Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Bila bertanya 'pakar'..

Friday, February 11, 2022

1. Pernah aku bertanya kepada guru sekolah rendah yang  'pakar' matematik, maklumlah dah ajar bertahun2 di sekolah rendah.

2. Dia berikan justifikasi kenapa murid kena belajar semua yang ada dalam silibus aka DSKP maths sekolah rendah, kerana semua itu katanya akan digunakan nanti dalam matematik di peringkat lebih tinggi, termasuk utk murid tersebut nanti nak jadi engineer.

3. Dia guru 'pakar' ...

kerana dah lama mengajar.. yg aku tahu.. dia tak pernahpun jadi engineer walau sehari.. tak tahu plak kenapa.

4. Disinilah persimpangannya bila setiap 'pakar' sekolah rendah yg dah lama mengajar ini ingin menyediakan murid bakal menjadi engineer, 'pakar' lain nk jadikan ustaz, 'pakar' satu lagi nak jadikan saintis.. 'pakar-pakar' seterusnya nak jadikan murid sbg linguist, atlet, sejarawah, goeologist, artist, nutritionist, data scientist .. boleh bina spaceship tak lama lagi.

5. Aku belum pernah plak lagi jumpa, ada murid bercita-cita nak jadi semua itu serentak .. dalam masa yang sama.. di sekolah rendah. Nak jadi boboboy adalah..

6. Cikgu yg pakar yg dah lama mengajar tadipun mungkin dulu bercita2 nk jadi engineer tapi tak kesampaian.. tak tahu kenapa... lalu jadilah cikgu Maths sampai la ni. 

7. Aku cuma kurang mengerti.. kenapa tidak realistik dlm menyediakan silibus utk anak2 sekolah rendah ini ?

8. Bila aku tunjukkan LO sains yg jadi silibus baharu Science di UK.. semua macam tak percaya - awat ringkas dan terbuka ? Boleh jadi scientist.. chemist.. engineer kah murid2 disana ? Bagaimana dgn astronout ? Mungkin kah ?

9.  Kita sahaja yg tak mahu tahu betapa mereka realistik dan berempati.. sehingga bukan sahaja itu,  subjek di sanapun kurang dgn kelas yg besar dan bilangan murid yg kecil dlm 20 - 25 orang. Itupun OECD bising suruh capai ratio 16 setiap kelas.

10. Jika satu subjek di UK kurang 30 %  dari DSKP,  bayangkan jika 5, 6 subjek ?  Bukan bermakna guru boleh goyang kaki tapi boleh ada masa utk aktiviti, diskusi, presentation, digestion, exploration dan interaction.

Salam ♥️ sayang buat anak-anak sekolah rendah..  berat mata memandang berat lagi beg yg dipikul..

Sumber OT https://www.facebook.com/100000886886607/posts/5063606693678843/

No comments:

Post a Comment