Bayan Subuh
```Simahi Mesyuarat Nizamuddin Markaz```
Pembayan: Hazratji Maulana Saad DB
Penterjemah : Hazrat Maulana Hazim Seri Petaling
_penulis : us farkhan Daie_
Sabar merupakan tanda Iman..sabar ada 3 tahap..pertama sabar dalam melaksanakan perintah Allah yg Fardhu mahupun yg sunat...
Tahap kedua ..Sabar juga ialah sabar dalam meninggalkan larangan Allah..sabar dari yg buat dan makan dari syubhah dan haram.
Orang Islam tak kan dapat berjaya selagi meninggal pekara yg Haq.. Untuk lawan batil , kena asing dari mereka.
seorang yg tinggalkan solat , dia hidup macam orang kafir..bagaimana mungkin dia akan dapat lawan orang kafir .sedangkan dia sedang berperang dgn Allah ..dia tinggal solat..Bagaimana dia nak lawan orang kafir..
Hari ni ada orang Islam , yg tinggalkan perintah Allah, buat dosa , dia kata tak pe dosa .Allah Maha Pengampun.Janji keampunan Allah bukan untuk mudah² buat dosa tapi janji Allah untuk yg terbuat dosa supaya tak putus asa untuk berubah dan bertaubat pada Allah.
Jangan mudah² kita kata tak mengapa buat dosa, dosa besar pun tak mengapa kerana Allah maha Pengampun .satu orang berzina , dia tenang dgn dosa tadi kerana dia kata tak mengapa ,Allah Maha Pengampun, dia rasa biasa dosa tu, inilah dosa yg sgt besar.. apabila dia tak rasa sedih atas dosa zina dia..
Tak rasa bersalah atas dosa itu adalah Dosa..kita nak solat perlu ada Taharah..bersihkan diri dari hadas.itu baru kesucian zahir nak solat.
Sedangkan kekotoran batin belum lagi bersih .kita perlu bersihkan diri kita dari kekotoran batin .
Kita perlu jaga apa yg kita makan .zaman ni orang tak jaga makan..bila makan benda haram, anggota kita akan memberontak nak buat benda yg haram.makanan yg kita makan macam air laut.mutiara dalam laut bergantung pada air laut..kalau makanan kita bersih , maka jiwa kita akan bersih..makanan yg kotor dan haram, jiwa akan cenderung nak buat maksiat.
Rasulullah Saw ada di Suasana di Mekah duduk dalam suasana yg tiada Agama , suasana jahiliyyah bayangkan di situ Nabi Saw mulakan usaha , Tak Terkesan dgn suasana sekeliling mereka , bahkan Nabi Saw di mulakan Dakwah.
Satu waktu dulu ,Seorang ulama , dia duduk satu kampung, dia lihat ,perubahan pakaian di kampung tu , dia tanya kenapa ramai orang tukar pakaian ,dah tak pakai ikut sunnah, mereka jawab ini fesyen terkini ..kata ulama tu saya kena pindah kampung sebab kampung ini orang sudah mula meninggal sunnah...
Bayangkan kalau zaman ni bila ada orang begitu , akan di anggap ghuluw(pelampau Agama) ..dia bergerak nak pindah kampung , masuk waktu ..dia nak solat .masjid tiada..dia cari orang nak ajak solat jemaah.sebab dia tak nak tinggal solat jemaah .
meninggalkan solat jemaah sesat.Hari ni kalau ada orang begini , akan di anggap ghuluw..pelampau Agama..
Ulama tadi nampak dari jauh satu orang , dia mendekati, dari pakaian dia tahu ni orang Islam ,zaman tu dgn pakaian pun kita tahu Islam atau tidak .
Sebab itu wajib orang Islam, pakai pakaian sunnah untuk Syiar tunjuk yg kita Islam agar ada beza dgn kafir...takrif orang Islam bukan hanya solat .haji ..sahaja... Islam di kenali bukan dgn benda fardhu, orang bukan Islam kenal Islam dgn cara hidup sunnah..siapa yg kata, tiada pakaian cara Islam..maka perkataan ini Fasiq...
Orang minum air masak pakai botol arak.samalah orang yg pakai pakaian orang kafir ,tapi diri dia Islam..dia minum air masak pakai botol arak, dia marah orang tengok² dia..apa tengok², aku minum air masak bukan arak.
Ulama tadi ajak lelaki tu solat , lelaki tu setuju...Ulama tu tanya lelaki tu , kamu sudah ada wudhu?lelaki tu jawab..MasyAllah, ada ke orang Islam dalam dunia ni yg brjalan tanpa wudhu?dia terkejut sebab waktu tu orang Islam ke mana berwudhu. MasyAllah..lepas solat, lelaki ni cakap pada Ulama' , cuaca akan gelap dan malam. Mari bermalam di rumah saya...esok baru sambung jalan..
sampai di rumah , dia hidang 3 keping roti ,ulama' tu cerita aku makan semua roti , malam tu aku mimpi jumpa Rasulullah Saw tiga kali.Allahuakhbar ..
Aku ingin makan roti dia lagi .aku minta izin bermalam lagi satu malam..dia hidang 2 roti malam kedua..aku makan kesemuanya sampai habis..malam tu 2 kali aku mimpi Rasulullah Saw.aku minta izin bermalam lagi satu malam..malam tu aku di hidangkan satu roti ..dan aku makan..aku mimpi jumpa Rasulullah Saw sekali...
esok aku tanya dia, tentang roti itu...dia mengatakan kami org miskin , kami ada 3 roti, untuk saya,isteri dan seorang anak.kami hanya makan sehari sekali sahaja. malam pertama saya hidang 3 roti, kami sekeluarga sedia berlapar untuk muliakan tetamu..malam kedua hidang 2 roti..kerana anak ku sudah tak tahan maka aku bagi dia makan..aku dan isteri tak makan..hidang pada kamu..dan malam tadi kerana isteri aku juga sudah lapar..maka aku hidang bahagian aku sahaja sebab tu satu saja ..kesan dari makan org taqwa dan org korban masak ..
Jangan makan melainkan yg berikan kita makan itu orang bertaqwa...makanan dari orang taqwa , sesiapa yg makan pun kesan kerohaniannya orang fasiq pun dapat kekuatan taat perintah Allah.
Kita kena niat nak buat kebaikan pada semua orang .orang kafir , orang pendosa bahkan binatang pun kita bagi makan.
satu orang dalam hadis , salah bagi sedekah di malam hari..bagi orang kaya..pendosa.supaya mereka dapat Hidayat dari kesan kebaikan tadi..
Hazrat Saidina Abu Bakar RA tahu makan benda yg di makan itu Haram ,muntahkan ..bila kita usaha atas taqwa, bila benda haram cuba nak masuk dalam perut, Allah akan pelihara .
Kita perlu sgt teliti dgn apa yg kita makan..Jangan ada benda yg syubhah dan haram dalam makanan kita ..orang yg pelihara diri dia dari masuk makanan haram dan syubhah, maka dia akan ada peningkatan kerohanian hingga dia tak der rasa nak buat maksiat.
Ambil beratlah tentang makanan.kita perlu tengok apa yg kita makan.Hari ni cara sembelih binatang pun kita tak ambil tahu .hari ni orang kafir monopoli bahgian makanan hingga saya jumpa ada kotak jualan ikan di tulis, ikan ini telah di sembelih dgn cara Islam...begini pun ada.dia ingat semua benda orang Islam akan makan kalau sembelih tapi dia tak tahu ada banyak hukum hakam dalam makanan..bukan hanya khinzir sahaja haram..maka mereka sangka tiada khinzir boleh makan..jika sembelih saja boleh makan..Bahkan berbagai lagi..hukum hakam makanan..sebagaimana pentingnya wudhu dalam solat begitu lah pentingnya benda suci dan Halal sahaja masuk perut kita .
orang beriman akan jaga perut dia dari masuk benda yg haram.orang kafir tahu, bila orang Islam makan yg haram. Doa tak di Qabulkan.
Satu peperangan , Nabi Saw lapar. Seorang sahabiah , nak masak untuk Nabi Saw dgn duit dia..dia beli kambing dgn jiran dia..Nabi Saw suka kaki depan.Nabi Nak kunyah keras.Nabi Saw tanya dari mana kamu beli , dari jiran..tanya jiran kamu , dia minta izin suami tak jual.bila di tanya rupanya suami tak reda dia jual harga murah.
Orang bertaqwa Allah jaga benda haram dari masuk mulut dia.
Kita nak berhutangpun , kena pastikan juga duit tu halal.kerana muamalat ini akan kesan kepada kerohanian.zulumat kegelapan akan beri kesan pada kerohanian.bukan sahaja bahan yg kita beli halal bersih bahkan orang jual juga harus orang yg Bertaqwa..
Kisah Ashabul Kahfi ,dalam Quran, Allah tidurkan mereka 309 tahun.Allah pelihara mereka 309 tahun , tak makan.boleh tahan .bila bangun tidur ,lapar , mereka cari makanan.ini contoh tak meninggalkan Asbab..dunia berhajat pada asbab. kononnya tahap tawakkal tinggi hingga meninggal Asbab..
Ada yg mengatakan tawakkal saya tinggi , saya tak perlukan asbab..maka tuan² seolah mendakwa Iman tuan lagi tinggi dari Nabi dan Sahabat .sehingga Nabi Saw dan Sahabat ambil asbab..meninggalkan asbab bukan tuntutan iman dan kesempurnaan iman..ini tiada kaitan langsung..
Hari ni kita letak syarat , iman kuat tak perlu Asbab .imam lemah , perlu Asbab..ada yg berkata , kita perlu usaha atas iman hingga kita tak perlukan asbab..
Hakikatnya tanda kesempurnaan iman bukanlah meninggalkan asbab ..bahkan tanda iman ialah bagaimana dapat kita bersihkan asbab dari yg Haram..solat dua rakaat, org ketuk pintu , bagi makanan ,tak perlu kerja ini bukan kesempurnaan iman..
Bahkan Bukan tak sempurna iman atau lemah iman, orang tu pergi kerja untuk cari nafkah rezki keluarga.
Kisah tikus bawa emas kepada Sahabat , Allah bagi sebab amalan dia , Allah hantar pada dia..tapi ni bukan tanda kesempurnaan Iman..sebab bukan semua sahabat dapat macam tu..ramai je sahabat kerja , petani dan peniaga.adakah iman mereka tak sempurna..
Hari ni kita kata kerja ni tanda iman lemah..sebenarnya kita buat dakwah ,tak perlu kerja..Saidina Abu bakar juga kerja meniaga di hari prtama jadi khalifah , adakah iman Abu bakar lemah. Bahkan seluruh dunia punya iman tak boleh lawan dgn Iman Abu bakar .
Ashabul Kahfi tadi, setelah bangun, putus satu orang dari mereka untuk pergi beli makanan.dgn duit yg mereka ada pada zaman sebelumnya..kata ketua mereka ,pergi beli makanan suci bersih dari orang Bertaqwa.ini dalil dalam Quran,penting makan dari orang Bertaqwa.
Hari ni umat jauh dari sunnah..saya tak gembira tengok orang makan di kedai makanan atas kerusi..jemaah yg sedang keluar juga buat begitu ..Hingga orang Islam bertnya Haram ke makan atas kerusi...kan hukum nya harus..harus kan boleh .selagi tak haram boleh buat. sedangkan kita buat usaha dakwah ni perlu pergi pada sunnah bukan hanya harus..
Kalau tuan kedai makan kita bawa keluar jalan Allah dia akan usaha buat tempat makanan sunnah..duduk bawah.meremehkan sunnah, Bermudah² ini tanda kefasiqan..
Kalau kita uzur tak boleh duduk bawah itu lain..ini kita dari awal mudah² makan atas kerusi..Satu Orang dapat Ghanimah dari orang kafir dan satu lagi berhutang dgn orang kafir...Bani israel pinjam emas dari suku firaun qibti..emas belum sempat pulang , mereka dah di kejar dan Firaun dan tentera telah di tenggelamkan.
Emas yg bani Israel hutang tu telah di kumpulkan oleh Samiri , yg akhirnya itulah yg jadi patung emas anak lembu yg akhirnya bani Israel sembah. kesan pinjam duit dari orang kafir.
Begitu sekali kita perlu jaga makanan kita ..sumber makanan kita .bukan kata tak boleh yg haram bahkan sumber syubhah pun kita perlu jauhi..
Sabar terbahagi 3 Tahap..
1)Sabar yg fardhu dan sunat
2)Sabar dari pekara haram dan syubhah
3)Sabar dalam mempertahankan Agama Islam.
Apa saja keadaan kita kena pertahankan Islam..pertahankan Iman..ini sabar tahap ketiga...jika tahap pertama dan kedua .mereka tak kan dapat tahan sabar tahap ketiga ini..
Allah perintah kan , arahkan keluarga Mu solat dan sabar dalam mengerjakannya ..
Penting solat dgn wudhu yg sempurna .Taharah yg sempurna..solat ini akan dapat khusyuk..tanda iman sempurna ,solat yg betul akan menyebabkan syaitan datang hasut , kita lawan juga untuk terus khusyuk ini tanda iman sempurna.syaitan akan bagi rasa was2 supaya dia hilang khusyuk..pencuri akan masuk dalam rumah yg ada harga...begitu syaitan pencuri akan rosakkan solat orang yg iman sempurna.
Solat asbab untuk kita makin dekat dgn Allah..barulah solat akan cegah kita dari munkar..
Kita perlu usahakan, dahulukan amal lebih kita utamakan lebih dari hajat kita .azan bukan nak bagitahu masuknya waktu solat tapi kata Hazrat Maulana Yusuf rah. Azan ialah court order..panggilan mahkamah .semua orang Islam perlu datang ..mahkamah panggil kalau kita tak datang , habislah kita ..begitu lah azan...
Dalam mahkamah , ada peguam, hakim..orang yg ada urusan mahkamah hari ni ada tinggal solat sebab ada urusan mahkamah .tahukah mereka azan tu adalah mahkamah Allah..tak datang akan di dakwa di akhirat ..
Saidina Hamzah telah di bunuh..dada telah di belah ..Hindun telah belah dada Saidina Hamzah ..Hindun yg macam ni pun dapat Hidayat setelah tengok kesan solat sahabat di Kaabah pada Fatah Mekah..orang kafir kalau tengok orang Islam yg solat dgn khusyuk..ada RUH..mereka pun akan terkesan ..
Kebiasaan Baginda Saw akan selesaikan masalah dgn solat.ada masalah di antara subuh dan zohor..bawa semua masalah ni selesaikan dgn Asbab solat zohor..
Kesempurnaan Agama bila himpunkan Dakwah dan ibadah .orang Islam tiada kekuatan nak lawan batil di dunia hari ni melainkan orang Islam amal Agama sempurna dalam kehidupan ..Bila orang Islam tak amal Agama,tiada kekuatan nak lawan batil.makin lemah Agama orang Islam, makin bertambah kebergantungan orang Islam pada makhluk.
Tulisan yg ditulis untuk pertahankan Islam perlu di kuatkan qadam(pegerakan kaki)..Tahrir (tulisan) perlu ada tahrik (pergerakan) untuk mendatangi umat..pertahankan Islam.
Tengok surat Nabi Saw tulis untuk Dakwah ,kita sebarkan tentang tulisan surat Nabi Saw sedangkan kita tak tengok di balik surat tu susah payah mujahadah pengorbanan sahabat bergerak dalam membawa surat itu nak Dakwah kan Agama..adakah kita tak tunaikan tanggungjawab kita ?walaupun orang tu dah korban habis habisan hntuk kerja Agama pun dia tak boleh mengaku dia telah tunaikan hak dakwah...
Bersama surat Nabi Saw ada jemaah² sahabat yg bergerak untuk hantar surat ini..untuk kerja Dakwah perlu ada jemaah yg bgerak..tanpa pegerakan , tak dapat tunaikan tanggungjawab Dakwah...banyak tempat sahabat pergi untuk kerja Dakwah..tiada kital (perang)..kita faham hari ni Islam bergerak dgn kital(perang ).. sedangkan bergeraknya sahabat dgn khuruj..samada ada perang atau tidak..bergerak nya sahabat itu di panggil khuruj fi Sabilillah..
Penulisan menyebarkan Islam adalah Seperti tayamum..kalau ada air..perlu wudhu...kalau mampu bergerak untuk Jumpa umat, tak boleh berpada dgn menulis sahaja dgn diri dan harta untuk sampaikan Islam pada Umat .
Allah perintah dalam Quran..
Infiru..berangkatlah
Dengan kerja Dakwah ini kita nak kembalikan umat seperti kehidupan sahabat terdahulu ..
Tarbiyah dan Taklim akan terhasil dgn Suhbah(berdamping) ..inilah kaedah yg betul..hadir dalam majlis Alim Ulama..taklim bukan hanya sebar maklumat tapi kena datang pada ulama ..untuk Suhbah..
Begitulah tanpa Dakwah..tiada kesempurnaan dalam Iman .ada orang ingkar ini mungkin kerana kejahilan mereka..iman di sebut dalam Quran setelah Amar Makruf nahi munkar...
Jihad di buat untuk menghidupkan kefardhuan dalam Islam..Bila kita bergerak keluar jalan Allah , kita akan tengok keadaan umat..barulah kita rasa bertuah dgn Iman yg kita ada..
Tanpa kita mengajak orang buat baik dan cegah orang dari munkar , iman tidak akan sempurna. Walaupun kita buat amal, tapi tak ajak orang buat baik..Iman tak sempurna..untuk itu kita perlu tambah korban siapa sedia insyAllah bangun beri nama..