Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

PERBEZAAN ANTARA FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH: SOLAT JUMAAT DLM MASA PKP COVID-19

Friday, May 21, 2021

Kedua-dua perkara ini iaitu fardu ain dan fardu kifayah wajib dilaksanakan oleh setiap mukallaf.


Perbezaan antara kedua-duanya ialah fardu ain wajib dilakukan oleh setiap muslim yg mukallaf. Seseorang yg melakukan fardu ain maka ia sudah terlepas daripada kewajipan utk menunaikannya, tetapi org lain yg masih belum melaksanakannya, maka masih tidak terlepas daripada kewajipan tersebut. Justeru dlm hal ini, tidak mungkin sama sekali hukum fardu ain itu berpindah kepada hukum fardu kifayah. Selamanya tidak akan berpindah hukum antara kedua-duanya kerana masing-masing bertanggungjawab utk melaksanakannya.


Adapun fardu kifayah, apabila ada sebahagian masyarakat telah melaksanakannya, maka gugur hukum wajib ke atas org lain utk menunaikannya. Sekiranya tiada siapa yg melaksanakan kewajipan fardu kifayah itu, maka kesemua org yg berada di sesuatu kawasan akan berdosa kesemuanya. Fardu kifayah boleh berpindah kpd fardu ain dlm hal2 tertentu seperti dlm kes amar ma'ruf nahi mungkar iaitu apabila seseorang ternampak kemungkaran berlaku di hadapannya tetapi orang lain tidak nampak, maka wajib ain ke atasnya mengubah kemungkaran itu walaupun hukum asalnya adalah fardu kifayah.


Berdasarkan perbezaan dua perkara ini maka timbul persoalan mengenai solat Jumaat pada masa PKP COVID-19. Bagaimana kita hendak mengaitkan kedua-dua ini dgn isu solat Jumaat yg didirikan pada masa PKP COVID-19? Adakah hukum fardu ain solat Jumaat telah berpindah kepada hukum fardu kifayah? Di atas, kita telah nyatakan bahawa hukum fardu ain selama-lamanya tidak boleh berpindah kpd hukum fardu kifayah. Namun begitu, ada segelintir yg berpandangan bahawa hukum solat Jumaat pada masa COVID-19 ini telah pun berpindah menjadi fardu kifayah.


Berdasarkan permasalahan di atas timbul persoalan, adakah ketika PKP COVID-19 ini, hukum org yg tidak mengerjakan solat Jumaat dikira berdosa, sehingga perlu ada sekumpulan org lain menggalas tanggungjawab itu utk mendirikan solat Jumaat? Jika begitu keadaannya, adakah apabila ada sekumpulan org lain menunaikan solat Jumaat pada masa PKP COVID-19 ini, maka gugur dosa org lain yg tidak solat Jumaat kerana dianggap berdosa tidak melaksanakannya? Selain itu, tidakkah ulama kontemporari telah pun berfatwa bahawa menunaikan solat Jumaat ketika COVID-19 yg merebak dgn begitu berleluasa, gugur kewajipannya sebab ada keuzuran, kerana virus ini sangat merbahaya apabila org ramai berkumpul dlm sekala yg ramai? Jika beginilah fatwa yg dikeluarkan, tidakkah jika tidak dilaksanakan solat Jumaat ketika COVID-19 ini, tidak berdosa walaupun dlm tempoh tertentu dilaksanakan PKP?


Bagi meraikan situasi kini, mungkin lebih elok kita jawab begini, sebenarnya hukum fardu ain solat Jumaat tidaklah berpindah kpd fardu kifayah dlm situasi apa pun termasuklah kes COVID-19 ini. Kewajipan solat Jumaat bagi setiap muslim hukumnya tetap fardu ain, cuma dlm situasi kini, gugur kewajipannya disebabkan wabak COVID-19 yg melanda dunia dan merebak dgn meluas termasuk di Malaysia, sifatnya sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa manusia. Oleh itu, kewajipan solat Jumaat gugur disebabkan hal tersebut serta diarahkan pula oleh pihak berwajib, lalu diganti dgn solat Zohor di rumah masing2. 


Adapun ulil amri membenarkan sekumpulan org mendirikan solat Jumaat dlm bilangan tertentu, maka hal ini kerana mengambil kira berkaitan dgn syiar Islam, agar solat Jumaat tetap dilaksanakan walaupun dlm jumlah yg minima kerana solat Jumaat merupakan salah satu syiar Islam yg tidak patut diabaikan. Hal ini kerana daripada tidak dikerjakan langsung solat Jumaat, maka lebih afdal dikerjakan juga walaupun dlm bilangan jemaah yg minima. Apabila cukup bilangan minima, maka telah cukup syarat utk mendirikan solat Jumaat bagi tertegaknya syiar Islam itu walaupun dalam keadaan yg tidak sempurna.


Berbeza dgn fasa PKPB satu ketika dahulu kerana waktu itu virus sudah semakin berkurang dan masjid pun dibenarkan dibuka oleh pihak berwajib dgn kapasiti tertentu, maka menjadi kewajipan bagi setiap mukalaf, berusaha mendapatkan tempat utk solat Jumaat di masjid. Jika tiada langsung usaha, maka mereka berdosa kerana mengabaikan kewajipan solat Jumaat yg merupakan fardu ain atas setiap lelaki mukalaf, berdasarkan ruang yg ada.


Akhir kalam, kita perlu memahami isu ini dgn sebaiknya agar perlaksanaan ibadah kita dilakukan dgn sebaiknya dlm fasa PKP dan PKPB, serta memperolehi rahmat juga reda-Nya. Tingkatkan amal ibadah kita serta banyak berdoa kpd Allah agar wabak ini dapat dinyahkan dari bumi Malaysia yg tercinta ini. 


Wallahua'lam.

Ust Mohd Murshidi Mohd Noor

No comments:

Post a Comment