Karguzari Jemaah Perak Pulang Berdakwah di Negara Burkina Faso ..Dua Orang Gugur Syahid
Alhamdulillah kami satu jemaah 6 orang di hantar ke Negara Burnika Faso ..Seluruh Penduduk Burkina Faso ada 24 Juta orang...mereka berbahasa france dan Arab ..Umat Islam di sana Majoriti sejumlah 64 peratus ...di sini Hujan turun hanya 600mm setahun.
Masjid ramai kehadiran Jemaah...jadi usaha ke arah Hidupkan Masjid 24 jam dgn amal dan bawa mereka keluar Jalan Allah...
kami bergerak di Negeri Banfora dan kemudiannya di Negeri Bobodilaso..di sini ada 90 peratus org Islam..4 masjid di Negeri ini..kami usaha hidupkan takmir masjid ke arah hidup 24 Jam dgn Amal...namun Taqdir Allah mendahului , di sini seorang Jemaah kami telah gugur. Syahid di landa malaria..Haji Tajudin ...Beliau di semadikan di Negeri ini ..kami meninggal Beliau di sana moga bertemu lagi di negeri Abadi...Beliau pulang dulu ke destinasi , moga di akhirat sama² dapat sampaikan laporan kerja Dakwah ini di hadapan Allah.
Usaha Dakwah di Burkina Faso ni baru bangkit semula setelah covid.Semua program kita termasuk Bayan dan Taklim , orang tempatan ambil bahagian ..Terjemahan dalam bahasa france ..sangat perlu di hantar jemaah yg boleh berbahasa arab ke sini..
Kami terbang ke Habsyah untuk hadir Ijtimak Dakwah Dunia di Butajira ..seorang lagi ahli Jemaah lagi gugur di medan ijtimak Dakwah .Haji Mokhtar Syahid di landa Malaria ..di semadikan di Butarjira Habsyah ...kami berangkat 6 orang..tapi taqdir tertulis pulang berempat ..2 di semadikan di Benua Afrika jadi saksi orang Malaysia sampaikan Islam di Bumi Afrika...Ya Allah terimalah kami...amin...
InsyAllah Jamaah perlu di hantar lagi Ke Negara Burkina Faso ini berikutan mereka baru nak bangkit semula dalam krja Dakwah ...Negara majoriti Umat Islam...
Us Khan Dai'e
Muhajir Madani
No comments:
Post a Comment