Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

13 PERKARA PUNCA REZEKI

Sunday, April 19, 2020

1) TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezki dari jalan yang tak disangka-sangka

2) TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan dia.


3) SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki"

4) SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)

5) ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan

6) SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih

7) SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki

8) TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

9) NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

10) DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi

11) TILAWAH QURAN -kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya

12) ZIKIR PAGI PETANG - ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu

13) PEKERJAAN- berusaha di atas asbab

Perkara 1-12 terdapat perintah & jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.

Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH...dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung..tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak...

NAMUN BUKAN BERMAKSUD TIDAK BEKERJA & USAHA...Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahwa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK semoga beruntung(al-Jumuah:10)...dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah.

Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1-12.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sumber >

12 comments:

  1. Jangan Mengeluh Duit Tak Cukup Je, Inilah 10 Sumber Rezeki Yang Telah Ditentukan Untuk Kita, https://www.google.com/amp/semuanyajdt.com/10-sumber-rezeki/amp/

    ReplyDelete
  2. http://www.addeen.my/index.php/rohani/ibadah/item/1108-sumber-rezeki-bentuk-peribadi

    ReplyDelete
  3. 10 Punca Rezeki Yang Dijanjikan Allah, https://pengembarakehidupan.com/10-punca-rezeki-yang-dijanjikan-allah/

    ReplyDelete
  4. Rezeki Bukan Hanya Pada Duit. Ini 10 Jenis Rezeki Allah Untuk Setiap Manusia Di Muka Bumi, https://says.com/my/seismik/jenis-rezeki-allah

    ReplyDelete
  5. 7 TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT, http://www.zakatpahang.my/index.php/artikel/item/59-7-tanda-rezeki-diberkati-allah-swt

    ReplyDelete
  6. Benarkah 9/10 Punca Rezeki Adalah Dari Perniagaan, https://www.google.com/amp/s/tzkrh.com/benarkah-9-10-punca-rezeki-adalah-dari-perniagaan/amp/

    ReplyDelete
  7. Rezeki Boleh Tersekat & Berkurang Jika Suami Selalu Buat Kesalahan Besar Ini, https://www.google.com/amp/s/my.theasianparent.com/punca-rezeki-tersekat/amp

    ReplyDelete
  8. Nasihat Dari Para Jutawan
    Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.
    Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?
    Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.
    "Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."
    Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.
    "Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."
    Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.
    "Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."
    Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.
    Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka
    Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.
    Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.
    Tiba tiba, bila saya buka beg duit.
    Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?
    Aduh !!!!!
    Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.
    Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.
    Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.
    "Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."
    Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.
    Sambungan >>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. >>>Sambungan
      "Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.
      Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.
      Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?
      Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.
      "Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."
      Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.
      Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.
      Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.
      Allahuakbar.
      Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.
      Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.
      Syukur Alhamdulillah.
      Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.
      Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.
      Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
      Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.
      Kali ini, saya berdoa kepada Allah.
      "Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

      Jangan takut
      untuk bersedekah.
      Allah Allah.....
      Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.
      Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.
      Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.
      Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.
      Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.
      Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.
      Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. In Shaa Allah.

      Delete
  9. 6 JENIS PERNIAGAAN MODAL RENDAH TAPI PULANGAN BERSIH RM10,000 SEBULAN.
    Pilihlah mana2 yang sesuai dengan korang.
    1- Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan rm1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat/kilang) paling koman korang akan dapat rm350 sehari × 30 hari = RM10,500
    2- Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji rm130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar rm60, kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, so kita akan dapat sehari rm340 × 30 hari = RM10,200
    3- Menjual nasi rm4 dikawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan fb untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah rm360 × 30 hari = RM10,800
    4- Jual air rm1/cup depan sekolah time pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg & sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg. Menjual 300 cup untuk satu sesi itu bukan perkara yg mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat rm600 kasar. Rata2 penjual air bgtau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat rm480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080
    5- Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yg berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (rm2,560) = RM10,240
    6- Jadi agent jualan produk, pilih yg laku keras bulan tu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi rm50/item, jual guna fbads (tak tau guna fbads pergi belajar - power editor), sehari letak kos iklan rm80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak rm550, tolak kos harian iklan rm80 dan bayaran pos rm110 = bersih rm360 × 30 hari = RM10,800
    Ada banyak lagi perniagaan yg memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dulu. Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dgn diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.

    ReplyDelete
  10. Seorang jejaka yang tidak lulus ujian masuk universiti, dinikahkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis pingitan di pekan dan ada pertalian.
    Untuk memberi nafkah kepada isterinya, dia mencuba menjadi guru sekolah tadika dan mulai mengajar. Oleh sebab tidak mempunyai kelulusan latihan mengajar, belum sampai satu minggu dia sudah diberhentikan.
    Setibanya di rumah, si isteri cuba menenangkannya dengan berkata: "Banyak ilmu dalam kepala, ada orang yang boleh menuangkannya, dan ada pula yang tidak. Tidak perlulah bersedih kerana hal ini. Mungkin ada pekerjaan lain yang lebih sesuai sedang menanti."
    Kemudian dia mencuba pula pekerjaan lain, namun dipecat juga kerana tidak cekap.
    Si isteri merenung wajah suaminya seraya berkata: "Kecekapan seseorang itu berbeda, orang lain sudah bekerja beberapa tahun lamanya, abang hanya lepasan sekolah; bagaimana boleh jadi cekap?"
    Dia mencuba lagi dengan pelbagai pekerjaan lain, namun tidak ada satu pun yang berhasil; semuanya gagal di tengah jalan.
    Namun demikian, setiap kali dia pulang dengan patah semangat, si isteri yang setia terus sahaja memberikan kata-kata perangsang; dan tidak pernah sedikit pun mengeluh.
    Bila sudah berumur 30-an dan punya anak kecil 3 orang, dia mulai mendapat berkat sedikit demi sedikit melalui bakatnya berbahasa; dan menjadi seorang pembimbing di Pusat Ehsan.
    Kemudian dia membuka kedai kecil-kecilan menjual alat-alat bantu bagi orang-orang cacat, serta berhasil pula membesarkan kedai tersebut.
    Akhirnya dia menjadi pembekal tetap bagi peralatan orang cacat. Dan maju, serta memiliki kekayaan yang bertapak dari kedainya itu.
    Suatu hari, dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada isterinya: "Kenapakah ketika dulu masa depanku sedang suram, adik tetap begitu percaya padaku?"
    Jawab si isteri sangat sederhana: "Sebidang tanah yang tidak sesuai ditanami gandum, boleh dicuba untuk ditanami kacang. Jika kacang pun juga tidak boleh tumbuh dengan baik, dicuba lagi tanami buah-buahan. Jika buah-buahan pun juga tidak boleh tumbuh, maka semaikanlah dengan bibit gandum hitam, pasti akan berbunga, kerana pada sebidang tanah itu pasti ada bibit yang sesuai untuknya; dan boleh menghasilkan tanaman yang bersesuaian pula."
    Mendengar penjelasan si isteri, menitislah air dari kelopak matanya kerana rasa terharu.... Keyakinan yang kuat, serta ketabahan dan kasih sayang si isteri, bagaikan sebutir bibit hitam yang harum lagi unggul.
    Prestasi dirinya adalah berkat keajaiban bibit unggul yang kukuh hingga tumbuh kembang jadi kenyataan.
    Di dunia ini tidak ada seorang pun yang menjadi sekadar sampah merempat, akan tetapi seseorang itu hanya tidak berada di tempat yang tepat dan berkat.
    Setelah membaca cerita ini, jangan dibiarkan sepi sahaja, teruskan hantar kepada orang lain.
    Anda akan ikut berbahagia apabila orang yang tadinya susah berhasil mengubah kehidupannya.
    Lapan kalimat di bawah ini adalah intisari kehidupan :
    1. Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, biarpun diberi gunung emas tidak akan boleh merasakan kebahagiaan.
    2. Orang yang tidak boleh bertolak-ansur, seberapa banyak pun temannya, akhirnya akan bersendirian.
    3. Orang yang tidak tahu bersyukur, seberapa pintar sekalipun, tidak akan berjaya.
    4. Orang yang tidak bertindak berlandaskan kenyataan, seberapa cerdas sekalipun; tidak akan tercapai cita-citanya.
    5. Orang yang tidak mahu bekerjasama dengan orang lain, seberapa giat sekalipun kerjanya tidak akan mendapatkan hasil yang terbaik.
    6. Orang yang tidak mampu menyimpan, dapat rezeki terus pun; tidak akan boleh menjadi kaya.
    7. Orang yang tidak mahu merasa puas (qanaah), seberapa kaya pun tidak akan bahagia.
    8. Orang yang tidak menurut nasihat orangtua, sekalipun dia bekerja kuat; hidupnya tidak akan berkat.
    # Di dunia ini TIDAK ADA ANAK NAKAL.
    # Di dunia ini TIDAK ADA ANAK BODOH.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum
    Tadi di ATM 7E ada abang ni marah marah duit gaji belum masuk. Saya diam tanda faham. ada orang setiap bulan duit dia cukup cukup untuk perbelanjaan dapur dan segala bil bil lain sahaja. Bila duit gaji lambat masuk memang stress. Nak buat simpanan tu jauh sekali.
    Saya masih ingat april 2017.
    Kisah adik ipar saya di Bank. Seorang Makcik minta tolong check baki dalam akaun beliau. Bila check ada RM20 baki.
    "Makcik dalam akaun ada rm20" kata adik saya.
    "Belum masuk lagi ya, takpelah makcik puasa LAGI hari ini". Ambil card terus keluar bank. Orang ramai yang dengar perbualan tersebut panggil makcik nak bantu, tapi dia terus keluar dari bank dengan cepat.
    Adik saya meluru ke kereta cerita masalah ini, kami pusing satu pekan tak jumpa .
    Sehingga ke hari ini apabila ke bank check duit saya ingat makcik tersebut. Puasa lagi kah dia hari ini. Duit dari siapakah yang dia harapkan itu.
    Kisah begini pernah saya jumpa. Ketika itu saya nak masukkan duit klinik. Sorang pakcik datang ke bank untuk masukkan duit rm100 ke akaun anak beliau. Datang dengan baju seperti dari kebun. Rm100 beberapa kali reject dari mesin sebab keadaan duit tidak bagus.
    "Pakcik rm100 ni mesin tak terima, ada duit lain tak?"
    "Ini jelah duit pakcik nak. Itu pun pinjam dari tauke. Pakcik ambil upah potong getah. Anak call katanya nak pakai duit"
    Sedang kami berbual, datang sorang abang bagi kat pakcik ini rm500 cash. hari ini saya untung meniaga, pakcik ambillah duit ini HADIAH dari saya. Orang dalam bank semua tergamam. Saya lagilah. Terus pakcik menangis dan doa untuk abang tersebut.
    Tuan puan kita kadang-kadang rasa susah, rupanya ada lagi insan lagi susah dari kita. Banyak nikmat yang Allah berikan, tapi banyak kita lupa. Hebat hidup orang yang suka bersedekah . Penuh keberkatan dan bahagia. Saya cemburu dengan abang tersebut sehingga ke hari ini. Rm500 sedekah tanpa soal selidik. Saya nak masukkan rm50 dalam tabung masjid menggigil tangan. Ya Allah lemahnya iman untuk bersedekah.
    Sebab itulah kita jangan hasad tengok orang kaya,kereta mewah,rumah besar atau suka post kemewahan mereka di media sosial. Sebab kita tidak tahu berapa banyak telah mereka belanjakan duit mereka untuk bersedekah kepada fakir miskin.
    Moga kita semua jadi insan hati yang mulia, sayang dan cinta kepada setiap insan. Jadikanlah SEDEKAH satu HOBI yang baru untuk kita. Tanamkan rasa penyesalan jika tidak bersedekah. Asbab sedekah moga Allah redha dengan kita insyaallah.
    😢😢😌
    #SedekahAllahSayang
    #SedekahSetiapHari
    #SMT Creative

    ReplyDelete