Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

HUKUM BERJIMAK DI BULAN RAMADAN SELEPAS MINUM AIR

Sunday, April 11, 2021

HUKUM BERJIMAK DI BULAN RAMADAN SELEPAS MINUM AIR, TIDAK PERNAH MENJADI ISU BESAR, BAGI ORANG YANG FAHAM

Sesuatu perbahasan Fiqh kena mengaji dari awal dan dihadam betul² baru yang belajar tu akan faham. Guru akan terang wacana hukum ikut mazhabnya (Syafie atau lain²). Bila hadam molek, takde pun pelajar memviralkan isu sekerat² seperti batalkan puasa dgn minum air sebelum berjimak. Haram membatalkan puasa wajib satu isu, berjimak di siang hari bulan Ramadan selepas 'tidak berpuasa' satu isu dan membatalkan puasa dgn jimak pula satu isu. 

Sebab tu guru² kita akan terang satu persatu isu supaya faham bahasa akan ada isu² dasar dan isu² mustathnayat. Bila murid faham tidak adalah yang membuat "rumusan terbalik" bahawa "boleh berjimak di siang hari bulan Ramadan dengan syarat minum air dulu".

Masalahnya hari ini ramai murid yang tidak faham kerana mengaji tidak berstruktur seperti di media sosial atau belajar sekerat² atau mengaji tidak ikut fiqh mazhab Syafie yang diikuti jumhur masyarakat Malaysia.

Persoalan mengenai kaffarah jimak di bulan Ramadan memang berlaku khilaf dalam kalangan fuqaha multimazhab tapi jika dipelajari mengikut mazhab Syafie, ia tidak menjadi isu yang membingungkan. Dahulu pernah ada seorang agamawan tidak bermazhab Syafie pernah sebut dalam mazhab Syafie, boleh meliwat isteri ketika haid. Ia adalah perbahasan tergantung kerana ada isu awalan yang perlu ditelaah secara berhemah. Walhal fokus utama bukan meliwat isteri tetapi solusi darurat bagi suami kuat seks yg baginya meliwat isteri tidak seteruk berzina dgn wanita lain.

Kadang² tukang crop video atau rakaman kuliah itu sendiri tidak faham sesuatu perbahasan hukum lalu memutlakkannya sebagai kekeliruan awam. Walhal dia saja yang tidak faham, namun akibat tularan berita, habis pandangan ulama Syafi'iyyah dikecam sebagai pelik dan menyalahi 'sunnah'. 

Kepada sesiapa yang tidak faham, sila belajar bagi faham bukan dengan memviral secara tidak berhemah. Walaupun mungkin kita tidak berminat dgn mazhab Syafie, tetapi tidak salah untuk faham fiqh mazhab tersebut dan bagaimana ia dipelajari. Setahu saya, tidak pernah lagi bab puasa dalam mazhab saya dimulakan dgn bab jimak. Ia bermula dengan takrif, dalil² pensyariatan, syarat² wajib puasa, perkara yg membatalkannya, jenis puasa sunat dan lain². 

Bab jimak selepas minum air hanyalah isu tafrik (تفريع) hukum berkenaan kaffarah sahaja. Kita boleh setuju atau sebaliknya. Namun bermudah memperlecehkan fatwa demikian, bermakna anda telah meletakkan diri setaraf dengan fuqaha muktabar. Hakikatnya, anda pun taqlid pandangan Hanafiyyah dan mazhab lain yang mewajibkan kaffarah kerana mencemar kemuliaan siang Ramadan dgn jimak walaupun hari itu tidak berpuasa kerana musafir atau sakit.

Untuk membicarakan fatwa isu ini menepati maqasid puasa ataupun sebaliknya, ia memerlukan medium perbahasan lain yg dibincangkan dalam kitab² fiqh muqaran samada klasikal atau kontemporari. Yg tu kita serahkan kepada pakarnya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan رمضان كريم dan selamat beribadat kepada Allah  dengan sepenuh perasaan.

Dr HK

11/4/2021

No comments:

Post a Comment