Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Ada 13 golongan orang yang kencingnya menyebabkan sembahyangnya tidak sah

Wednesday, March 17, 2021

Seterusnya doanya tidak termakbul

Pertama:

Salah satu darinya adalah mengencing kakinya sendiri semasa kencing.

Yang ke 2:

Percikan kencing tidak dicuci sebaliknya hanya cuci di tempat yang dikencing dan tempat percikan tercebut dipijaknya pula untuk keluar dari bilik tandas.

Yang ke 3:

Cuci kencing kelam kabut.

Ingatkan dah bersih rupa2 zahir sahaja yang bersih namun batinnya tidak.

Yang ke 4:

Kencing terkena pada pakaian dan digunakan untuk solat.

Yang ke 5:

Menahan kencing, dah terkeluar sikit. Tapi selesai kencing hanya cuci macam biasa. Nak solat tak tukar seluar atau menanggalkannya.

Yang ke 6:

Setiap percikan air kencing akan menghasilkan 3 pantulan air kencing di sekeliling kawasan tempat kencingan. Tentukan dibersihkan sebelum keluar tandas.

Yang ke 7:

Jika kita pergi ke mana2 tandas di masjid mahupun surau, pastinya ada selipar ataupun terompah.

Pertanyaannya mengapa, sebab hendak menentukan najis tidak dibawa keluar dari tandas tersebut.

Ke 8:

Kencing adalah najis. Najis tidak boleh dibawa ke tempat solat dan ibadah.

Ke 9:

Tandas yang berbau hancing tidak membuktikan bahawa tandas itu bersih lagi suci.

Ke 10:

Kencing akan meninggalkan sisa di bahagian batin (dalam).

Belajar dengan orang yang lebih arif terhadapnya.

Ke 11:

Tidak ada buang air besar sebelum buang air kecil. Oleh yang demikian cuci kedua2nya selepas membuang hajat.

Ke 12:

Kepentingan kencing adalah membuang sisa (najis). Di dalam tidak najis tapi di luar akan jadi najis.

Ke 13:

Jangan jadikan kencing sebagai alasan kerana tidak boleh solat namun sebaliknya cuci dengan sempurna dan (yakin) membolehkan kita bersolat.

*

🌾Ada sejenis syaitan yang menggoda kita agar tidak membersihkan tempat kencing kerana itulah tempatnya mereka berlindung ketika azan berkumandang.

✍ Semoga bermanafaat walaupun hanya satu dari 13 perkara tersebut yang mampu kita lakukan.

✍  Tandas tempat yang kotor tapi melambangkan keimanan kita.

✍  Di Akhirat nanti ada tempat yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang menjaga kebersihan tandas.

✍ Jadikan tangan2 kita sebagai tangan2 yang mampu membersihkan tempat buangan najis ini.💖


*CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BETUL*

Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar.  Bersih belum bererti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api Neraka hanya kerana tidak benar dalam mencuci kemaluannya.

Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak mensolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba2 berkata:

”Apakah salahku? Kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.”

Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang meremehkan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.

*LELAKI*:

Selepas membuang air kecil, disunnahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

Kemudian basuhlah dengan air sampai bersih.


*WANITA*:

Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bahagian dalamnya dengan memasukkan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.


*SANGAT PENTING*:

Sudah benar atau tidakkah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama2 kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Kerana telah dijanjikan Neraka bagi mereka yang tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna, baik hadas kecil/hadas besar).

Rasulullah SAW bersabda: 


"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."


🌴Tolong sebar luaskan...

Semoga bermanfaat untuk semua...🌴

No comments:

Post a Comment