26 May 2015 at 08:33
C&P Paridah Mohamad
Khadijah r.a. seorang yang sangat kaya tetapi dia mencintai Allah dan Rasulullah suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia , tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. Kata Syeikh Tariq Jamil rah, tidak kurang daripada 200 tampal.
Apabila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira itu, jawabnya,
"Wahai rasul utusan Allah ,"Saya belum berkorban lagi, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku , tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham , maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini."
Ternyata , kata-kata terakhir Saiditina Khadijah ini menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.
Hal tersebut turut dikongsi bersama malikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.
Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya, "Adakah Allah mendengar kata-kata Saiditina Khadijah itu?"
Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari , malah bisikannya juga,"
Lantas ketika itu, Allah berpesan kepada Jibril untuk menyampaikan salam buat sayyidatina Khadijah .
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tetapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy. Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain yaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang disampaikan oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu ‘anha serta dihiburnya dengan syurga.
Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata :”Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan.”
[HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata:"Keshahihannya telah disepakati."]
Berkatalah nabi kpd Khadijah r.a., yang Allah SWT telah mengirim salam kepadanya.
Turunlah Jibril A.S. menyampaikan salam itu kepada Rasul SAW seraya berkata kepadanya :
”Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :
”Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu.”
Maka Khadijah r.a. menjawab :”Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), .......................
No comments:
Post a Comment