Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Apa yang ada di Sungai Batu?

Saturday, January 15, 2022

Nampaknya hasrat sesetengah pihak untuk tutup isu-isu Sungai Batu sehingga dilupai oleh masyarakat sedikit demi sedikit mungkin akan berjaya juga akhirnya. Kalaulah tidak ada kecintaan halaman kepada Sungai Batu. 

Hairan sungguh. 

Apa yang ada di Tapak Arkeologi Sungai Batu?

Ya. Apa yang ada di Sungai Batu?

Satu kajian secara arkeologi oleh salah seorang aekeologis terbaik di dunia telah berjaya mendedahkan sebuah pusat ketamadunan terawal Asia Tenggara yang bertarikh 788 Sebelum Masihi (SM) yang bertapak di Malaysia. Sebuah negeri Melayu yang tertua di Semenanjung Malaysia. 

Salah satu tapak dari 97 tapak yang ditanda dan sebahagiannya dibuka, arkeologis menemui pentarikhan yang paling lama iaitu tahun 788 Sebelum Masehi telah ditemui bukti masyarakat Kedah Tua telah menjalankan kerja-kerja paling berat dalam industri perusahaan yang tidak berubah statusnya sehingga ke hari ini iaitu sebagai pelebur besi dan mengeksportnya ke seluruh dunia.

788 tahun sebelum Nabi Isa AS dilahirkan telah ditemui bukti bahawa Melayu telah melebur besi sekaligus penemuan ini menjadikan negara Malaysia mempunyai tapak tamadun terawal di Asia Tenggara sekaligus bukti tamadun bangsa Melayu yang wujud 35 tahun lebih tua dari Tamadun Rom. 

Ini satu penemuan yang cukup besar dan hebat kepada negara khususnya bangsa Melayu. 

Terdapat satu persoalan yang besar dan sangat pelik iaitu mengapa kita tidak tahu pun tentang hal yang besar ini? Bukan dalam masa setahun dua tetapi sudah hampir 12 tahun iaitu selepas 4 fungsi atau jenis-jenis tinggalan dibuka menunjukkan adanya cerita baharu tentang sejarah kerajaan lama di Malaysia telah ditemui. 12 tahun tersebut berkronologi seperti berikut. 

2007 - kumpul data Lembah Bujang hingga arkeologis mencari di mana tempat lebih awal sebagai lokasi persinggahan memandangkan candi paling awal pun pada kurun ke 4 Masehi. 

2008 - Kajian GIS, pemetaan dan penandaan adanya tapak-tapak yang diliputi tanah di hutan kelapa sawit.

2009 -2021 52/54 tapak telah dibuka di mana 4 fungsi utama kegunaan tempat ini adalah jeti-jeti, bangunan pentadbiran, kilang lebur besi dan tempat keugamaan. 

Berita ini tidak sampai kepada khalayak ramai.  Bukankah lebih lamanya usia tamadun ditambah pula dengan penglibatan umat negara ini di masa yang lampau membabitkan diri dalam perusahaaan terberat dan tertinggi di dunia sangat besar nilainya. Pelbagai kesimpulan dan isyarat yang dihantar tinggalan mampu mengubah arah pemikiran, jatidiri dan azam anak muda terutama bangsa Melayu. Apakah bangsa ini harus terus terusan menerima tulah majmuk yang dicipta penjajah?

Tapak Arkeologi Sungai Batu yang berupaya dibangunkan menjadi satu pusat pelancongan hebat negara masih terus kekal tidak diketahui umum. Setiap hari ada pelawat tetapi yang datang boleh dikira dengan jari. Sebuah peradaban bangsa yang tidak dihargai malah dibiarkan terus begitu. 

Peruntukan belanjawan yang diumumkan untuk dua perkara utama iaitu pembaikan bangunan Sultan Abdul Samad dan pelancongan di Lembah Bujang seolah dilihat satu pemberian tanpa tahu apa yang ada di Sungai Batu dan kenapa beberapa Ahli Dewan Negara menaikkan isu Lembah Bujang ini. Jika tahu, tidak hanya angka agihan peruntukan diumumkan. Malah pastu akan turut dipetik tentang kehebatan yang negara ada dari segi tinggalan yang sebenarnya sama taraf dengan Tembok Besar China, Piramid di Mesir dan sebagainya.

Duit syiling lamakah ditemui di Tapak arkeologi Sungai Batu ini? Atau candi lama yang boleh terus dilonggokkkan dengan sejarah yang ditafsir sejarahwan lepas untuk menyimpulkan makna candi-candi? 

Apakah masyarakat tahu tentang keberadaan Sungai Batu? 4 fungsi yang ditemui adalah bertaraf dunia. Tapak peleburan besi dicirikan oleh penemuan bahan asas besi mentah, peralatan peleburan iaitu relau dan tuyere , hasil peleburan dan produk peleburan berupa jongkong besi. Ada 17 tapak kesemuanya dan 6 dibuka mempunyai semua dapatan tinggalan di atas yang merupakan satu-satunya industri pembuatan besi purba secara besar-besaran ditemui di dunia pada hari ini. 

 Sebanyak 12 monumen jeti pelabuhan yang paling sempurna dimana  terletak di kedua belah tebing Sungai Batu kuno dengan bercirikan pembinaan seperti lantai, koridor, tempat pengikat kapal, pelapik tiang dan runtuhan atap genting, yang kesemuanya diperbuat daripada bata.

Monumen syahbandar daripada bata pula yang ciri-ciri penemuan tapak-tappak ini ada lantai ruang utama serta beberapa bilik, pelapik tiang dan runtuhan atap genting  yang dianggap penunjuk sebuah pengurusan dan pentadbiran perdagangan dan pengangkutan paling sempurna ditemui. 

Dan satu lagi fungsi iaitu kompleks ritual dicirikan oleh satu monumen daripada bata dengan dasar bentuk bulatan, di atasnya empat segi sama dan atas sekali bulatan kecil, dengan di kelilingi oleh binaan ruangan berehat juga merupakan satu-satunya monumen peribadatan purba berbentuk seperti itu yang dinyatakan dijumpai di dunia.  

Sehingga catatan ini ditulis, apakah tindakan kerajaan atas jumpaan tapak tamadun ke 6 tertua di dunia yang dijumpai di Malaysia ini?

Melayu jugalah yang membenamkan kembali sejarah bangsanya. Sampai tak ada daya usaha untuk memberitahu kepada bangsanya waima keluarga mereka sendiri bahawa kita ada sejarah unggul di Sungai Batu. 

Tahniah kerana tiada apa-apa tindakan untuk penemuan yang cukup besar ini. Buat pertama kalinya, sikap sesetengah Melayu sendiri adalah keajaiban dunia kerana langsung tak ada sayang akan sejarah bangsanya. 

Lebur besi samalah seperti nak lebur selesa Melayu kinikan?

Sumber fb

No comments:

Post a Comment