar zakat zaman Nabi Saw unta dgn Tali ,skrg unta tanpa tali aku akan perang .Agama tak kan brkurang selagi aku masih hidup.Semua Para Sahabat di keluarkan ke Jalan Allah. Zaman kita, jangan bayar unta tak de tali bahkan amalan Agama sekecil tali pun dah tiada dalam sbhgian diri orang Islam pun kita masih lagi rasa tak perlu untuk saya keluar jalan Allah SWT..
Kita mengaku cinta Nabi Saw.kita tipu.Nabi Saw korbankan seluruh kehidupan Nabi Saw hingga rumah Nabi tiada makanan untuk kita kenal Allah SWT tanda cinta Nabi Saw pada kita tapi hari ini kita berkira-kira untuk korbankan harta untuk cinta Nabi Saw.
Berlalu satu purnama dan datang purnama baru dalam keadaan rumah Nabi Saw tiada makanan.rumah Kita ada semua hari ini tapi kita tak sedia korbankan untuk Agama Allah SWT.
Saya tak boleh keluar ,sebab bini saya siapa nak jaga .saya tak boleh keluar nanti kedai saya siapa nak jaga.Para Sahabat juga ada masalah tapi tetap keluar Jalan Allah untuk bawa Agama pada kita hari ini meraka buat pengorbanan.
Setiap kita ada keuzuran dan urusan masing-masing..bila kita di panggil untuk keluar Jalan Allah SWT, kita ada keuzuran,tengok kehidupan Para Sahabat yg juga ada keuzuran yg sama .apa yg sahabat buat.Sahabat juga melalui yg sama.
اِنْفِرُوۡا خِفَافًا وَّثِقَالًا وَّجَاهِدُوۡا بِاَمۡوَالِكُمۡ وَاَنۡفُسِكُمۡ فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ ؕ
Dengan Ayat ini berangkatlah ke Jalan Allah SWT dalam keadaan senang ataupun susah.
1)Abu Ayyub Ansari sudah tua tetap berangkat ke Jalan Allah
2)Miqdad gemuk pun keluar Jalan Allah
3)Abu Talhah juga keluar Jalan Allah walaupun harta banyak.sudah 4 zaman sudah keluar dari zaman Nabi Saw,Zaman Abu Bakar ,Zaman Umar dan skrg Zaman Usman.saya tetap keluar Jalan Allah.
Hazrat Ibrahim As telah tinggalkan keluarga di lembah yg kering kontang ..Allah SWT jaga keluarga Ibrahim.
Untuk pernikahan kita belanja puluhan ribu . untuk hajat kita belanja banyak.akan tetapi kemurtadan berlaku seluruh dunia pun kita tak sanggup nak kekang perkara tersebut dgn belanjakan harta.
Waktu hijrah , Abu kahafah belum Islam ,ayah Abu Bakar kata pasti ayah kamu tak tinggalkan apa-apa.Hazrat Asma letakkan batu ,tutup dgn kain.atuknya Buta, bagi tangan dia rasa batu itu ,maka dia yakin abu Bakar tinggalkan harta untuk keluarga sedangkan habis semua untuk Agama.di Tabuk pun begitu juga .
Kita hari ini kita faham , rumah bertambah untung . perniagaan bertambah untung.hakikatnya sahabat faham bila harta habis korbankan untuk Agama inilah untung.
لَنۡ تَنَالُوا الۡبِرَّ حَتّٰى تُنۡفِقُوۡا مِمَّا تُحِبُّوۡنَ
Hazrat Abu Talhah r.a korbankan kebunnya dan beritahu isterinya
Rabihal Ba'i perniagaan yg menguntungkan. Ini kefahaman Para Sahabat.
Untuk itu takaza seluruh dunia ada di depan kita skrg.. untuk itu kita semua sedia insyAllah..kejayaan ijtimak ialah bagaimana setiap orang pulang dgn sambut takaza .insyAllah
وَإِذَا سَمِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعۡيُنَهُمۡ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمۡعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ ٱلۡحَقِّ
Sahabat menangis sebab tak de kenderaan nak keluar Jalan Allah..Allah SWT cerita dalam Quran sampai kiamat kita baca.menangis sebab nak keluar jalan Allah.untuk itu semua sedia insyallah
No comments:
Post a Comment