Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... ๐Ÿ’ž

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Jumaat 1 Ramadhan 1441

Friday, April 24, 2020

'Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun. [Riwayat Muslim (1164)]'

Berpuasalah dan berbuat lah amalan² kebaikan, perkara² sunat. Kerana dengan berbuat itu akan menambahkan pahala kita. Insya Allah aamiin.

Selamat menyambut bulan puasa semua! ๐Ÿ˜Š

#ramadhankareem
#stayathome
#kitajagakita

17 comments:

  1. SAHUR MENURUT SUNNAH

    Sahur adalah sunat muakadah di dalam Ramadhan yg mana maksud muakadah itu adalah ia adalah sunnah yang sangat2 dituntut. Walaupun ia sekadar makan@minum, namun dengan bangun sahur itu ia ada KEBERKAHAN (kebaikan yang banyak). Tidak bangun sahur tidak membatalkan puasa, namun sangat2 kerugian kerana dgn tidak bangun sahur itu kita HILANG pahala & keberkahan bersahur yang mana ia hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja.

    Kata Nabi s.a.w, "Pembeza antara puasa kita dengan puasanya Ahlul Kitab adalah makan sahur."
    (HR Muslim).

    Di dalam hadith yg lain, kata Nabi s.a.w "bersahurlah dan janganlah kamu tinggalkannya walaupun dengan hanya minum seteguk air kerana bersahur itu ada KEBERKAHAN." (HR Ibnu Hibban)

    Kesimpulannya dengan bersahur itu seseorang itu akan mendapat 2 kelebihan/manfaat, iaitu ia pahala bersahur dan mendapat keberkahan ketika bersahur.

    Jadi apakah sunnah di dalam SAHUR?

    Yang pertama, jika kita ingin bersahur berdasarkan SUNNAH, maka kita perlu abaikan "berhenti makan waktu imsak 10 minit sebelom azan" . Berhenti makan pada waktu ini amat bercanggah dengan dalil. Imsak maksudnya menahan diri (dari makan dan minum) yang mana hakikatnya waktu itu adalah sebaik masuk waktu subuh. Berdasarkan pendalilan hadith waktu yang paling AFDHOL bersahur adalah dipenghujung/dipengakhiran masuk subuh iaitu panjang waktunya adalah sekitar bacaan 50 ayat Al-Quran . Jadi waktu sahur yang utama itu adalah anggaran 20 minit sebelom masuk waktu subuh.
    Orang yang bersahur dalam jam 12 malam @ 2 pagi @ 3 pagi maka ia tidak dikira sebagai bersahur. Kesimpulannya mendatangi waktu sahur saat dipenghujung sebelom masuk waktu subuh itu adalah sahur yang paling TERBAIK.

    Yang kedua, makan yang di sarankan oleh Nabi s.a.w ketika sahur adalah KURMA kerana memakan kurma itu ada KEBERKAHAN. Jadi di dalam bersahur itu kita akan mendapat 2 kebekahaan iaitu keberkahan bangun sahur dan yang kedua keberkahan makan kurma. Jamahlah kurma walaupun secubit kerana ia berkah. Kata Nabi s.a.w "Makanan sahur yang paling baik bagi orang mukmin adalah kurma.” ( HR. Abu Dawud (II/303) )

    Yang ketiga, ketika kita melewatkan makan sahur dan saat kita sedang makan sahur (makanan berada di dalam mulut) lalu terdengar azan subuh di masjid/surau , maka keadaan ini terdapat khilaf pandangan. Ada pandangan yang mengatakan habiskan makanan yg terhidang( di dalam pinggan), ada pandangan yang mengatakan habiskan makanan yg berada di mulut. Berdasarkan pandangan yang mahsyur dan selamat adalah kita selesaikan/sempurnakan makan yang berada di dalam mulut kemudian stop (tak perlu buang makanan di mulut).

    SEMOGA KITA SAMA2 DAPAT MEMPRAKTIKKAN SUNNAH DI DALAM SAHUR BERDASARKAN SAHURNYA RASULULLAH S.A.W. DI DALAM DI BULAN RAMADHAN.

    SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT.

    c&p Mizhan Azri

    ReplyDelete
  2. *Siapakah golongan yang rugi setiap kali bertemu Ramadhan*

    1 - Mereka yg dipanjangkan umurnya bertemu Ramadhan *TETAPI TIDAK* melakukan apa apa persiapan dan perancangan amal.

    2 - Mereka yang membiarkan hari hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja *TANPA* bersedekah jariah.

    3 - Mereka yang menunggu nunggu waktu berbuka puasa *TANPA* berdoa padaNYA saat saat mustajab berdoa.

    4 - Mereka yang bangun sahur *TANPA* memberikan masa untuk mendirikan sekurang kurangnya 2 rakaat solat sunat.

    5 - Mereka yang sibuk berkebajikan sepanjang Ramadhan *TETAPI* kurang mendekatkan dirinya dengan Al Quran.

    6 - Mereka yang memiliki masa lapang yang panjang/banyak *TETAPI* tidak berusaha untuk menambah amal soleh / amal kebajikannya.

    7 - Mereka yang memiliki kesihatan yang baik *TETAPI* tidak bersungguh sungguh menghidupkan Ramadhan.

    8 - Mereka yang cukup harta untuk berbelanja , makan pakai dan lain lain *TETAPI* tidak berusaha untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

    9 - Mereka yang banyak melakukan dosa *TETAPI* tidak merebut kesempatan memohon keampunan dengan ALLAH SWT.

    10 - Mereka yang hanya bersemangat melakukan amal di awal Ramadhan *TETAPI* luntur semangatnya di hujung Ramadhan.

    Jazakallah khairaan khatiiraa.

    ReplyDelete
  3. #Perihal..#Doa..#Berbuka..#Puasa⁉️

    Mengenai Bab Doa berbuka puasa yg biasa di baca di kalangan masyarakat kita ini adalah suatu yg terlalu berlebihan jika ada yg menyalahkan apatahlagi ada yg membid'aahnya..

    Hakikat yg sebenarnya adalah mereka mahu rakyat malaysia menambah doa-doa yg lebih dekat dgn Sunnah Rasulullah Saw.. Kerana bilamana Doa itu bertepatan dgn Sunnah Rasulullah Saw yg merupakan Kekasih Allah,maka sudah pasti di Cintai Allah..

    Doa brbuka puasa yg di sebut Sahih:

    ุฐَู‡َุจَ ุงู„ุธَّู…َุฃُ ، ูˆَุงุจْุชَู„َุชِ ุงู„ْุนُุฑُูˆْู‚ُ ، ูˆَุซَุจَุชَ ุงْู„ุฃَุฌْุฑُ ุฅِู†ْ ุดَุงุกَ ุงู„ู„ู‡ُ ุชَุนَุงู„َู‰

    “Telah hilang dahaga, dan urat-urat telah basah, telah tetaplah pahala, Insya Allah,”
    (HR Abu Daud, al-Nisa’i, Thabrani, Hakim, dan Darulquthni).

    Hadis ini sahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim.

    Doa berbuka puasa yang biasa kita baca:

    ุงู„ู„ู‡ู… ู„ูƒ ุตู…ุช ูˆุจูƒ ุฃู…ู†ุช ูˆَุนَู„َู‰ ุฑِุฒْู‚ِูƒَ ุฃَูْุทَุฑْุชُ، ุจุฑุญู…ุชูƒ ูŠุง ุฃุฑุญู… ุงู„ุฑุญู…ูŠู†

    “Ya Allah, hanya untuk-Mu aku berpuasa, kepada-Mu aku beriman, dan atas rezeki dari-Mu aku Berbuka, dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Penyayang.”

    Doa ini sebenarnya bersumber dari hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, no. 2358, dengan redaksi hanya: “ุงู„ู„ู‡ู… ู„ูƒ ุตู…ุช ูˆุนู„ู‰ ุฑุฒู‚ูƒ ุฃูุทุฑุช”.

    Hadis tersebut juga dinukil oleh Hazrat Imam Nawawi rah. dalam kitabnya Al-Azkar, bab “Doa Ketika Berbuka”. Imam Nawawi juga menjelaskan dalam kitab Al-Azkar tersebut dan dalam al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab bahawa hadis ini ialah Hadis Mursal.

    Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Zakariyya rah. Dalam Kitab Fadhilat Ramadhan menyebutkan sebelum berbuka puasa, Rasulullah Saw juga membaca

    ูŠุง ูˆَุงุณِุนَ ุงู„ูَุถْู„ِ ุงِุบْูِุฑْ ู„ِูŠ
    "Wahai Tuhan yg Luas KurniaanNya Ampunilah Daku.."

    Oleh itu, Dapat kita simpulkan di sini bahawa mengajak orang untuk berdoa dgn Doa yg di baca oleh Rasulullah Saw itu adalah sgt terbaik akan tetapi mempertikai orang membaca doa itu adalah tidak wajar..kerana asalkan doa itu tidak bertentangan dengan aqidah Islam dan tidak untuk pekara maksiat, maka di benarkan berdoa walaupun bahasa melayu untuk meluahkan Hajat.

    Bahkan Doa org yg berpuasa Maqbul di sisi Allah.. Rasulullah saw bersabda: Tiga orang yang doa mereka tidak terhalang, iaitu imam (pemimpin) yang adil, orang yang berpuasa hingga ia berbuka, dan doa orang yang di zalimi.

    Doa mereka dibawa ke atas awan dan dibukakan pintu langit untuknya, lalu Allah Azza Wa Jalla berfirman: 'Demi Kemuliaan-Ku, Aku akan menolongmu meski setelah beberapa waktu."
    (HR Ahmad, dari Hazrat Abu Hurairah, sahih lighairihi).

    Ada juga Ulama' yg menggabungkan doa-doa itu dalam satu rangkaian.ini adalah lebih baik kerana kita dapat menghimpun kesemua doa selain dari kita memohon hajat dunia dan Akhirat kita..

    Seperti disebutkan Hazrat Syeikh Sulaiman Bujairimi dalam Hasyiah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, beliau menganjurkan doa berbuka puasa:

    ุงู„ู„ّู‡ُู…َّ ู„َูƒَ ุตُู…ْุชُ ูˆَุนَู„َู‰ ุฑِุฒْู‚ِูƒَ ุฃَูْุทَุฑْุชُ، ูˆَุจِูƒَ ุขู…َู†ْุชُ، ูˆَุจِูƒَ ูˆَุนَู„َูŠْูƒَ ุชَูˆَูƒَّู„ْุชُ. ุฐَู‡َุจَ ุงู„ุธَّู…َุฃُ ูˆَุงุจْุชَู„َّุชِ ุงู„ุนُุฑُูˆู‚ُ ูˆَุซَุจَุชَ ุงู„ุฃَุฌْุฑُ ุฅِู†ْ ุดุงุกَ ุงู„ู„ู‡ُ. ูŠุง ูˆَุงุณِุนَ ุงู„ูَุถْู„ِ ุงِุบْูِุฑْ ู„ِูŠ ุงู„ุญَู…ْุฏُ ู„ِู„ู‡ِ ุงู„َّุฐِูŠ ู‡َุฏَุงู†ِูŠ ูَุตُู…ْุชُ، ูˆَุฑَุฒَู‚َู†ِูŠ ูَุฃَูْุทَุฑْุชُ.

    “Tuhanku, hanya untuk-Mu aku berpuasa. Dengan rezeki-Mu aku berbuka. Sebab dan kepada-Mu aku berpasrah. Dahaga telah pergi. Urat-urat telah basah. Insya Allah pahala sudah tetap.

    Wahai Zat yang luas karunia-Nya, ampuni aku. Segala puji bagi Tuhan yang memberi petunjuk padaku, lalu aku berpuasa. Segala puji Tuhan yang memberiku rezeki, lalu aku Berbuka(puasa) .”

    ๐Ÿ“ŒYang Paling Penting BerDoalah sebelum berbuka puasa...kerana Doa org berpuasa adalah maqbul.. Janganlah kita menyalahkan atau bertelagah hanya kerana perkara ini lebih lagi dalam Bulan Ramadhan yg mulia ini..

    Semoga Allah menerima kita semua menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat.. Amin

    Us khann Daie
    Muhajir Madani

    ReplyDelete
  4. Usah menyindir suami kita jika dia hanya baca 3 Qul sahaja masa solat tarawih ini.

    Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya.

    Bahkan jika ada suami yang suruh isteri solat tarawih sendiri-sendiri kerana segan tidak hafal banyak surah, cakaplah pada suami dengan penuh hikmah,

    "Abang. Saya tak kisah abang ulang baca 'Qulhuallahu ahad' pun dalam setiap rakaat. Saya tahu saya tidak berkahwin dengan Al Hafiz yang hafal semua surah.

    Saya terima abang seadanya sepertimana abang terima saya. Cuma saya teringin sangat nak solat berjemaah dengan abang. Jangan risau bang, bacaan surah apa pun sah asalkan ada Al Fatihah."

    Bisik begitu pada suami sebelum tidur, peluk dia dengan erat, InsyaAllah malam esok boleh solat berjemaah bersama.

    Rahsia kita laki bini, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami tidak tahu baca surah panjang.

    Pada kita ianya gurauan. Namun dalam tak sedar orang yang memerhati memandang rendah pada suami kita bahkan memandang rendah pada kita yang tidak tahu menjaga aib suami.

    Sokonglah suami sendiri. Walau macamana pun dia, dia tetap suami kalian yang melafazkan akad suatu ketika dahulu menerima kalian menjadi sebahagian bebanannya.

    Muliakan suamimu. Muliakan suamimu. Muliakan suamimu.

    Nescaya syurga menantimu di alam sana.

    Salam ingatan. Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  5. ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

    *Gaining maximum benefit from Ramadhaan*

    Like with anything else, in order to fully appreciate the blessed month of Ramadhaan, we have to realize the value of this month.

    If a child is given a choice to choose between a valuable gemstone and a toy, what will the child take? The toy, of course! Why? Because to the child the toy is more appealing and valuable. The child does not understand the worth of the gemstone.

    Likewise, to gain maximum benefit from Ramadhaan we have to know its value. This can be achieved by reading about Ramadhaan and its Fadheelats (virtues).

    »

    *Virtues of Ramadhaan*

    It is mentioned in a Hadeeth Shareef to the effect that on the first night of Ramadhaan the doors of Jannah are opened, and these doors remain open right till the end of Ramadhaan.

    When a person keeps the first fast of Ramadhaan, all the minor sins he had committed during the past year since the first fast of the last Ramadhaan will be forgiven and 70 000 angels will make dua for his forgiveness daily from morning to sunset.

    While there is tremendous rewards for daytime Ibaadat, Ibaadat at night is even more rewarding and virtuous. A person who offers *salaat* in the *nights* of Ramadhaan receives *2500 rewards* for _each rakaat_. In addition to this, Allah ุชุนุงู„ู‰ will construct a *palace of rubies* for such a person, which will have *60 doors*. Each of these doors will have a *golden chamber* which will be decorated with rubies. ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡!

    For every rakaat of salaat a person offers in Ramadhaan, whether during the day or night, he will be rewarded with *a tree in paradise*. The shade of this tree will be such that a traveler will be able to travel beneath it for a journey of *500 years*.

    Rasulullah ุตู„ูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… said to the effect, *"The sleep of a fasting person is regarded as an act of ibaadat, his remaining silent is regarded as tasbeeh, the reward for his good deeds is multiplied, his duaas are accepted, and his sins are forgiven."*

    ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡!
    If only we can exert ourselves and take full opportunity of these rewards available to us for the next 30 days. Truly we will be at a loss if we waste away our time in frivolous tasks which can be done at another time. One should consciously think of all the rewards promised while doing one’s A’maal to gain maximum benefit.

    May Allah accept from us all and grant us taufeeq to practice, ุขู…ูŠู†. ✨

    _[Extracted from Beshti Zewar]_

    ReplyDelete
  6. Ada 2 orang Kristian sesat di padang pasir di Egypt.. Seorang bernama Edwin, seorg lg namanya Thomas. Sudah 2 hari mereka sesat, tidak makan & minum. Tiba² mereka nampk sebuah masjid yg besar.

    Kata si Edwin, "Baik kita pura² menyamar jadi org islam.. supaya kita boleh masuk dlm masjid dan dpt makan dan minum. Saya tukar nama saya jadi Abdullah Kassim".

    Jawab si Thomas, "
    Sy memang mau ke sana tapi saya tak mau tukar nama saya. Biarlah mereka tahu bahawa saya Kristian".

    Mereka pun berjalan ke masjid. Imam masjid sambut mereka dan bawa masuk cepat² ke dlm masjid sbb mereka diberitahu sudah 2 hari mereka berdua sesat dan kelaparan.

    Imam bertanyakan siapa nama mereka .. si Edwin menjawab, "Namaku Abdullah Kassim".
    Dan tiba giliran imam bertanya kpd si Thomas, si Thomas membalas, "Namaku Thomas".
    Terus Imam panggil petugas masjid dan berkata

    "Tolong bagi makanan dan minuman untuk sdra Thomas...cepat".

    Si Edwin pun hairan kenapa takde makanan untuknya. Belum sempat dia tanya, terus imam itu menyambung..

    "Biar saudara Thomas makan dulu. Abdullah Kassim nanti makan jam 7.28 petang, sama² kita buka puasa"...
    ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    Maka jadilah diri sendiri dan org yg jujur dalam hidup ini.....

    SELAMAT BERPUASA..HEHE

    ReplyDelete
  7. Cuba baca ni, bagus idea dia:
    BERKENDURI SETIAP HARI
    Memandu dalam panas terik, terasa haus dan teringat se kilometer lagi ada orang jual air tebu tepi jalan. Bila sampai saya memberhenti kereta dan memesan dua gelas air tebu utk minum dlm kereta dan bawa balik ke rumah.
    Bila saya menghulur duit kpd penjual, dia yg biasa dgn saya kerana selalu singgah beli air tebunya berkata, "Cikgu, hari ni dah ada orang bayar. Tadi ada seorang pembeli datang masa saya baru buka, dia serah duit 50 ringgit dan berpesan supaya guna duit tu sebagai bayaran kpd siapa saja yg singgah beli air tebu saya hingga habis duit tersebut. Katanya sedekahnya hari ini." Subhanallah.
    Saya nak ajak anda semua merenung sejenak beberapa iktibar dari insiden ini.
    Sipembeli yg meninggalkan duit untuk membayar minuman kpd siapa saja telah bersedekah seikhlasnya bila dia tidak mengetahui dan tidak mahu ambil tahu siapa yg menerima sedekahnya. Malah memberi minuman disebut nabi sebagai antara sedekah yg utama, apa lagi ketika mereka yg bermusafir dijalan kehausan, yg miskin, yg mengayuh basikal. Malah mungkin juga yg kaya, yg berkereta besar akan menerima air tebu ini sebagai sindiran dari Allah.
    Mungkin berbuat kenduri dirumah, kita masih terdetik sedikit rasa menunjuk, megah, ujub, tapi cara ini walaupun kecil lebih "selamat" dari sifat yg merosak amal dalam memberi makan dan boleh dibuat tiap hari.
    Mudahnya nak berbuat baik, antara hendak dgn tidak. Kenapa nak tunggu ada beratus atau beribu rggit baru nak berkenduri, memberi jamuan makan, minum, sedangkan ada sedikit, buatlah sedikit.
    Memberi makan atau minum yg disebut dlm quran bukan mesti buat kenduri dirumah, bukan mesti ada baca tahlil.
    Disamping itu, kita dapat membantu peniaga kecil yg berusaha utk rezeki keluarganya.
    Sipenjual pula dalam insiden ini ternyata seorang peniaga yg amanah. Ingat pesan nabi, peniaga yg jujur dan amanah akan bersama nabi di syurga. Bukan mesti berniaga berjuta, bersifat amanah dan jujur baru masuk syurga., amanah dan jujurlah ditahap manapun perniagaan kita meskipun sekadar perjual nasi lemak, insyaallah moga kita beroleh syurga.
    Penjual air tebu ini boleh terus melenyapkan wang yg di amanah kpdnya kerana tiada siapa yg tahu, tetapi dia tidak berbuat demikian. Peniaga yg beginilah yg patut kita beri sokongan, moga urusniaganya dgn kita menjadi kebajikan.
    Moga lebih banyak peniaga yg demikian, kerana berniaga juga suatu sunnah dan menjadi amal soleh.
    Lihatlah bagaimana Allah memgatur rezeki untuk peniaga yg amanah ini dimana 50 rggit adalah bersamaan 50 gelas air tebu yg mungkin telah sebahagian dari jualannya hari itu. Sesungguhnya yg menggerak hati untuk bersedekah adalah Allah dan Dia memilih hambanya yg amanah.
    Jadi, jom kita menjadi insan yg amanah dan jujur dalam apa juga kerja yg kita buat, jom kita berbuat baik, bersedekah dgn apa cara pun. Kreatiflah juga dlm memberi. Berhentilah dari memberi alasan tidak cukup duit, tidak ada masa nak berkenduri, tidak ada ruang utk bersedekah. Apa kata saya cadangkan suatu hari kita taja sedikit minuman dikantin sekolah yg tentunya ada anak yatim dan miskin yg turut mendapat minuman, menaja nasi lemak yg dijual oleh seseorang diawal pagi, menaja goreng pisang yg dijual waktu petang dsbnya.
    Hakikatnya ia adalah kenduri, memberi makan seperti yg disuruh oleh nabi, yg boleh selalu dilakukan, yg tidak dibuat dirumah, lebih menyenangkan, tiada khemah, tiada jemputan, tiada sambutan tetapi ganjaran tidak berkurang berbanding berkenduri dirumah yg lebih banyak kerenah. Fikir-fikirkanlah, kalau tak setuju, berilah senyuman, kalau setuju, jom kita mulakan.
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  8. Amalan Zikir; "Ulama terdahulu amalan mereka Masya Allah. Hebat-Hebat.
    Imam Ahmad Bin Hanbal 300 rakaat, Imam Junaid 400 rakaat, Imam Ali Zaenal Abidin 1000 rakaat. Kita ini usahkan solat sunat, bersedekah untuk tenaga dan juga ilmu kita mundar-mandir menuntut ilmu pun tidak mahu. Ada sesetengah imam, zikir setelah solat dimasjid itu ditinggalkan."
    "Kita jangan tinggalkan zikir selesai solat. Solat kita itu pon belum tentu sempurnanya. Diterima atau tidak. Zikir dulu. Hendaklah seseorang itu sama ada imam atau makmum setelah selesai dari solatnya subuh, maghrib tidak mengubah posisi kedudukannya terlebih dahulu setelah selesai memberi salam dan kekal duduk dalam keadaan tawarruk yakni duduk tahiyyat akhir dan membaca;"
    "Yang pertama, Istighfar 3 kali
    ุงุณุชุบูุฑุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุฒูŠู…,ุงู„ุฐูŠ ู„ุงุงู„ู‡ ุงู„ุง ู‡ูˆ ุงู„ุญูŠ ุงู„ู‚ูŠูˆู… ูˆุงุชูˆุจ ุงู„ูŠู‡."
    "Yang kedua, Lailahaillallah sebanyak 10 kali
    ู„ุงุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡, ูˆู‡ุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡, ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ูˆุงู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ,ูŠู‡ูŠูŠ ูˆูŠู…ูŠุช, ูˆู‡ูˆ ุนู„ูŠ ูƒู„ ุดูŠุฆ ู‚ุฏูŠุฑ."
    "Dan yang ketiga, Doa perlindungan dari api neraka sebanyak 7 kali
    ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุฑู†ุง ู…ู† ุงู„ู†ุงุฑ."
    "Setelah usai membaca 3 perkara diatas, bolehlah mengubah posisi untuk bersila dan sebagainya. Jika menjadi imam, hendaklah dia memusing ke arah makmum. Kemudian setelah itu, membaca 'Allahumma antas salam, waminkassalam, sehinggalah habis, membaca Al-Fatihah dan ayat kursi, tasbih Fatimah ( subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahuakbar 33x ) dan diikuti penutupnya dengan doa."
    "Jangan kita sesekali tinggalkan amalan membaca ayat kursi selepas habis solat fardu kerana fadhilatnya sangat besar. Menurut riwayat hadis, tiada apa yang dapat menghalang seseorang yang membacanya untuk memasuki syurga kecuali mati. Ayat kursi ini diibaratkan ayat kursi sebagai 'kad touch and go' untuk kita masuk kedalam syurga Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰."
    Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

    ReplyDelete
  9. Amalan Ramadhan Awliya' Hind siri 2

    Apabila masuk hari pertama bulan Ramadhan, Maulana Rasyid Ahmad Ganggohi ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ (1826M-1905M) berkata kepada semua anak murid dan kaum keluarganya, "Bermula sekarang segala percakapan kosong hendaklah dihentikan. Sesiapa yang menyia-nyiakan masa Ramadhan maka itu adalah perkara yang amat mendukacitakan."

    Selepas solat zuhur, beliau menutup pintu bilik peribadinya dan tiada siapa dibenarkan masuk. Beliau terus membaca Al-Quran sehingga masuk waktu asar. Ini merupakan amalan tetap beliau ketika usia lanjut sehingga wafat.

    Dalam usia sebegini, Maulana begitu lemah kerana banyak penyakit ditambah usianya yang lanjut, sehinggakan hendak ke tandas yang tidak sampai 15 langkah Maulana menjadi mengah dan terpaksa duduk berehat seketika. Namun yang hebatnya Maulana tidak pernah solat duduk samada solat fardu atau sunat. Beliau berdiri berjam-jam dalam solat tarawih dan tahajud.

    Pernah khadamnya lantaran kasihan kepadanya berkata, "Tuan solatlah duduk sahaja dalam tarawih malam ni, supaya ia lebih selesa bagi tuan." Jawabnya, "Tidak, itu menunjukkan lemah semangat dan tidak tabah."

    Renungkanlah, jawapan pencinta sejati ini hampir dengan jawapan Kekasih Agung kepada isterinya setelah pecah merekah dan membengkak kakinya kerana solat terlalu lama,
    ุฃูู„ุง ุฃูƒูˆู† ุนุจุฏุง ุดูƒูˆุฑุง؟!
    Tidakkan patut aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur?!
    Itulah cinta sejati, bukan hanya dakwa-dakwi.

    Maulana Rasyid Ahmad Ganggohi sentiasa membaca Al-Quran di mana-mana. Ulang alik ke rumah pun mulutnya terkumat kamit membaca Al-Quran. Setiap hari bacaannya di luar solat sahaja sebanyak 15 juz. Ini tak termasuk bacaan dalam solat yang memakan masa berjam-jam.

    Selepas tarawih pun beliau solat sunat lagi selama 1-2 jam membaca dalamnya Al-Quran. Beliau makan amat sedikit sehingga khadamnya memberitahu sepanjang bulan Ramadhan gandum (yang dibuat roti) yang dimakannya tidak sampai 1 kg.

    Allah...Dimanakah Ramadhan kita dan dimanakah Ramadhan mereka???

    Tazkirah ar-Rasheed
    Akabir ka Ramadzan

    ReplyDelete
  10. *MALAM KE-24*

    Terdapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa malam ke-24 ialah malam yang lebih diharapkan berlakunya Lailatul Qadr. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitabnya Latoif al-Ma’arif, ini merupakan pendapat *al-Hasan al-Basri* dan para penduduk Basrah. Antara dalil yang menguatkan pendapat ini ialah:

    1. Hadis mua’allaq dalam Sahih al-Bukhari yang menyebutkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata:

    ุงู„ุชู…ุณูˆุง ููŠ ุฃุฑุจุน ูˆุนุดุฑูŠู†

    “Carilah pada malam ke-24”.

    2. Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata:

    ุฃุชูŠุช ูˆุฃู†ุง ู†ุงุฆู… ูู‚ูŠู„ : ู„ูŠ : ุงู„ู„ูŠู„ุฉ ู„ูŠู„ุฉ ุงู„ู‚ุฏุฑ ، ูู‚ู…ุช ูˆุฃู†ุง ู†ุงุนุณ ، ูุชุนู„ู‚ุช ุจุจุนุถ ุฃุทู†ุงุจ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ - ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… - ูุฅุฐุง ู‡ูˆ ูŠุตู„ูŠ ، ู‚ุงู„ : ูู†ุธุฑุช ููŠ ุชู„ูƒ ุงู„ู„ูŠู„ุฉ ูุฅุฐุง ู‡ูŠ ู„ูŠู„ุฉ ุฃุฑุจุน ูˆุนุดุฑูŠู†

    “Aku telah didatangi (oleh seseorang dalam mimpi) sedang aku dalam keadaan tidur. Dikatakan kepadaku: *“Malam ini ialah malam Lailatul Qadr”*. Lantas aku pun bangun dalam keadaan mengantuk. Aku telah berpaut pada sebahagian tali-tali khemah Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุณู„ู…. (Aku dapati) baginda s.a.w. sedang mengerjakan solat. Kata Ibn ‘Abbas lagi: Lantas aku pun melihat malam tersebut. *(Aku dapati) malam tersebut ialah malam ke-24”.*

    Malam ni malam ke-24. Jom qiamullail.

    *Abdul Rahman Bin Harman Shah Raniri al-Azhari*

    ReplyDelete
  11. *MALAM KE-27*

    [Maaf atas kelewatan]

    Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, *jumhur ulama* berpendapat bahawa *malam ke-27* merupakan malam yang lebih diharapkan berlakunya Lailatul Qadr.

    Bukan ulama sahaja, bahkan di sisi kebanyakan orang awam pun sama juga. Bahkan Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan daripada beberapa kitab mazhab Hanafi bahawa sekiranya seseorang berkata kepada isterinya: “Kamu ditalaq pada malam Lailatul Qadr”, maka tertalaqlah isterinya pada malam ke-27 kerana kebanyakan orang awam menganggap malam Lailatul Qadr ialah malam ke-27.

    Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan bahawa malam ke-27 ialah malam yang lebih diharapkan berlakunya Lailatul Qadr. Antaranya:

    1. *Hadis riwayat Muslim* daripada Zirr Ibn Hubaisy, beliau berkata:

    “Aku telah bertanya kepada Ubayy Ibn Ka’b ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡, lalu aku berkata: Sesungguhnya saudaramu iaitu Ibn Mas’ud ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ berkata: Sesiapa yang bangun (malam) sepanjang tahun, dia mendapat Lailatul Qadr. Lantas Ubay Ibn Ka’b ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ menjawab: Semoga Allah merahmatinya (Ibn Mas’ud). Beliau sebenarnya berkata sedemikian supaya orang ramai tidak bergantung kepada malam-malam tertentu. Sesungguhnya beliau sendiri telah mengetahui bahawa Lailatul Qadr itu berlaku pada bulan Ramadan. Ia berlaku pada sepuluh malam yang terakhir. *Ia berlaku pada malam ke-27*. Kemudian Ubay Ibn Ka’b ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ telah *bersumpah* bahawa Lailatul Qadr ialah pada malam ke-27 tanpa mengecualikan sesuatu. Kemudian aku berkata: Dengan apa kamu berkata demikian, wahai Abu al-Munzir (gelaran Ubay Ibn Ka’b). Beliau menjawab: Dengan alamat atau tanda yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… bahawasanya pada hari tersebut (iaitu pagi selepas malam Lailatul Qadr tersebut) matahari terbit tanpa sinaran yang kuat”.

    2. *Hadis riwayat Ahmad* daripada Ibn ‘Umar ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:

    ู…ู† ูƒุงู† ู…ุชุญุฑูŠู‡ุง ูู„ูŠุชุญุฑู‡ุง ู„ูŠู„ุฉ ุณุจุน ูˆุนุดุฑูŠู† ، ุฃูˆ ู‚ุงู„ : ุชุญุฑูˆู‡ุง ู„ูŠู„ุฉ ุณุจุน ูˆุนุดุฑูŠู† ูŠุนู†ูŠ ู„ูŠู„ุฉ ุงู„ู‚ุฏุฑ

    “Sesiapa yang mencari Lailatul Qadr, maka hendaklah dia mencarinya *pada malam ke-27*” atau baginda bersabda: “Carilah ia pada malam ke-27, iaitu malam Lailatul Qadr”.

    [Al-Syaukani menyatakan dalam kitabnya Nailul Awtor bahawa sanad hadis ini *sahih*].

    3. *Hadis riwayat Ahmad* daripada Ibn ‘Abbas ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง:

    ุฃู† ุฑุฌู„ุง ุฃุชู‰ ู†ุจูŠ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูู‚ุงู„ : ูŠุง ู†ุจูŠ ุงู„ู„ู‡ ุฅู†ูŠ ุดูŠุฎ ูƒุจูŠุฑ ุนู„ูŠู„ ูŠุดู‚ ุนู„ูŠ ุงู„ู‚ูŠุงู… ، ูุฃู…ุฑู†ูŠ ุจู„ูŠู„ุฉ ู„ุนู„ ุงู„ู„ู‡ ูŠูˆูู‚ู†ูŠ ููŠู‡ุง ู„ู„ูŠู„ุฉ ุงู„ู‚ุฏุฑ ، ูู‚ุงู„ : ุนู„ูŠูƒ ุจุงู„ุณุงุจุนุฉ

    “Bahawasanya seorang lelaki telah datang kepada Nabi Allah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… lalu berkata: Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku ini seorang tua yang sakit, susah bagiku untuk melakukan qiam. Maka perintahkanlah aku dengan suatu malam yang mudah-mudahan Allah memberikan aku taufiq pada malam tersebut untuk mendapatkan Lailatul Qadr. Maka Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… bersabda: *Hendaklah kamu mengambil malam ke-27*”

    [Syeikh Ahmad Syakir menjelaskan bahawa sanad hadis ini adalah *sahih*].

    4. *Diriwayatkan oleh al-Hakim* bahawa Sayyiduna Umar ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ pernah menghimpunkan para sahabat dan berbincang tentang Lailatul Qadr. Maka setiap sahabat menyatakan pendapat mereka. Ada yang mengatakan 21, 23, 25, 27 dan 29. Lalu Ibn ‘Abbas ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง menyatakan bahawa pada pendapat beliau Lailatul Qadr ialah *malam ke-27*. Ini kerana mereka semua telah sepakat bahawa ia berlaku pada malam ke-20 lebih, tetapi tidak diketahui yang ‘lebih’ itu berapa? Maka Ibn ‘Abbas ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง mengatakan yang ‘lebih’ itu ialah 7 kerana Allah menciptakan langit dengan 7 lapis, bumi dengan 7 lapis, Allah menjadikan dalam seminggu ada 7 hari, manusia makan daripada 7 jenis makanan, sujud pula dengan 7 anggota dan beliau menyebutkan beberapa perkara lagi yang berkaitan dengan angka 7 seperti bilangan pusingan tawaf dan lain-lain. Kata Umar ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ : Kamu telah memahami apa yang kami tidak faham sebelum ini (kisah ini berbeza mengikut riwayat).

    Sambungan >>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. >>> Sambungan

      Selain itu, terdapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa malam ke-27 itu diisyaratkan dalam al-Quran dengan beberapa jenis isyarat:

      1. Kalimah ู‡ูŠ (ia) dalam surah al-Qadr merujuk kepada malam Lailatul Qadr dan kalimah tersebut merupakan kalimah ke-27 dalam surah tersebut.

      2. Kalimah ู„ูŠู„ุฉ ุงู„ู‚ุฏุฑ (Lailatul Qadr) mengandungi 9 huruf dan ia diulangi sebanyak 3 kali dalam surah tersebut. Maka (setelah didarab) jumlahnya ialah 27. [Rujuk kitab Fathul Bari]

      Namun ini hanya sekadar isyarat sahaja dan bukanlah hujah. Hujah yang sebenar ialah dalil-dalil yang telah dinyatakan sebelum ini. Bagi orang yang benar-benar berpegang dengan syariat dan cintakan sunnah, wujudnya sepotong hadis pun sudah cukup mendorongnya untuk beramal. Manakala bagi orang yang tidak mahu beramal, 1001 dalil pun tidak dapat menjadi asbab untuk mendorongnya agar beramal.

      Semoga Allah mengampunkan kita, ibu bapa kita, guru-guru kita serta sekalian muslimin dan muslimat. Semoga Allah juga menerima amalan kita semua sepanjang bulan Ramadan ini.

      Yang mengharapkan taufiq Allah,
      *Abdul Rahman Bin Harman Shah Raniri al-Azhari*

      Delete
  12. Rabu, 27 Ramadhan 1441H. Pagi yang mendung dan hujan diawal pagi.

    ReplyDelete
  13. #Renunglah kata² penting ini...๐Ÿ’•

    Allah Mengampunkan semua Umat ini di malam Lailatulqadar kecuali:

    1-orang yg Berterusan Minum Arak
    2-orang yg menderhakai kedua ibu bapa
    3-orang yg memutuskan Hubungan silaturahim dgn keluarga, jiran tetangga, kerabat dan sahabat handai
    4-musyahin iaitu org yg berhasad dengki

    Allamah Syeikh Haidar waqidi menambah:

    5-orang yg Mensyirikkan Allah
    6-orang yg memakan daging khinzir
    7-orang yg mengadu domba juga talam dua muka

    Mereka ni langsung Tak Dapat apapun dari menafaat kebaikan dari Lailatul Qadar..
    Betapa malang dan ruginya.. Seandainya kita terlibat, segeralah bertaubat.. Mintalah maaf dan saling memaafkan segala salah silap agar silaturrahim terjalin kembali..

    Hubungi ibu ayah seandainya berjauhan, mohonlah maaf khuatir terlanjur kata jangan tunggu hari raya.. Amatlah malang bg anak yg masih ada ibu ayah tetapi tidak berbakti kepada mereka selagi masih hidup..

    Bertaubat dari minum arak, makan daging khinzir, makan daging saudara sendiri dalam umpatan dan fitnah, berhasad dengki, mengadu domba dan menjadi talam dua muka yg pasti semua ini merugikan kita bahkan akan membinasakan Akhirat kita..

    Malaikat akan masuk ke semua orang Islam bawa rahmat dan akan memberi salam dan akan mengaminkan semua Doa KECUALI:

    1-Rumah org yg ada anjing peliharaan dalam rumah
    2-rumah yg ada patung dan di gantung gambar (patung mainan di benarkan)
    3-rumah org yg berhadas besar (sebab itu kalau bersama Isteri,jika xmampu mandi waktu malam,ambil lah Wudhu')

    5 Amal akan dapat Pahala beribadah sepanjang malam yg perlu di usahakan malam ini yg mudahan² malam Lailatulqadar

    1-Solat Isyak berjemaah(brjemaah lah bersama keluarga)
    2-solat teraweh sehingga selasai witir bersama Imam
    3-solat subuh berjemaah
    4-Berikhtikaf (musim pkp tak dpt amal๐Ÿ˜ญ)
    5-tidur dgn adab dan Sunnah maka tidur itu di kira Ibadah(dari mengambil wudhu, baca Sajadah mulk, baca 4 Qul sapu seluruh badan,tasbeh fatimah dan lain² lagi)

    Semoga Allah temukan kita dgn malam Lailatulqadar

    Malam 27 Ramadhan
    Us khann Daie
    Muhajir Madani

    ReplyDelete
  14. �� *#MENYINGKAP.. #KEDAHSYATAN.. #LAILATUL #JAIEZAH*..
    (Jom baca dan sebarkan..)

    *Malam ini* merupakan Malam Pertama Hari Raya Aidilfitri di namakan sebagai Lailatul Jaiezah (malam pengurniaan Hadiah)

    Pada malam itu orang-orang Mukmin akan diberikan hadiah daripada Allah swt.Oleh itu kita perlulah bersungguh-sungguh menghargai malam tersebut.

    Kebanyakan orang, bukan sahaja orang awam bahkan ahli-ahli agama pun turut tidur dengan nyenyak pada malam itu kerana keletihan sebulan berpuasa.. Seharusnya setelah kita berhempas pulas memburu malam Lailatulqadar, kita kne siap sedia untuk malam LailatulJaezah yg merupakan malam pengurniaan Anugerah..

    Sebagaiman kita melihat Para Sahabat Rasulullah, setelah satu perintah Allah mereka sempurna kan.. Mereka memikirkan Perintah Allah yg seterusnya untuk mereka sempurna kan..

    Kehidupan mereka sentiasa berlalu dari satu kebaikan kepada satu kebaikan yg lain.. Allahuakbar..

    Sedangkan malam LailatulJaezah itu juga adalah malam yang khusus perlu disibukkan dengan ibadat..

    Dari Abu Umamah Al-Bahili R. A, Rasulullah SAW bersabda:
    ู…َู†ْ ู‚َุงู…َ ู„َูŠْู„َุชَูŠْ ุงู„ْุนِูŠุฏَูŠْู†ِ ู…ُุญْุชَุณِุจًุง ู„ِู„َّู‡ِ ู„َู…ْ ูŠَู…ُุชْ ู‚َู„ْุจُู‡ُ ูŠَูˆْู…َ ุชَู…ُูˆุชُ ุงู„ْู‚ُู„ُูˆุจُ
    ”Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (aidiladha dan aidilfitri) dengan mengharapkan ganjaran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).”

    ( HR Ibnu Majah, Al-Baihaqi)

    Dari Ubadah Bin Somit R. A,bahawa Nabi SAW bersabda :

    ู…َู†ْ َุตู„َّู‰ ู„َูŠู„َุฉَ ุงู„ูِุทْุฑِ ูˆَุงู„ุฃَุถْุญَู‰ ู„َู…ْ ูŠَู…ُุชْ ู‚َู„ْุจُู‡ُ ูŠَูˆู…َ ุชَู…ُูˆุชُ ุงู„ู‚ُู„ُูˆุจ
    "Sesiapa yang mendirikan solat (sama ada solat fardhu atau sunat) pada malam Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).”
    (HR Al-Tabarani)

    Kata Sheikhul Hadis Maulana Zakariyya Muhajir Madani rah Hari Hati Mati yakni apabila hati-hati orang ramai akan mati pada masa fitnah dan kerosakan atau juga mungkin dimaksudkan pada hari sangkakala ditiupkan maka rohnya akan tetap sedar..

    Bahkan dicatatkan bahawa para ulama Madinah akan bersungguh-sungguh menghidupkan malam hari raya dengan pergi ke masjid. Mereka berdoa, bertasbih,bertakbir, berzikir dan beramal pada malam itu. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab)


    ada dinyatakan di dalam kitab Fadhilat Ramadhan, bahawa sesiapa yang berjaga pada lima malam untuk beribadat maka di mudahkan Jalannya untuk memasuki syurga..

    5 Malam itu ialah
    malam Tarwiyyah (malam kelapan Zul-Hijjah),
    malam 'Arafah (malam kesembilan Zul-Hijjah,
    malam Nahar (malam Aidiladha),
    malam Aidul Fitri dan malam kelima belas Sya'ban

    Dalam Kitab Kasyful Ghummah..ada di nukilkan kalam Imam Mazhab kita Imam Muhammad Bin Idris iaitu Imam Syafie rah..Terdapat 5 malam yg Doa di Qabulkan :

    1-Malam Jumaat
    2- malam awal Bulan Rejab
    3- Malam Nisfu syaban
    4- Malam Aidilfitri
    5- Malam Aidiladha

    Bersambung >>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbuka puasa akhir ramadhan petang ni sblm masuk 1 syawal tu..kita berdoalah dgn doa yg panjang di iringi tangisan..sebab lepas sahaja azan maghrib ganjaran pahala yg di berikan dalam Ramadhan sudah tiada lagi bahkan syaitan yg di rantai akan di lepaskan kembali..

      Usahakan solat magrib dan Isyak usahakan berjemaah .. Yg mana malam Lailatul Jaezah ini bermula dari maghrib. Maka sgt lah baik di mulakan dgn solat Maghrib berjemaah..

      ูˆَู„ِุชُูƒْู…ِู„ُูˆุง ุงู„ْุนِุฏَّุฉَ ูˆَู„ِุชُูƒَุจِّุฑُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ

      Antara Amalan terbaik di malam Lailatul Jaezah ini ialah Bertakbir raya..Bertakbir lah bermula selepas solat maghrib.. Bangun tahjud di malam hari juga Bertakbir lah dgn hati yg sayu..Bertakbir dgn membayangkan kebesaran dan keagungan Allah..

      Bayangkan ramadhan telah berlalu pergi sedangkan Hak² Ramadhan byk kita tak sempurna dan apakah kita dpt bertemu dgn Ramadhan lg ataupun tidak.. Bayangkan dosa dan kesilapan kita..

      Bayangkan juga dalam kita gembira menyambut Aidilfitri,ada insan yg di landa ujian dan musibah...

      Usahakanlah Solat isyak berjemaah pada malam ini insyAllah kita di beri pahala beribadah separuh malam..

      Sebaiknya pada malam Lailatul Jaezah ini kita tunaikan lah solat sunat Tasbeh 4 rakaat 2 salam.. Andai tak mampu berdiri, tunaikan dalam keadaan duduk.. Mengambil barakah malam yg mulia ini..

      Kemudian kita niat untuk bgn Tahjud dan solat witir..sebulan kita solat witir dalam ramadhan, maka teruskan lah hingga akhir hayat..menangis di malam hari dalam doa memohon keampunan Allah..

      Usahakanlah Solat Subuh Berjemaah..solat Subuh berjemaah mndapat ganjaran pahala solat sepanjang-panjang malam..

      Ataupun jika rasa terlampau sibuk malam raya untuk memasak, gunakanlah masa yg di antara maghrib dan isyak yg singkat itu untuk Bertakbir raya, berzikir,berselawat, membaca Al-Quran, berwirid dan berdoa.. Kerana malam ini sgt mustajab..

      Jika untuk Lailatul Qadar kita terpaksa meneka-neka tetapi untuk Lailatul Jaa-izah ini, kita telah mengetahuinya dengan pasti!Janganlah sampai kita menyia-nyiakan peluang ini!

      Semoga kita di golongkan sebagai mereka yg mghidupkan malam Lailatul Jaezah ini.. Amin..

      Sepekara lg, sebaiknya di musim pkp ini kita Usahakan Agar tidak lah berlalu syawal melaikan kita telah habiskan puasa 6 di bulan syawal..di sebabkan pkp, sebaiknya kita mula berpuasa pada hari raya kedua insyAllah..

      “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh.”
      Hadis Riwayat Muslim

      Selain dari kita ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin, juga perlu di ingatkan ucapan Lafaz Hari Raya yg lebih dekat dgn Sunnah yg di ucapkan Para Sahabat ketika bertemu di Aidilfitri ialah:
      ู‚َุงู„َ:ู„َู‚ِูŠุชُ ูˆَุงุซِู„َุฉَ ูŠَูˆْู…َ ุนِูŠุฏٍ ูَู‚ُู„ْุชُ: ุชَู‚َุจَّู„َ ุงู„ู„َّู‡ُ ู…ِู†َّุง ูˆَู…ِู†ْูƒَ ูَู‚َุงู„َ: ู†َุนَู…ْ ุชَู‚َุจَّู„َ ุงู„ู„َّู‡ُ ู…ِู†َّุง ูˆَู…ِู†ْูƒَ.

      Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadhan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka.”
      Hadis riwayat Tabrani

      Daripada Jubair bin Nufair R. A, Beliau berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW bertemu dengan hari Aidil (Edul Fitri atau Edul Adha), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).”

      Al-Hafiz Ibnu Hajar rah. mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan.

      semua niat insyAllah untuk beramal.. Semoga mnjadi asbab Hidayah dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat .. Amin..

      �� *Taqobbalallahu minna wa minka*
      Selamat Hari Raya
      Aidilfitri
      Maaf zahir Batin

      *Us Khann Daie*
      *Muhajir Madani*
      30 Ramadhan 1441H

      Delete