Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Cerita Khurafat

Monday, March 8, 2021

 Bismillahirrahmanirrahim


Perbualan Rasulullah ﷺ Pada Waktu Malam


Sayyidatuna 'Aisyah r.a. mengkhabarkan:

"Pada suatu malam, Rasulullah ﷺ bercerita dengan isteri-isterinya cerita yang menakjubkan. Lalu salah seorang daripada mereka berkata, "Cerita seperti ini seperti cerita khurafat." Rasulullah ﷺ bersabda, "Tahukah kalian, apakah dia khurafat? Sesungguhnya khurafat itu nama seorang lelaki dari 'Uzrah*º yang disembunyikan jin pada zaman Jahiliyah. Dia tinggal bersama mereka (jin) beberapa lama. Kemudian jin-jin itu mengembalikannya ke alam manusia semula. Khurafat menceritakan tentang keajaiban-keajaiban yang dialaminya di alam jin kepada orang ramai. Lantas orang ramai berkata, "Itu cerita khurafat."

*ºSatu qabilah di Yaman.

Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim

~ Dipetik dari kitab Syamail Nabi ﷺ, Sofa Production Sdn Bhd, Cetakan Kelima/Disember 2014

No comments:

Post a Comment