Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

MAKSUD "KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH"

Monday, January 18, 2021

Satu ketika dahulu, saya ada terbaca isi laporan dlm akhbar yg menyatakan lebih kurang begini, "jika anda menghadapi masalah, kembalilah kepada al-Quran dan al-Sunnah".  

Apabila kita membaca kenyataan ini sepintas lalu, kata-kata itu amat indah sekali. Cuma maksud sebenar bagi kata-kata itu perlu diperhalusi lagi. 

Jika yg dimaksudkan dgn kembali kpd al-Quran dan Sunnah itu ialah membaca sendiri kitab al-Quran dan al-Sunnah tanpa bimbingan daripada para alim ulama, maka pemahaman seperti itu tidak kena pada tempatnya. Hal ini kerana tidak semua tempat di dalam al-Quran dan Sunnah dapat difahami oleh semua org. Pada ayat atau hadith yg misalnya berkaitan dgn ayat mutasyabihaat, hukum-hakam, nasikh mansukh, tafsiran makna tersirat dsb tidak semua boleh memahami dgn baik akan hal ini. 

Kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah mestilah difahami dgn erti kata kembali kepada pemahaman yg sebenar sebagaimana yg diajar oleh para alim ulama, bukannya kembali kpd "pemahaman sendiri atau tafsiran masing-masing terhadap al-Quran dan al-Sunnah, lalu mendakwa itulah maksud kembali kpd al-Quran dan al-Sunnah sebenar, sedangkan dlm masa yg sama menentang ulama dan tidak mempelajari ilmu kpd ulama". Oleh yg demikian, kita sebagai org awam, amat tidak memadai hanya sekadar melihat terjemahan al-Quran dan al-Sunnah, lalu terus mengamalkannya tanpa mempelajari kepada para alim ulama yg membicarakan mengenainya. 

Di dalam al-Quran dan al-Sunnah terdapat ayat yg berbentuk mujmal, muhkam, mutasyabih, nasikh, mansukh, am, khas, muqayyad, dan banyak lagi yg mana sudah tentu utk memahaminya dgn baik perlu kepada bimbingan para alim ulama. Jika kita tidak merujuk kpd bimbingan ulama, maka ayat yg sebenarnya tidak berlaku pertentangan antara satu sama lain, dikatakan berlaku bertentangan disebabkan pemahaman dan ilmu kita yg dangkal. Misalnya ayat al-Quran yg menyatakan boleh qasar solat ketika dalam situasi peperangan, hanya menyebut dlm situasi peperangan sahaja, tidak menyebut mengenai keadaan musafir yg bukan dlm situasi peperangan. Rukhsah utk membolehkan qasar solat ketika bermusafir yg bukan dlm situasi peperangan boleh didapati penjelasannya menerusi hadith dan kalam ulama yg membicarakan mengenainya. Jika kita tidak berpandukan kpd pengajaran dan bimbingan daripada alim ulama utk memahami ayat al-Quran dan hadith, sudah tentu kita tidak dapat beramal dgn wahyu Allah SWT dgn erti kata yg sebenarnya.  

Justeru, kembalilah kepada bimbingan para alim ulama utk memahami al-Quran dan al-Sunnah dgn baik, barulah benar slogan yg mengatakan "Kembali Kepada al-Quran dan al-Sunnah". Jika kita tidak kembali kpd bimbingan para alim ulama utk memahami al-Quran dan al-Sunnah, maka sebenarnya tanpa sedar kita semakin terpesong dan jauh daripada al-Quran dan Sunnah. Bertambah parah apabila kita mendakwa yg kita lebih memahami daripada ulama, lalu menentang ulama dgn sekeras-kerasnya. Semoga kita sentiasa menjadi insan yg sentiasa dibimbing oleh ulama pewaris para Nabi. 

Wallahua'lam

https://www.facebook.com/1810990976/posts/10214133326726427/

No comments:

Post a Comment