Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Laporan Jemaah Keluar Dakwah di Fiji Island

Wednesday, June 8, 2022

Ada seorang pakcik tua kelahiran Pulau Fiji suka nusrah Jemaah Dakwah..bila dia nampak "jemaah dakwah tabligh " dari mana² negara datang.. dia akan peluk mereka kuat-kuat dalam keadaan sebak. mereka bertanya, kenapa pakcik suka sangat bila jumpa " jemaah dakwah " ni?

Dia cerita, pada tahun 1965, masa tu dia masih remaja..Waktu itu tidak ramai muslim di pulau Fiji kecuali sedikit dan pulau tu juga kecil, dalam kurang dari 1 juta orang populasi manusia. 

Muslim yang sedikit tu pulak datang dari India dan langsung tak tahu apa-apa tentang Islam. Hanya nama mereka sahaja yang "Islam", tapi mereka tak tahu jawab salam, tak tahu apa itu solat, puasa, zakat, haji, dan tak tahu mengucap pun..

Di pulau fiji waktu itu hanya dipenuhi oleh org hindu dan kristian..org Islam ada tapi hanya pada nama.. Pada suatu hari, tahun yang sama, ada beberapa orang jemaah Tabligh dari negara Zambia datang ke situ dengan kapal..Ribuan batu jauh nya mereka datang.. Mereka mencari-cari orang Islam disitu dengan cara memberi salam..

Tapi tiada yang jawab. Hampir seluruh pulau mereka cari muslim tapi tiada. Akhirnya mereka tanya penduduk tempatan dimana mereka boleh cari muslim. Penduduk jawab "kamilah muslim". Jemaah tu pun gembira dan bagi salam. Tapi mereka tanya apa tu "assalamualaikum"? Jemaah tu terus peluk mereka dengan erat sambil menangis. (Kerana mereka telah sedar bahawa disitu ramai muslim tapi muslim disitu sudah terlampau jauh dari Islam )

Jemaah ini kemudiannya membeli banyak kambing dan buat kenduri besar-besaran dan jemput semua org muslim untuk makan. Kemudian mereka mula bercakap dan bersembang sehinggalah jemaah itu tahu bahawa semua muslim disitu tidak tahu langsung apa itu Allah, apa itu rasul, apa itu islam.. Mereka hanya tahu yg mereka ni org Islam itupun dari pesanan atuk nenek mereka terdahulu. 

Akhirnya mereka berdakwah disitu selama 4 bulan dan mereka minta dari markaz Dakwah dunia untuk mereka tambah masa lagi sehingga dua tahun mereka tinggal disitu sehinggalah mereka ajar semua penduduk tentang asas-asas Islam seperti akidah, solat, wudhu bahkan sampai terbina beberapa masjid lagi dan di usahakan untuk memakmurkan Masjid tersebut.. 

Kemudian mereka pulang semula ke family mereka (sebab nanti orang fitnah mereka bukan-bukan sebab tak balik dari dakwah) dan jemaah lain pula dihantar lagi ke sana bersama beberapa Ulama.

Sejak 1965 sehingga kini , daripada 1 juta penduduk, hampir 60 RIBU penduduk beragama Islam, kemudian lahir 19 orang Ulama' bertaraf Mufti, 30 orang ulama bertaraf Maulana, 5000 orang hafiz 30 juz Al-Quran dan semua saham pahala ni masuk ke akaun pahala jemaah tabligh dari Afrika ( Zambia ) tadi sehingga ke hari ini..dan terus mengalir sampai hari kiamat... Allahuakbar..

Untuk dakwah ni, ramai org suka beri komen dan cadangan, tapi tak ramai org yg sanggup terjun dalam medan dakwah.. 

pakcik tu sangat  berterima kasih kepada "orang² Dakwah" kerana sanggup tinggalkan anak isteri bahkan kampung halaman mereka untuk berdakwah kepada Umat di sini sehingga terbentuk komuniti Islam yang besar disini

.. Allahuakhbar...

semoga ALLAH memilih kita semua menjadi asbab Hidayat menyambung Usaha Dakwah Baginda Saw ke seluruh Alam..amin..

Us khann Daie

Muhajir Madani

No comments:

Post a Comment