Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Coretan Subuh 26 Rejab 1442H

Wednesday, March 17, 2021

Penyakit atau kesakitan seumpama skrin paparan bagi menyatakan ketidakseimbangan kehidupan yang terdahulu, maka bagi sesiapa yang diuji dengan apa2 jenis kesakitan dan sibuk semata2 mencari ubat pada sakitnya itu, pastinya akan menemui kesulitan dalam usaha tersebut. Sekalipun berjumpa dengan ubatnya yang betul bagi sakitnya, masih akan timbul pula kelompongan keserasian antara ubat dan tubuhnya.


Maka hakikat permulaan pencarian penawar kepada satu2 penyakit ialah pembetulan kepada gaya hidup seharian, taubat atas segala dosa2 lalu, perbetulkan mana2 yang silap, perbaiki kualiti amalan2 semasa, tambahkan dengan amal2 soleh yang baru serta diikuti dengan usaha mencari ubat/rawatan.


InsyaAllah jika jalan ini diikuti, kesembuhan hakiki akan ditemui, sekalipun tiada hadirnya kesembuhan, ianya adalah benar2 satu proses anugerah Allah SWT kepada insan2 terpilih bagi mendapat pengampunan dosa mahupun peningkatan darjat yang bakal memberi kesan yang amat mendalam bagi peningkatan Iman yang shahih dan penambahan dalam amal2 yang soleh.


Inilah perkara yang sedang kita pelajari dan perjuangkan, kita tidak meninggalkan ubat/rawatan sebagai asbab atas kelemahan kita, namun kita tidak juga sekali-kali mengetepikan pra-syarat utama rawatan iaitu berusaha melaksanakan islah diri.


Bagi pesakit yang telah hilang upaya 100% disebab faktor akal yang telah tiada waras mahupun lemah upaya jasadnya, maka tertanggunglah semua usaha2 di atas pada walinya atau orang2 yang bertanggungjawab bagi menjaga si pesakit itu termasuklah mereka yang terlibat secara lansung dengan usaha rawatan seperti Para Tobib, Juruterapi dll. Wallahua'lam.


Norhissam Mustafa

ATMeDIK/SiHAT2U.

No comments:

Post a Comment