Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Hukum Solat Sunat Hajat Berjamaah

Wednesday, May 19, 2021

Solat Sunat Hajat merupakan antara jenis solat2 sunat, maka menurut kesepakatan fuqaha', ia harus dikerjakan secara berjamaah. 

Dari sudut hukum asal bagi solat sunat hajat dan selainnya yg tidak disyariatkan dikerjakan secara berjamaah pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan pada zaman Khulafa' al-Rashidin, maka kebanyakannya akan dikerjakan secara individu oleh baginda Nabi صلى الله عليه وسلم. Namun begitu, kadangkala, baginda turut mengerjakannya secara berjamaah seperti satu ketika baginda solat sunat berjamaah bersama Hudhayfah, sekali sekala bersama Ibn 'Abbas, kadangkala bersama Anas, ibunya dan anak yatim, sekali sekali mengimami para sahabat baginda akan solat sunat di rumah' Atban, dan sebanyak tiga malam baginda mengimamkan qiyam Ramadan bersama para sahabat, kesemua ini sabit daripada perbuatan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Oleh yg demikian, hukum asal solat sunat yg tidak disyariatkan dikerjakan secara berjamaah, biasanya akan dikerjakan secara individu oleh baginda Nabi dan para sahabat. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan umum misalnya sesebuah negeri ditimpa bencana, umpama virus pandemik covid-19 dll, atau pun mempunyai hajat terhadap sesuatu perkara seperti memohon Allah memberikan pertolongan kpd rakyat Palestin yg ditimpa musibah, maka menurut Dr Majdi 'Ashur, harus dikerjakan solat sunat hajat secara berjamaah. Hal ini adalah berdasarkan kaedah syarak iaitu:

كل ما لم تشرع فيه الجماعة يجوز فيه الجماعة

Maksudnya: Setiap perkara ibadah yg tidak disyariatkan utk dikerjakan secara berjamaah, maka harus hukumnya dilakukan secara berjamaah.

Berdasarkan kaedah ini, maka harus hukumnya mengerjakan solat sunat hajat secara berjamaah. Oleh yg demikian, menurut ulama klasik seperti Ibn Qudamah dlm karya al-Mughninya, beliau mengatakan harus hukumnya mengerjakan solat sunat sama ada dilakukan secara individu atau berjamaah. Hal ini termasuklah solat sunat hajat. Cuma ia dilakukan kadangkala, yg tidak dilakukan secara berterusan, atau tanpa apa2 keperluan. 


Wallahu'alam.

Ust Mohd Murshidi Mohd Noor

No comments:

Post a Comment