Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

BAYAN HJ ABD WAHAB

Friday, July 22, 2022

7hbNov2015 jam 10.30pagi (Ijtimak Raiwind 2015)

Kita yang bagi bayan jangan menganggap kita yang pandai orang yang dengar bayan semua tidak pandai. Kita yang bayan perlu wujudkan dalam hati takut pada Allah. Majma yang duduk disini kata hj Abd Wahab Saf 'sesiapa yang tawadzuk kerana Allah ,Allah akan tinggikan darjatnya disisi Allah.Hj Abd Wahab tanya Mufti Izarul Hassan 'tawadzuk tu apa ?,kata mufti tawadzuk ia lah dia anggap  ia tidak tahu apa apa.'Orang yang membuat usaha agama menganggap ia sudah pandai maka usahanya Allah akan tolak.

Hj Abd Wahab mengatakan orang yang belajar dimadrasah menganggap mereka yang berpelajaran dan orang lain tidak belajar.

1. Kalimah Laillahaillallah Muhammad dur Rasullah. Maksudnya bagaimana nak ubah yakin hati dalam hati kita bahawa Allah yang berkuasa atas segala galanya.Mahluk Allah yang mencipta dengan kudrat Allah.Semua kebaikan yang ada Allah yang letak.Allah yang mengwujudkan sesuatu sifat pada benda dan Allah berkuasa menarik sifat itu.Taubah taubah  kepandaian itu milik Allah.Allah yang memberi pandai kepada seseorang.Seperti pisau untuk memotong,sifat memotong bukan milik pisau,sifat memotong dari Allah, Allah hanya pinjamkan sifat memotong pada pisau.Jika Allah tarikh sifat memotong pada pisau maka dia memotong. Api sifatnya membakar.Jika Allah tarikh dari sifat membakar maka ia tidak boleh membakar.Apa sahaja yang kita nampak semua dari Allah.Apabila Allah tidak hendak sesuatu itu berlaku maka ia tidak berlaku.Kita perlu bercakap dengan penuh tawazuk atau rendah diri.Allah sedang lihat saya ,Allah tengok hati kita,dalam hati takut kepada Allah ke tidak. Dalam hati kita ada rendah diri atau tidak. Dalam hati kita ada besar diri atau tidak.Allah hendak tengok dalam hati kita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki takut kepada Allah atau tidak.Kita kena bercakap kebesaran Allah lagi dan lagi sehingga kebesaran Allah masuk dalam hati kita.Mula mula lidah kita bercakap kemudian hati kita membenarkan nya. Dan seterusnya akal kita akan membenarkan nya. Seterusnya roh kita akan membenarkan apa yang kita cakap.Ini adalah cara untuk sampai kepada Allah. Haji Abd Wahab Saf berkata bahawa beliau akan membacakan bayan bayan Maulana Yusuf. Dengan cara ini usaha kita akan sampai ke tempat yang dituju dalam menuju kepada penghampiran kepada Allah.Kita tidak boleh sesuka hati .Kita perlu tanya kepada ulamak.          

2. Sembahyang yang khusuk                              

3. Ilmu dan zikir. Dalam zaman Nabi Qola Rasul Qolallah jadi umum. Tumpuan Sahabat hanya pada Allah dan Rasul sahaja. Setiap diri Sahabat belajar perkara ini maka setiap diri mereka terkesan dengan Qola Rasul Qolallah. Hari ini kata Haji Abd Wahab  kita sebok kepada perkara selain Allah. Dengan itu tumpuan kita sebok selain dari Allah. Apabila ada jasbah dengan al Quran dan Hadith maka baharu nur akan datang dalam amal.Dengan itu baharulah ada jasbah atau kebolehan untuk mengamalkan agama. Untuk itu orang membaca takĺem baca dengan sungguh sungguh dan yang mendengar dengar dengan tawajjuh. Dalam duduk taklem kita perlu senantiasa membayangkan Allah sedang lihat saya ,Allah dengar kata kata saya.Berapa banyak tawajjuh nur akan datang.Kita dengar hadith tentang fazael sembahyang kemudian    latih sembahyang.

4.Ikram Muslimin. Untuk dapat hakikat ikram muslimin,kita perlu latih dengan bersobhat dengan orang islam.Kebaikan tidak terdapat dalam kitab.Kitab hanya petunjuk sahaja. Kebaikan ada pada diri manusia.Apabila sohbat jumpa  manusia maka kita akan dapat kebaikan mereka.                    

5 .Ikhlas niat.                           

6.Mujahadah fisabilillah. Untuk membena sifat itu kita perlu keluar dijalan Allah. Kebaikkan yang kita lakukan dirumah  jauh bezanya kebaikkan yang kita lakukan dijalan Allah., iaitu 700,000 kali ganda.Setiap amalan dibuat semasa dijalan Allah nilainya beratus ratus ribu kali ganda. Dengan kita lazimkan keluar dijalan Allah akan hancurkan kebatilan. Kita perlu fikir dan risau bagaimana manusia dapat  hidayat. Berapa banyak Nabi telah susahkan diri baginda untuk hidayat Kita juga latih sifat sifat mulia Sahabat dengan mujahadah dan tekan nafsu. Orang yang sakit dijalan Allah pahalanya sangat besar. Buat ghast kumpulkan orang tempatan , maksudnya nak sediakan mereka bersama  jumpa manusia bercakap kebesaran Allah dan bawa kemasjid. Dengan banyak membuat dakwah hubungan diri kita akan bertambah.Ghast adalah kekuatan untuk amal. Jika tidak dakwah akan jadi fitnah.6 sifat dengan usulnya latih supaya kita dapat hakikat sifat itu dalam diri kita .Semasa infradi kitab fazael amal mentelaah sendiri.Kata Hj Abd Wahab Saf kita kena buat kerja atas nehaz Maulana Elyas ,Maulana Yusuf dan Maulana Innamul Hassan.Kata Maulana Ahmad Lat jika kita membuat usaha atas nehaz orang orang tua  (elders),kita akan senantiasa dalam khair atau kebaikan.                        

Ditulis oleh hj Othman Sipol dimedan Ijtimak Raiwind 2015.

No comments:

Post a Comment