Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Dibantu jawab soalan Munkar dan Nakir

Friday, February 4, 2022

Ketua wali2 besar, Hadrat Shibli rah. meriwayatkan: Salah seorang jiranku meninggal dunia. Daku melihatnya di dalam mimpi dan bertanya bagaimana dia dilayani. Beliau berkata, "Wahai Shibli! Daku telah mengalami kesusahan yang besar dan tidak dapat menjawab dengan sebaiknya pertanyaan Munkar dan Nakir. Daku berkata di dalam hatiku: Wahai Tuhanku! Sungguh malangnya nasibku. Daku hairan adakah daku mati di dalam tidak Islam? Kemudian daku mendengar satu suara yang ghaib berkata: "Ini adalah azab di atas pertuturanmu yang tidak berhati-hati". Selepas itu bila kedua-dua malaikat datang mahu mengazabkan aku, seorang yang sangat kacak muncul di antara aku dengan mereka. Badannya begitu harum sekali. Dia memberikan daku jawapan yang betul bagi pertanyaan malaikat2 itu yang mana dengan segera daku menyebutnya. Daku bertanya kepadanya: Semoga Allah mengasihimu, siapakah kamu?". Dia menjawab, "Daku ialah seorang yang dicipta kerana Selawat mu. Daku telah diperintahkan untuk menolongmu di dalam kesusahan".

*Dipetik dari Fadhilat Selawat.

No comments:

Post a Comment