Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

ASWJ

Wednesday, May 26, 2021

Dalam kalangan ASWJ, kita kena kenali kelompok yg ramai, kerana ada dalam kalangan mereka yg mengambil pendekatan dan pandangan yg terpencil dan bersendirian. Dalam permasalahan tertentu, kecenderungan kita mestilah kpd kelompok yg ramai ini kerana ia lebih menepati kebenaran. Kenali juga kelompok yg cenderung kepada pandangan yg terpencil, kerana utk kita mengelak daripada kesilapan dalam mengutarakan pandangan,

serta boleh mencetuskan perbalahan yg membawa kpd perpecahan. 

Ulama ASWJ utk kelompok yg ramai ini, amat mudah utk dikenali kerana mereka mempunyai manhaj yg utuh, rujukan yg banyak, serta mempunyai pengikut yg ramai. Bagi kelompok yg kecil, biasanya mereka bersendirian dalam permasalahan tertentu, lebih cenderung utk menyalahkan orang lain, serta bersikap keras dan memaksa orang lain utk menerima pandangan mereka. Sebolehnya, mereka akan tegar utk pertahankan pandangan mereka, walaupun bersendirian dalam sesuatu isu. Walaupun ditegur, tetap akan berpegang kpd pandangan yg bersendirian itu, tidak bersama jemaah yg lain.


Pandangan saya ini adalah berbentuk general, tidak perlu menuding jari kepada sesiapa dan tidak perlu menzahirkan siapakah kelompok yg bersendirian itu. Kelompok ASWJ yg ramai akan memahami apa yg saya nyatakan ini walaupun tidak dinyatakan dgn jelas akan hal tersebut. Semoga hadith ini menjadi peringatan kpd kita semua, agar sentiasa bersama kelompok yg ramai (jemaah) dalam kalangan umat Islam yg bermanhaj ASWJ. Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

فإنَّ يدَ اللَّهِ معَ الجماعَةِ وإنَّ الشَّيطانَ معَ من فارقَ الجماعةَ يركُضُ

Maksunya: Sesungguhnya pemerhatian dan pengawasan Allah adalah bersama umat Islam yg berjemaah. Dan sesungguhnya syaitan akan bersegera menyertai sesuatu kelompok yg memisahkan diri mereka daripada jemaah umat Islam. (Hadith dlm karya al-Jami' al-Saghir oleh al-Suyuti, hadith sahih)


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment