Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Kucing

Saturday, April 18, 2020

Tahukah anda...? 

Kucing merupakan makhluk yg berkat..mengapa?
Kisah ini dipetik drpd kisah Badiuzzaman Said Nursi Beliau seorg pejuang dan pemikir islam Turki. Ketika beliau berseorangan di pondok, beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing..terlintas dihatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yg berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain makan dan tidur saja tidak seperti makhluk lain yg melakukan pekerjaan..
Pada malam itu Badiuzzaman Said Nursi ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya. Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Badiuzzaman Said Nursi lalu berzikir
" YA RAHIM" berulang ulang kali..Pada awalnya beliau berkira ia hanya 1 mimpi namun ia memang benar.. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing2 ini mengiau dgn menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan.. Kucing2 ini seperti sedang merayu kpd tuhanNya yg bersifat AL- RAHIM Allahuakbar ..tanpa kita sedar inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yg berkat di sisi Allah dan kucing tidak berzikir dgn nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dgn manusia. Kucing sgt memerlukan belas kasihan dprd manusia.
Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan dprd tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa utk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya krn tidak kedekut berkongsi rezeki dgn makhluk sepertinya..dan adakah kita mengira doa drpd kucing ini tidak makbul? Ia pasti makbul krn darjatnya tinggi di sisi Allah walau ia hanya seekor kucing.
Dan kucing lah haiwan kesayangan Rasulullah..jadi kwn2 sayangilah kucing dan jgn pernah sesekali menzaliminya..ketahuilah bhwa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat utk kita..setidak tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing2 ini Allah akan redha pada kita dan dpt menolong kita di akhirat kelak 
Hormat sapa yg sudi kongsi makanan ngn kucing.
#PatutlahRezekiTidakPutus

3 comments:

  1. Pencinta kucing harus baca...rahsia kelebihan memelihara kucing dari sudut spiritual (versi Bahasa Malaysia)
    MISI SEEKOR KUCING
    Ramai yg menyangka kucing tidak mempunyai apa2 pekerjaan, mereka hanyalah makhluk pemalas yg hanya tau makan dan minum. Hurm, bukan itu sebenarnya !
    Adakah anda tahu bahawa dizaman ini lebih ramai org memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing ???
    Saya akan merungkai beberapa tips rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui...
    Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian utk menyingkirkan energi negatif dr tubuh kita.
    Sebaik shj kita tido, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih ramai org dlm satu keluarga, dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini...
    Apabila mereka tido, badan kucing akan melepaskan energi negatif yg telah mereka serap dr kita td. Jika kita terlebih stress, kucing akan mengambil lebih masa utk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dlm badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yg kita berikan!
    "Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban utk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka."
    Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yg tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur...
    "Sebab itu mereka suka tido di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik2 sahaja, mereka tidak akan tido dengan kita di malam itu."
    Sekiranya ada sesuatu yg pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil utk melindungi kita...
    Jika ada org yg berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita utk melindungi kita. Kita harus la berwaspada. Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa boleh berehat.
    Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pd saat itu...
    'Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda!". Berterimakasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh sikucing utk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, cari la tempat yg sesuai utk nya.
    Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab2 yg diketahui, dan di dalam mimpi kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda.
    "Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing." Kerana ia pasti kembali kepada anda utk memenuhi tanggungjawabnya....kucing menyembuhkan kita."
    Kucing adalah makhluk yg comel, kasih mereka kepada kita sgt jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yg berbeza utk menzahirkan kasih mereka.
    "Mereka adalah sahabat teragung dan terbaek antara semua2 sahabat..."
    *Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal utk mencintai seseorang secara mendalam, kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka."
    - Translated by MyOwnPetShop
    - Ctto. Taken from : Maktub

    ReplyDelete
  2. https://www.hindustantimes.com/it-s-viral/cat-carries-her-sick-kitten-in-a-hospital-in-turkey-pics-make-everyone-go-aww/story-wNljuwaavIrB1YWGsuiKFO.html

    ReplyDelete
  3. Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

    Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

    Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

    Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

    Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

    Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

    Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

    Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

    Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

    Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

    Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

    Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

    Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

    Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

    Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

    Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

    Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

    Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

    Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

    WallahuA'lam

    ReplyDelete