Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

SEDIKIT BICARA BERKAITAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Monday, April 12, 2021

Jumhur ulama di kalangan fuqaha' yg bermazhab Hanafi, Shafi'i dan Hanbali, mengatakan bahawa bilangan solat tarawih adalah 20 rakaat, tidak termasuk solat witir. Mazhab Maliki pula berpandangan, bilangan rakaat solat sunat tarawih adalah sebanyak 36 rakaat, tidak termasuk witir.


Berdasarkan pandangan fuqaha' di atas, bermakna bilangan 20 rakaat itu adalah bilangan minima yg sempurna utk solat tarawih. Jika kurang dari itu, maka tidaklah dinamakan tarawih, cuma solat sunat biasa sahaja.


Justeru, bagi sesiapa yg mengerjakan solat malam sebanyak 8 rakaat, maka ia tidaklah berdosa kerana solat malam hukumnya sunat sahaja. Bagi seseorang yg hendak mendapatkan solat sunat tarawih di bulan Ramadan, maka ia perlu mengerjakan sebanyak 20 rakaat.


Bagi mereka yg beriktikad bahawa solat sunat tarawih hanya 8 rakaat sahaja bersandarkan hadith riwayat Sayyidatina Aisyah رضي الله عنها, maka ini satu kesilapan, kerana hadith itu menceritakan mengenai solat tahajud baginda صلى الله عليه وسلم yg menjadi kefarduan ke atas baginda, bukannya mengenai solat tarawih. Solat tarawih antara baginda dgn para sahabat berdasarkan riwayat yg lain, tidak dinyatakan dgn jelas bilangan rakaatnya.


Oleh yang demikian, trend menetapkan bilangan solat tarawih sebanyak 8 rakaat seperti yg diamalkan di kebanyakan surau-surau di Malaysia, perlu dielakkan kerana bilangan solat tarawih menurut ulama empat mazhab adalah 20 rakaat. Jika mereka mengerjakan sebegitu dgn beriktikad bahawa 8 rakaat itu sememangnya solat sunat tarawih, maka itu satu kesilapan yg perlu diperbetulkan. Bilangannya bukan 8 rakaat, bilangannya 20 rakaat. Jika kita niat tarawih sekali pun, maka ia hanya menjadi solat sunat biasa sahaja sebab 8 rakaat itu bukanlah solat sunat tarawih, ia hanya sekadar qiyamullail. Dari sudut pahala, pahala tetap dapat insya-Allah kerana ia termasuk ibadah qiyamullail.


Jika rasa 20 rakaat itu adalah berat, bacalah ayat2 lazim sahaja. Tak sampai 1 jam pun akan selesai. Walau bagaimana pun, berebutlah utk banyak beramal ibadah di bulan Ramadan. Jangan kita terlalu berkira dgn bilangan rakaat tarawih, sehinggakan ada yg beriktikad bahawa bilangan 8 rakaat itulah solat tarawih, sedangkan tidak. Bilangannya adalah 20 rakaat. Kefahaman yg perlu diperbetulkan mengenai solat tarawih di bulan Ramadan. 


Wallahua'lam.

Ust Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

https://www.facebook.com/1810990976/posts/10214581683335062/

1 comment:

  1. Hari tu saya ada buat posting, 8 rakaat bukanlah dinamakan tarawih, tetapi qiyamullail. Pakat2 duk tanya saya. Ada yg pertikaikan dari jauh. Tanpa kata depan2 pada saya.

    Sengaja saya buat posting sebegitu, respon kepada trend masyarakat kini yg beriktikad bahawa tarawih itu adalah 8 rakaat.

    Saya katakan begini, tidak mengapa utk dikerjakan 8 rakaat, dan dikatakan sbg tarawih, tiada isu. Namun, utk menjadikannya tarawih, perlulah memanjangkan bacaan dlm qiyam sebagaimana yg dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه. Barulah 8 rakaat itu dikira tarawih. Jika mengerjakan 8 rakaat, ambil masa 30 atau 45 minit sahaja, sesuaikah dinamakannya tarawih di bulan Ramadan? (Rujuklah kitab2 dan pandangan ulama utk jawab isu ini). Itu mesej yg saya ingin sampaikan. Tetapi orang ramai nampak bilangan rakaat itu dan istilah tarawih, tidak nampak maksud daripada tarawih itu sendiri. Justeru, ada ulama yg berpandangan, mereka yg mengerjakan 8 rakaat yg ringkas itu, hanya dapat pahala sebahagian tarawih yg sempurna. Tidak pahala tarawih yg penuh.

    Sebab itulah dari sudut amali ttg qiyam Ramadan, ulama salaf dan Khalaf dari satu generasi ke satu generasi, tidak memilih utk qiyam yg panjang sbgmana Rasulullah buat kerana ketidak mampuan utk umat Islam konsisten setiap malam dan setiap tahun mengerjakan sedemikian, tetapi memilih utk memperbanyakkan rakaat. Seakan-akan ijmak, bilangan tarawih yg dikerjakan adalah 20 rakaat, dgn 5 tarwihat sejak dahulu. Mereka juga sibuk seperti kita, malahan lebih sibuk lagi dgn kerja2 dakwah.

    Namun, kita zaman kini, terus memilih 8 rakaat, tetapi tidak memanjangkan qiyam, dgn alasan yg pelbagai, seperti tiada masa, meraikan kehendak masyarakat setempat dsb. Sepatutnya, masyarakat perlu difahamkan mengenai qiyam Ramadan itu sendiri, bukannya memendekkan rakaat atas alasan keperluan masyarakat. Jika nak buat tarawih yg qiyamnya dipendekkan, maka perlulah memilih 20 rakaat sbgmana yg diamalkan oleh generasi Salaf dan Khalaf sejak dahulu lagi.

    Wallahua'lam.

    * Apa2 pun, jgn tak solat sunat langsung sudah pada malam Ramadan. Buatlah dgn penuh keikhlasan utk mendapat maghfirah Allah سبحانه وتعالى.

    ReplyDelete