Maulana Ihsan Al Haq Sahib, Raiwind, Guru Hadith kami pernah menasihati kami, beliau berkata:
"Ramai yang berebut untuk khidmat orang yang ternama dan yang di sanjung, dan rasa bangga, sedangkan ini boleh mendatangkan takabbur. Sebenarnya pahala besar adalah bila kamu pergi khidmat kepada orang tua miskin uzur yang kamu tidak kenali kamu khidmat orang tua itu dengan ikhlas, Allah akan redha dengan kamu"
Inilah yang di maksudkan dengan pepatah urdu, "amal se jannat milti hai, khidmat se khuda milta hai"
Mafhum:
(ketaatan menjamin syurga, sedangkan khidmat dapat Allah (Jadi wali Allah)
Inilah yang Saidina Abu Bakar RA buat pada malam hari, dan Saidina Umar RA turut melakukan ini selepas Saidina Abu Bakar RA meninggal dunia.
Maulana Tariq Jameel Sahib beritahu, ketika beliau belajar di Madrasah Arabiah Raiwind Pakistan, setiap malam beliau akan pergi lihat di dalam masjid jika ada tetamu Allah yang tidak ada alas tidur, maka beliau akan berikan alas tidur dan bantal beliau kepada tetamu itu, dan beliau hanya tidur dengan menghamparkan sehelai kain.
Semoga Allah berikan kita sifat dan akhlak mulia ini.
Muhamad Ilyas Mohd Mydin
No comments:
Post a Comment