Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Usaha Atas Iman dan Amal

Friday, August 30, 2019

Kenapa Jemaah Tabligh boleh berdakwah seluruh dunia tanpa sekatan ? Ini antara amalan Amir Jemaah Tabligh.

Siapakah Beliau ?

MAULANA ILYAS KANDHLAWI : ULAMA SUFI, DAIE & MUJADID LUAR BIASA.

Maulana Ilyas Kandhlawi (1885- 1944), Badi’uzzaman Said Nursi (1877- 1960), Syeikh Umar Mukhtar (1858- 1931) & Syeikh Izzuddin Al Qassam (1882- 1934) adalah ulama sufi yang hidup sezaman.

Persamaan keempat-empat mereka adalah berakidah Asya’irah wal Maturidiyah, bermazhab dengan salah satu mazhab fiqh yang empat & bertasawuf dengan tarekat-tarekat muktabar.

Keempat-empat mereka hidup di ambang kejatuhan Daulah Uthmaniyah, satu zaman yang sangat mencabar bagi umat Islam.

Jika Syeikh Umar Mukhtar & Syeikh Izzuddin Al Qassam bergelumang di medan jihad, Maulana Ilyas & Said Nursi pula bergelumang di medan tarbiah & islah umat.

Inilah kemuliaan hidup yang Allah kurniakan pada mereka.

•KISAH PERIBADI MAULANA ILYAS KANDHLAWI RAH.

Maulana Ilyas Kandhlawi adalah seorang ulama besar India. Beliau lahir dalam keluarga ulama. Beliau juga seorang ulama bertarekat Chistiyah, satu tarekat yang masyhur di kalangan para ulama India. Beliau sangat warak & tawaduk.

Keturunan beliau sampai kepada sahabat besar Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Abu Bakar AsSidiq ra.

Akhlaknya dipuji oleh semua orang yang pernah bertemu dengannya.

Sejak dari usia mudanya, keilmuan beliau dalam pelbagai bidang diakui oleh para ulama India. Ketika dianjurkan perhimpunan para ulama besar India di Kandahla, mereka meminta Maulana Ilyas untuk mengimamkan solat mereka.

Antara ulama besar yang hadir pada ketika itu ialah Maulana Asyraf Ali At Tanwi, Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri & Maulana Abdur Rahim Ar Raipuri.

Di India pada ketika itu, umat Islam di bandar sangat teruja & mengagungkan cara hidup British.

Manakala umat Islam di kampung pula mencampur adukkan amalan Hindu dalam kehidupan mereka. Keadaan ini sangat menyedihkan Maulana Ilyas. Maka beliau meninggalkan madrasahnya di Nizamuddin lalu pergi ke Mewat & membina madrasah (maktab) di sana.

•TERCETUS IDEA DAKWAH DAN TABLIGH OLEH BELIAU.

Mewat adalah sebuah daerah yang dihuni oleh suku Meo. Major Powlett pernah menulis tentang keadaan suku Meo di Mewat sebelum kedatangan Maulana Ilyas seperti berikut:-

“Orang Meo semuanya Islam, tetapi hanya pada nama…Mereka menyambut hari kebesaran Hindu di samping hari kebesaran Islam..Ketika berkahwin, Brahmin Hindu akan melaksanakan upacara perkahwinan.

Manakala majlis akad nikah pula dilaksanakan oleh Kadi. Sangat sedikit yang melaksanakan solat di kalangan mereka…Masjid-masjid juga jarang kelihatan…Hanya terdapat 8 buah masjid dalam 50 buah kampung…Mereka benar2 jahil terhadap agama mereka…”

Di Mewat, Maulana Ilyas menawarkan pengajian percuma di madrasahnya berserta wang saku kepada orang-orang Meo. Namun usaha Maulana Ilyas ini gagal menarik minat mereka untuk mendalami ilmu agama. Maulana Ilyas berasa sangat sedih.

Pada tahun 1931, ketika mengerjakan haji di Mekah, Maulana Ilyas mendapat ilham bahawa untuk menarik manusia kepada Allah, mestilah dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad pada permulaan dakwah Islam iaitu berjumpa manusia dari pintu ke pintu & dari hati ke hati.

Apabila pulang ke Mewat, Maulana Ilyas bersama anak2 muridnya memulakan dakwah dengan jaulah dari rumah ke rumah.

Setiap hari berpuluh-puluh batu lembah Mewat dilalui oleh Maulana Ilyas. Tidak sedikit ancaman & kecederaan yang dialami oleh Maulana Ilyas.

Namun beliau tetap sabar & istiqamah. Ketika berhadapan dengan orang2 Mewat, beliau menunjukkan akhlak yang sangat baik hatta kepada para samseng.

Lama-kelamaan, usaha dakwah beliau mula diterima. Penduduk Mewat sangat terkesan dengan akhlak & kesungguhan Maulana Ilyas. Mereka mula minat pada agama. Masjid-masjid mula didatangi & mereka mula menghantar anak-anak mereka belajar di madrasah.

Suasana Mewat bertukar.

Dari masyarakat yang meninggalkan amalan2 agama kepada msyarakat yang taat beragama. Maulana Ilyas mula mengutuskan jemaah dakwah dari Mewat ke tempat-tempat lain di India. Dari sinilah bermulanya gerakan jemaah tabligh.

Berapa ramai yang begitu jauh dari agama, berubah menjadi seorang yang sangat mencintai Islam. Setelah itu, ulama2 besar India juga turut melibatkan diri dalam usaha dakwah ini.

Sebagai seorang ulama sufi, beliau sangat menitik beratkan ilmu, zikir, ibadat & khidmat pada ahli jemaah Tabligh.

Pada beliau, amalan-amalan tersebut tidak boleh dipisahkan dari dakwah, begitu juga sebaliknya. Berkat usaha yang dijalankan oleh Maulana Ilyas, hari ini jutaan umat Islam dapat diislahkan.

Tidak sedikit juga orang-orang bukan Islam yang mendapat hidayah dari usaha dakwah yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh.

Kini, jutaan Jemaah Tabligh bergerak di seluruh dunia atas maksud dakwah. Selain dari gerakan Islam yang bersifat antarabangsa, perhimpunan tahunan Jemaah Tabligh diiktiraf sebagai perhimpunan kedua terbesar umat Islam selepas perhimpunan Haji di Mekah.

Maulana Ilyas Kandhalwi memang layak digelar “Mujadid yang Luar Biasa’.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

#MOFAD

APAKAH AMALAN SHEIKH MAULANA ILYAS KAHDHLAWI RAH ?

Maulana Said Sulaiman Nadwi rah mengatakan asas atau usul dakwah Para Nabi ada tiga,

1. Dakwah tanpa minta apa-apa ganjaran.

Buat dakwah ikhlas semata-mata inginkan redha Allah.

2. Perasaan kasihan pada Umat.

Orang islam tak taat pada perintah Allah, kasihan pada mereka bukan terus menghukum.

3. Pergi jumpa orang, bukan menunggu orang jumpa dia.

Nabi Muhammad SAW pergi taif untuk sebarkan dakwah.

Nabi Muhammad SAW pergi jumpa pembesar-pembesar Quraisy untuk sampaikan dakwah.

Ketiga-tiga asas atau usul ini lah yang menjadi amalan Sheikh Maulana Ilyas Kandhlawi rah dalam Dakwah dan Tabligh.

Kesannya, Jemaah Tabligh bertebaran serata dunia sehingga sekarang.

Jemaah Tabligh ambil dana daripada mana untuk survive ?

Dana daripada poket sendiri tanpa bantuan kerajaan dan NGO-NGO.

Sekian.

-Mohd Fakhri Amir-

Sumber : https://www.facebook.com/105718656183577/posts/2907215289367219/

19 comments:

  1. Ketika Maulana Umar Palampuri rah.a bayan di Makkah, beliau bayan menjelaskan tentang mujahadahnya amal dakwah.

    Di antaranya adanya penentangan-penentangan walaupun dari saudara-saudara kita sendiri yang belum faham.

    Kemudian ada seorang Arab bertanya,

    "Wahai Maulana! Apa gunanya Allah swt ciptakan penentang-penentang itu? Bukankah lebih baik kalau tidak ada penentang?"

    Maulana menjawab dengan sangat bijaksana,

    "Tahukah saudara telur ayam? Telur ayam terdiri dari kuning telur, putih telur dan kulit telur. Yang kita makan kuning telur dan putih telurnya. Kulit telur kita tidak makan.

    Yang menjadi anak ayam kuning telur dan putih telurnya sahaja. Andaikata yang keluar dari ayam hanya putih telur dan kuning telurnya saja tanpa kulit telur, pasti tak akan menjadi anak ayam.

    Bahkan kita pun tidak mahu memakannya. Jadi kulit telur sangat diperlukan agar telur boleh dimakan dan boleh menetaskan menjadi anak ayam.

    Demikianlah Allah ciptakan penentang-penentang seperti kulit telur tadi. Agar kita boleh 'menetas' menjadi da'ie..

    Jadi sesungguhnya penentang-penentang itu kita perlukan agar membantu kita menjadi da'ie.

    Jangan musuhi mereka. Kalau perlu kita ikram dan kita doakan supaya Allah bukakan pintu hidayah untuk mereka.

    Kalau kita berhasil merubah para penentang yang melawan kita menjadi kawan, berarti kita telah memperoleh hakikat dari sifat ikramul muslimin..."

    ReplyDelete
  2. SERING KALI DITANYA KENAPA JEMAAH TABLIGH ( JT ) HANYA BERDAKWAH DAN TIDAK MENGELUARKAN FATWA JIHAD?

    Haji Abdul Wahab Rahimahullah beliau pernah di tanya oleh seorang Jihadis TALIBAN.
    -Hai syaikh, mengapa usaha tabligh ini hanya berdakwah buat makmurin masjid aja tapi tak pernah buat jihad perangi para musuh kafirin!!!
    Maulana wahab balik tanya apakah engkau sudah buat dakwah kepada mereka (kafirin) ?? dia jawab "belum syaikh" +Beliau melanjutkan, Kalau kau berjihad perang dengan mereka. Apakah jika kamu mati menjadi syahid dan masuk sorga hatimu merasa senang?? dia jawab "benar syaikh." + dan jika mereka (kafir) yang kau perangi mati dan masuk neraka, apakah hatimu merasa senang??? dia terdiam... +Maka Beliau katakan " KALAU ENGKAU MERASA SENANG DENGAN KEMATIAN MEREKA DALAM KEKAFIRAN DAN MASUK NERAKA, LANTAS APA BEDANYA ENGKAU DENGAN IBLIS LA'NATULLOH?? KARENA IBLIS JUGA MENGHENDAKI MEREKA KAFIR DAN MASUK NERAKA"

    RENUNGAN
    - Rasulllullah mendakwahkan ISLAM terlebih dahulu kepada org2 kafir musyrik sebelum memerangi mereka.

    Salam santun dan silaturahmi

    ReplyDelete
  3. DeAriola Sutan Sari Alam with Info Dakwah
    5 hrs ·
    Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat :
    “ ... Orang yang mengganggap agama bisa kuat dengan harta adalah musuh-musuh Allah ... ”
    “ ... Awal kebaikan (ter-islah) ummat ini karena yakin yang shahih dan zuhud (tidak tamak kepada dunia) dan awal kehancuran ummat ini adalah karena bakhil dan panjang angan-angan ...”
    “ ... Wahai sahabatku, apabila saat ini kalian mengurangi waktu kalian untuk agama Allah sepersepuluh saja, niscaya nushratullah (pertolongan Allah) tidak akan turun, kalian harus mengamalkan agama secara keseluruhan, Tetapi ummatku pada akhir zaman nanti, jika mereka rela meluangkan waktunya sepersepuluh saja untuk agama Allah, maka nushratullah akan segera turun ...”
    HR. at Tirmizdi , Baihaki – Syua’bul Iman

    ReplyDelete
  4. DeAriola Sutan Sari Alam with Info Dakwah
    Yesterday at 7:53am · Edited ·
    " ... Hajat dapatkan agama adalah usaha dan minat terhadap agama sebagaimana orang yang sakit akan minum obat untuk sembuh walaupun pahit . Hajat Ruh adalah bukan pada makan dan segala kebutuhan untuk badan kita tetapi ruh berhajat kepada perintah Allah . Jika ruh lemah maka jasad akan menjadi kubur bagi ruh dan selalu ikut kepada kehendak jasad , padahal ruh yang selalu diikutkan kepada kepentingan jasad maka setelah mati akan bau busuk yang tercium oleh semua penduduk langit ... " .
    " ... Agama untuk diamalkan bukan untuk maklumat karena Ilmu Maklumat hanya sekedar tunjuk jalan bukan tujuan , di dunia banyak orang tanya tentang Ilmu maklumat bagaimana hukum ini dan itu ? , padahal di akherat , Allah tanya ma’mulat/amalan , Itulah sahabat berlomba amal bukan ilmu ... " .
    " ... Ilmu dihati semua anggota badan ikut Ilmu,sedangkan ilmu yang melalui lidah tak akan bawa taqorrub kepada Allah. Dan sahabat musyahadah atas Ilmu serta mendzahirkannya dalam amal , Ilmu mereka disertai Iman ... ".
    Haji Sahb katakan :
    " ... Orang yang belajar Ilmu di madrasah bahasa arab dsb tanpa belajar meningkatkan Iman maka seperti Abu Jahal ..."
    " ... jika Ilmu iman diceritakan tanpa yakin maka tak akan wujud dalam diri kita . Ilmu berhajat kepada amal sedang amal berhajat kepada Iman , Iman berhajat kepada dakwah ..."
    Maulana Yusuf rah.a
    SubhanAllah ... Hidayah Yaa Allah ...

    ReplyDelete
  5. DeAriola Sutan Sari Alam with Aziz Darmawi and Info Dakwah
    September 21 at 11:13pm · Edited ·
    " ... Amal yang dibuat tanpa keyakinan seperti menerbangkan pesawat tanpa mesin , sedangkan amal yang dikerjakan tanpa adab seperti mengerjakan sholat tanpa wudhu ... " ,
    " ... dan hitunglah jarak antara hati dengan mulut manusia yang hanya 13 inchi , begitu juga Nabi 13 tahun usaha atas iman bersama sahabat , sehingga satu tahun masuk satu inchi ... , tetapi lihatlah dampaknya untuk umat seluruh alam ... " ,
    " ... dan jika kita mengerjakan seluruh amalan Nabi seperti Dakwah ,Taklim , Dzikir Ibadah , dan khidmat akan juga menghasilkan Nur , sehingga apabila dibuat secara kesempurnaan kerja , dan juga bila dikerjakan didalam ghasyt atau Jaulah / mulakat akan menghasilkan Nur cahaya yang dahsyat , dan dapat menerangi kegelapan yang terjadi pada manusia sehingga bisa menjadi asbab hidayah bagi umat seluruh alam ... "
    Maulana Yusuf rah a.
    SubhanAllah ...

    ReplyDelete
  6. Ali Russia added 5 new photos — with Ibrahim Muluk.
    22 hrs ·
    Subhanallah - Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih:
    1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama; jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam agama.
    2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
    3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
    4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.

    ReplyDelete
  7. Salam kasih umat dari lereng lerwng gunung Timor Leste...
    Alhamdulillah

    Selawat dan salam keatas junjungan Nabi saw dan Sahabah ra atas pengorbanan mereka seeehingga kita mendapat nikmat iman dan islam...

    Alhamdulillah...kkami sekarang berangkat ke Sektor seterusnya...nama Daerahnya Vequeque...daerah yang bergunung ganang dan lebih mencabar serta lebih Mujahadah....

    Perjalanan kami akan menempuhi lereng lerwng dan curam yaang lebih dalam...

    Semalam kami di kejutkan oleh satu peristiwa yang menyebabkan seluruh ahli jemaah menangggis...

    Kami di bawa oleh Ustaz Ibrahim....penangung jawab Daerah Baucau yaang baru pulang dari mengerjakan Umrah...

    Kami dibawa ke satu kawasan pergunungan bernama Brema....perjalanan kami menggunakan picup 4x4 dgn menyusuri lereng gunung pingiran pantai...kemudian berjalankaki sejauh 3 km...menuruni denaii...melintasi sawah padi...membelah belantara dan akgirnyya mendaki gunung....lalu sampai ke kawasan tersebut. ..

    Diatas gunung Brema itu terdapat seorang insan yang Allah pelihara iman dan kalimahnya...berusia hampir 100 tahun...

    Namanya Pak Abu Bakar...asal beragama Pagan dan anak Pribumi...beliau memeluk Islam pada tahun 1975...dan hampir seluruh kampungnya sekitar 500 orang juga memeluk Islam...

    Tetapi oleh kerana faktor sekitar....seorang demi seorang telah meninggalkan Islam serta Murta dan akhirnya tinggal lah beliau berdua bersama sahabat baiknya Pak Kasim yang masih Islam dan pertahankan kalimah...

    Hampir lebih 30 tahun berliau berdiri teguh dengan fikir yang kuat keatas Islam dan kerisauan keatas saudara mara serta penduduk kampung yang murtad....

    Daei usia muda sehingga lah beliau tua...beliau azan dan solat sorang diri...kekadang beerdua...sehinggalah sekarang...

    Ketika kami sampai beliau agak terperanjat dan kelihatan terketar ketar menanggis kegembiraan atas kunjungan kami...

    Kami berpelukan sambil berlinangan airmata dan pelukannya seolah olah tidak mahu melepaskan kami...

    Kami sampai sebelum Zohor dan habiskan masa bersama dengan solat zohor dan asar bersama sama...

    Satu peristiwa yang kami dapat belljar dari seorang lelaki tua yang tiddak punya apa apa...rumahnya dari buluh dan beratapkan nipah ddan berjalankaki utk mengambil wuduk hampir setengah kilometer di sumur yang jauh di lereng curam. ..

    Apa yang kami belajar....kami melihat beliau bersiap siap untuk solat bersama kami tetapi kemudianya beliaau berkata...."tunggu sekejap...saya jangkau dulu kawan saya...(jangkau bermaksud Khususi atau usuli)...Beliau telah keluar dari Musalla dan berjalan hampir stengah kilometer lagi untuk ususli kawannya untuk di bawa bersolat jemaah di Musalla...

    Allahu...kami makan tengahari bersam...Nasi putih berlauk kan cili apai dan Maggi yang kami bawa....kata Pak Abu Bakar...puluhan tahun beliau cuma makan nasi dan pucuk kayu kadangkala ikan kerana tiada apa yang Halal yang dapat di makan...kerana orang orang kampung keseluruhaannya memelihara Babi dann anjing....

    Kami berbual dan ternyata beliau berbicaa soal iman dan amal setiap masa dengan suuara yang terketar ketar...

    Selepas Asar...kami bersiap untuk pulang ke Masjid Baucau...ternyata beliau sekali lagi memeluk kami...seolah olah tidak mahu melepaskan dan perkataan yang menyayat hati kami ialah bila beliau berkata..."kapan lagi kamu semua akan mengunjungi saya...mungki bila kamu datang lagi Bapak sudah tidak ada..." beliau menanggis dan mengalirkan airmat...dan kami juga.....

    Allahu. ...kalimah tersembunyi di lerwng Timor Leste...katanya lagi..." dimana lagi orang oorang Islam...yang selalu mengunjungi saya dan merekaa disini hanya lah orang orag Dakwah seperti kamu...diimana manusia Islam yang lain..."

    Semuga Allah matikan beliau dengan kalimah iman....

    Kalimah kalimah yersembunyi di lereng lerwng gunung Timor Leste..

    Doakan jemaah kami...

    Ali Russia
    Baucau
    Sektor Timor
    Timor Leste

    ReplyDelete
  8. DOA MAULANA SAAD

    1. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami
    2. Ya Allah tutupilah kesalahan-kesalahan kami
    3. Ya Allah tukarkanlah keburukan-keburukan kami dengan kebaikan-kebaikan
    4. Ya Allah masukkanlah haqikat iman ke dalam hati kami
    5. Ya Allah kurniakanlah sifat iman ke dalam diri kami
    6. Ya Allah kurniakanlah pengikhtirafan Mu kepada kami
    7. Ya Allah kurniakanlah kami hubungan yang khusus dgn Dzat Mu
    8. Ya Allah Engkau adalah milik kami dan kami adalah milik Engkau
    9. Ya Allah bantulah kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai
    10. Ya Allah tetapkanlah kami di dalam amalan-amalan yang Engkau redhai
    11. Ya Allah kurniakanlah kami kekuatan istikhlas dan istiqamat
    12. Ya Allah satukanlah ummat ini dengan usaha dakwah
    13. Ya Allah jadikanlah setiap individu ummat ini sebagai Dai agama Mu
    14. Ya Allah kurniakanlah kepedihan atas keruntuhan agama di dalam hati-hati ummat ini
    15. Ya Allah gunakanlah setiap kemampuan kami dalam kerja agama
    16. Ya Allah gunakanlah ummat ini untuk buat pengorbanan bagi agama Mu
    17. Ya Allah kurniakanlah hidayah kepada seluruh ummat
    18. Ya Allah Engkaulah satu-satunya yang membuat tarbiyah haqiki hanya tarbiyahmulah yang Haqikat tarbiyah
    19. Ya Allah tarbiyahlah ummat ini dengan sebaik-baiknya
    20. Ya Allah kurniakanlah kami kehidupan sunnah Nabi Saw
    21. Ya Allah hidupkanlah sunnah Nabi Saw pada setiap diri ummat
    22. Ya Allah kurniakanlah kebencian di dalam hati kami terhadap cara hidup orang kafir dan hidupkanlah sunnah-sunnah Nabi di dalam diri kami
    23. Ya Allah keluarkanlah sifat haiwaniyah dan tidak berakhlak dari diri kami
    24. Ya Allah kurniakanlah sifat insaniyah dalam diri kami
    25. Ya Allah tunjukilah setiap individu dari ummat ini
    26. Ya Allah amkanlah hidayat kepada seluruh ummat
    27. Ya Allah luaskanlah jalan-Jalan hidayat
    Sambungan >>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. >>> Sambungan
      28. Ya Allah tutupkanlah pintu-Pintu bathil
      29. Ya Allah hancurkanlah suara-suara bathil
      30. Ya Allah gagalkanlah rancangan-rancangan bathil
      31. Ya Allah peliharalah usaha-usaha agama ini, rakan-rakan usaha agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah dan semua Pergerakan-Pergerakan agama yang haq
      32. Ya Allah bantulah kami di dalam setiap langkah kami
      33. Ya Allah tunjukilah kami di dalam setiap langkah kami
      34. Ya Allah kurniakanlah taufik kepada kami untuk berbuat kebaikan-kebaikan
      35. Ya Allah bantulah kami dengan usaha-usaha agama yang penting ini
      36. Ya Allah kurniakan keampunan, tutupkan kesalahan dan mudahkanlah kami
      37. Ya Allah kurniakanlah ihsan Mu kepada kami
      38. Ya Allah mudahkanlah segala urusan kami dengan fadhilat Mu
      39. Ya Allah tanamkanlah keyaqinan atas nusrah ghaibiahMu ke dalam hati kami dan Engkau turunkanlah nusrah ghaibiahMu kepada kami
      40. Ya Allah dimana diperlukan hujan, Engkau turunkanlah hujan rahmatMu (3x)
      41. Ya Allah jangan pandang ummat ini dengan pandangan murka Mu tapi pandanglah ummat ini dengan pandangan ihsan Mu
      42. Ya Allah jadikan ummat ini menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukannya dan kurniakanlah taufik untuk bertaubat
      43. Ya Allah jangan hindarkan rahmat dan ihsan Mu kepada ummat ini
      44. Ya Allah kasihanlah dan rahmatilah ummat ini, Engkau turunkanlah hujan rahmatMu (3x)
      45. Ya Allah keluarkanlah segala harapan dari dalam hati kami kepada ghairuKa, kurniakanlah kami taufik untuk mengambil manfaat secara langsung dari Dzat Mu
      46. Ya Allah keluarkanlah yakin yang salah kepada makhluk dari dalam hati kami dan tetapkan kami di dalam menaati perintah-perintah Mu
      47. Ya Allah kepada orang-orang yang berhutang, Engkau bantulah mereka dengan pertolongan ghaibiahMu untuk menyelesaikan masalah mereka
      48. Ya Allah sembuhkanlah orang-orang yang sakit
      49. Ya Allah keluarkanlah kelemahan-kelemahan zahir dan batin kami
      50. Ya Allah kurniakanlah kekuatan zahir dan batin kepada kami
      51. Ya Allah kepada mereka yang ada masalah dengan Mahkamah, Engkau bebaskanlah mereka
      52. Ya Allah kurniakanlah fikir akhirat di dalam hati-hati setiap ummat
      53. Ya Allah hapuskanlah segala kelalaian di dalam diri kami
      54. Ya Allah kurniakanlah risau akhirat di dalam hati kami
      55. Ya Allah dengan ihsan Mu dan rahmat Mu…
      Terimalah Doa Kami ya Allah…

      Aamiin2 Allahumma Aamiin

      (ehsan dari rakan khidmat nizamuddin)

      Delete
  9. Muzakarah Dakwah di Sri Petaling semalam memang sangat 'memukul'.. Banyak tamsilan yang 'win'.. Di tambah pula dengan kemantapan Maulana Abdul Hamid sebagai penterjemah.. Antara yang saya ingat, penyampai muzakarah tu kata:

    "Mengapa seorang bapa boleh jaga 10 orang anak, tapi seorang anak tak boleh jaga seorang bapa?.. Kerana bapa apabila berkata, dia berkata: ini semua anak SAYA. Anak, bila berkata, dia berkata: Ini bapa KAMI. Macam tu lah kerja dakwah. Kita kena kata: ini kerja saya. Orang lain buat ke tak buat, ini kerja saya. Baru jadi".

    Ust Abd Rahman dan zaujah

    ReplyDelete
  10. Maulana Mustaqim telah bertanya : Apa niat kamu kalau adzan?
    Dijawab : Niat saya untuk memanggil orang kampung shalat berjamaah
    Ada lagi yang menjawab : Niat saya untuk menghidupkan suasana agama
    Ada lagi yang menjawab : Niat saya untuk dakwah
    Maka Maulana Mustaqim : kalau niat kita hanya untuk memangil orang kampung untuk shalat ini niat yang kecil dan adzan itu memang dakwah yang sempurna.
    Jadi niat kita ketika mengumandangkan adzan adalah untuk memanggil semua manusia yang ada di seluruh dunia ini untuk shalat. Maka setiap orang yang shalat diseluruh penjuru dunia akan mengalir pahalanya untuk kita.
    Jadi, dakwah pun begitu
    Ketika kita buat dakwah niatnya pun, buat dakwah diseluruh penjuru dunia.
    Jaulah, niat seluruh alam
    Taklim, niat seluruh alam
    Bayan, seluruh alam
    Silaturrahmi, niat seluruh alam
    Kalau ada orang yang dapat hidayah di Amerika, asbab kerja dakwah maka kita juga akan mendapatkan pahala yang sama.

    ReplyDelete
  11. Ulama bagi tau untuk memasukkan kebesaran Allah di dalam hati kita, kita kena cakap dengan sekurang-kuranya 25 kali dengan 25 orang yang kita jumpa tentang kebesaran Allah Contoh :-

    "Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa"
    "Allah Bagi rezeki"
    " Allah yang menghidupkan"
    "Allah yang mematikan"
    "Allah memuliakan"
    "Allah menghinakan"
    "Allah menjadikan bumi"
    "Allah menjadikan Matahari"
    "Allah Adalah raja segala Raja"
    "Allah maha Tinggi"
    "Allah maha Kaya"
    "Yang bagi Kita Kaya adalah Allah"
    "yang bagi kita mudaharat adalah Allah "
    "Yang mengizinkan kita bernafas adalah Allah"
    "yang mengizinkan kita makan dan minum adalah Allah"
    "Allah yang bagi kita tidur untuk berehat"
    "Allah yang memerikan kita hidayah"
    "Allah yang jadikan kita bijak"
    "Allah yang membentuk rupa"
    "Allah yang izinkan setiap benda bergerak dengan izin Allah"
    " Allah yang izinkan si penulis ini untuk menaip"
    "Allah yang izinkan kamu para pembaca untuk baca post entry ini"

    ReplyDelete
  12. 13 Mei 1969 : Peranan Pendakwah Jemaah Tabligh India Muslim terhadap masyarakat Melayu.

    Dr Bustaman Ahmad telah menulis,

    “ Masyarakat Melayu yang telah berdepan dengan masyarakat Cina dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 di kawasan Chow Kit dan beberapa bandar utama yang didominasi oleh masyarakat Cina. Di Kampung Bharu satu kawasan yang didiami oleh majoriti masyarakat Melayu telah menerima kedatangan Jemaah Tabligh yang sedang khuruj di kawasan tersebut. Mereka (Jemaah Tabligh) telah beriktikaf di Masjid Jami’ dan pada 13 Mei 1969, Masjid Jami’ ini juga menjadi tempat perlindungan kepada beberapa pemuda Melayu yang terlibat dengan peristiwa hitam ini.

    Mereka (pemuda Melayu) yang telah berlindung di masjid ini, telah dikhidmat dan diikram oleh Jemaah Tabligh berketurunan India Muslim yang sedang khuruj di masjid ini. Mereka telah diberikan makan (beriani) oleh Jemaah Tabligh ini pada hari kejadian hitam tersebut.

    Melihat kepada amalan khidmat, ikram dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh Jemaah Tabligh India Muslim ini, ramai pemuda Melayu menjadi tertarik kepada Jemaah Tabligh ini.

    Kebanyakan pemuda Melayu yang terlibat dengan peristiwa hitam ini merupakan golongan pelajar dari Universiti Malaya. Setelah mereka mengikuti Jemaah Tabligh yang dipimpin oleh golongan India Muslim, mereka telah menjadi penggerak kepada Jemaah Tabligh di universiti tersebut.

    Menurut penulis juga, kejadian di masjid Jami’, Kampung Bharu ini merupakan salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan Jemaah Tabligh dalam kalangan masyarakat Melayu di era awal 70-an. Intaha

    Rujukan

    Bustaman Ahmad, Al-Jamiah, vol.46,no 2, 2008 M/ 1429 H, hlm 371-372

    ReplyDelete
  13. JEMAAH vs USTAZ

    Masa aku keluar dulu ada satu kisah orang lama guna utk berhadapan dengan alim ulama yg tak faham dan tak suka usaha jemaah. Kejadian ni aku lihat depan mata aku sendiri di masjid Larkin johor waktu keluar 40h bawa jemaah india.

    Jemaah kena marah dengan satu ustaz waktu tu. amirsab india dengar saja dan senyum. Kemudian dia tanya, boleh minta pendapat ustaz tak? Ustaz ckp boleh..

    Dalam sebuah rumah, ada seorang ibu yang sakit dengan 3 orang anaknya. Anak pertama seorang lelaki umur 20an, anak kedua seorang remaja perempuan umur sekitar 15 tahun dan terakhir ialah anak kecil berumur 3 tahun yang baru boleh berjalan dan masih pelat bercakap.

    Pada satu hari ibu rasa sakit sangat dadanya, meminta si abang ambilkan ubat diatas almari. Abang sibuk dan nak cepat pergi kerja, tak sempat penuhi kemahuan ibu dan terus berlalu. Ibu memanggil kakak perempuan pula minta tolong ambilkan ubat, tapi kakak sibuk dengan kawan kawan yang mahu ajak keluar berjalan. Diabaikan permintaan ibu itu. Ibu sakit makin parah, batuk baruk berdarah dan makin lesu. Ibu memandang adik kecil.. Adik kecil kasihan pada ibu.. Adik kecil nak tolong ibu, dia berusaha panjat almari tu untuk ambil ubat, bila dapat dicapai botol ubat, botol tu jatuh pecah berkecai.

    Ibu nazak dan adik kecil menangis tak tahu buat apa.. Akhirnya ibu meninggal.. Adik kecil yg buat ubat tu pecah.

    Tuan, dalam kisah ini, siapakah yang patut dipersalahkan?

    Ustaz jwb, mesti lah abg yang sulung dengan kakak tu. sebab mereka ada kemampuan, kekuatan utk bantu ibu mereka!

    Amirsab balas; betul tuan.. Anak kecil tu kami ni jemaah tabligh.. Sedang merangkak cari hidayat, tak cukup ilmu, tak cukup harta benda dan berbagai lagi. Kami hanya ada sedikit ilmu agama dan kesungguhan kerana kami nampak ibu kami sakit.. Ibu kami tu agama kita lah tuan..

    Sedangkan yang mampu dan patut buat kerja selamatkan agama yang dikasihi ni ialah orang seperti tuan, ada ilmu tinggi, ada kekuatan, ada pengaruh dan berbagai lagi.

    Sambungan >>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. >>> Sambungan

      Sekarang agama sedang nazak.. Kalau tuan salahkan kami buat kerja kami dalam keadaan kami yang serba daif dan kurang ni.. Kami mohon maaf banyak banyak.. Kerana kami sayang sangat agama kami dan kami tak mahu agama kami mati.. Kami buat apa yang kami mampu sahaja, lebih dari itu kami tiada daya tuan.. Maafkan kami..

      Ustaz tu dengar dia meraung menangis sungguh2.. Esok dia sampai subuh kat masjid siap bawak beg travel, bantal dll.. Cash 25hari dia nusrah jemaah dan lepas tu dia terus follow jemaah tafakut SP 4 bulan IPB.

      Dia la ustaz yg jadi rahaba kami 1st time dia gash kat kg dia, dia bagi salam, dia terus jadi mutakalim dan terus bagi hadis "kalau sedekah ikhlas, allah bagi gunung uhud emas, kalau kurang ikhlas, allah bagi gunung perak, kalau tak berapa ikhlas allah bagi gangsa je.. Gangsa pun takpe janji sedekah." Hahahahahaha bergolek kami ketawa dengar hahahaha.

      Tapi itulah, kesan cerita tu. semoga membantu.

      Waktu selepas bayan wapsi di SP, hari kami tangguh, dia datang jumpa kami sebelum berpisah. Waktu tu dia tgh tunggu bentuk jemaah utk IPB..

      Dia jumpa kami peluk, ucap terima kasih dan cakap.. "Saya ustaz, tapi saya baru masuk islam..."

      Kerja Dakwah dibuat dengan 2 perkara :
      1. Yakin yang benar
      2. Istimaiyat kerja

      1. Yakin yang benar ada 2 :
      1. Yakin bahwasannya dengan kerja dakwah ini saja yang bisa menyelesaikan masalah-masalah akherat.
      2. Yakin bahwasannya dengan kerja ini saja yang bisa menyelamatkan kita dari kerugian-kerugian baik kerugian dunia maupun kerugian akherat.

      2. Istimaiyat kerja ada 4 :
      1. Dakwah dengan kasih sayang dan lemah lembut
      2. Pemaaf
      3. Bermusyawarah
      4. Istikhlas (tidak ragu-ragu)

      Kenapa dunia rusak ?
      1. Karena wanitanya rusak, kenapa wanita rusak ?
      2. Karena laki-lakinya rusak, kenapa laki-laki rusak ?
      3. Karena laki-laki tidak keluar dijalan Allah SWT ?

      Kenapa umat rusak ?
      1. Tinggalkan dakwah
      2. Ada dakwah tapi tidak cara Rasulallah SAW

      Tiga perkara yang membuat wanita rusak :
      1. Karkun suka makan yang banyak-banyak
      2. Karkun suka pakaian yang banyak-banyak
      3. Karkun suka buat rumah yang besar-besar

      Sehingga wanitanya sibuk memasak, mencuci, membersihkan rumah sehingga lupa untuk berdakwah ,taklim, zikir ibadah, dan mendidik anak secara sunnah.

      Kenapa karkun macet :
      1. Keletihan / kecapaian.
      2. Tersakiti hatinya

      Kenapa dakwah terhambat :
      1. Karkun kaya takut miskin
      2. Karkun miskin ingin kaya

      Kenapa karkun rusak :
      1. Tidak jaga nisab
      2. Tidak buat maqomi

      Kenapa karkun dingin :
      1. Waktu keluar tidak niat islah diri
      2. Waktu pulang tidak jadikan dakwah maksud hidup

      Kenapa umat merugi :
      1. Tidak paham target hidup
      2. Tidak paham maksud hidup

      Kenapa karkun lemah , karena waktu keluar tidak tertib...
      Sekarang saya ingin memberitahu anda semua bahawa segala masalaah yang menimpai seseorang, walaupun sebesar mana pun akan dapat diselesaikan dengan membuat tiga perkara,

      1. Sabar
      2. Tawakkal
      3. Menangis di hadapan Allah.

      Anda yang dalam Majlis ini tolong sebarkan pada juga pada orang lain yang tiada (di dalam Majlis ini).

      [Maulana Umar Palampuri, Bayan Subuh di Bangla Wale Masjid, Nizamuddin, New Delhi]

      Delete
  14. Usaha agama ini milik Allah.. Allah yang akan menjaganya. Kesalahan individu(jika benar) sedikitpun tidak menjatuhkan usaha agama ini.

    Kita memang dari dulu dipandang serong, diperlekehkan. Setakat ujian sebegini, apalah sangat.

    Diceritakan ketika fitnah menimpa Maulana Saad damat barakatuh, begitu teruk sekali media sosial memfitnah beliau.

    Ada seseorang bertanya kepada Maulana "Maulana tidak mahu jawab ke fitnah-fitnah yang dilemparkan pada tuan?

    Jawab Maulana dengan begitu ringkas "adakah jawapan aku lebih baik daripada jawapan malaikat?"

    Kita faham Maulana mengisyaratkan kepada suatu peristiwa ketika baginda bersama-sama saidina Abu Bakar.

    Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakar r.a. hingga menyebabkan Abu Bakar terganggu apabila mendengarnya.

    Tetapi Abu Bakar terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakar, namun beliau masih terus mendiamkan diri.

    Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakar dengan lisannya, Abu Bakar bingkas mahu menjawab balik.

    Lalu Baginda Rasulullah SAW bangun.

    Abu Bakar r.a. bertanya, "Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Tidak, cuma semasa kamu mendiamkan diri, malaikat turun dari langit bertindak menjawab terhadap kata-kata cacian lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang ada syaitan duduk di situ.”

    Kesimpulan berbentuk pantun 2 kerat,

    jangan menggelabah,
    teruskan kerja dakwah...

    Gambar di bawah adalah tempat targhib bagi pelajar-pelajar madrasah Seri Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling - MUSP suatu ketika dulu..

    akhir kata, rindu..

    ReplyDelete
  15. NASIHAT TEGAS MAULANA ABD HAMID

    Dalam satu Bayan Subuh Hazrat Maulana Abd Hamid beri Nasihat kepada semua rakan seusaha Dakwah :

    Kita Buat Dakwah bukan nak beritahu orang yg kita ni orang lama..tp kita buat Dakwah ialah Bagaimana amal Agama yg sempurna ada dalam diri kita dan amal kita setiap hari bertambah..

    Kita juga perlu risau bila ilmu kita tak bertambah..20 tahun buat Dakwah tp baca Tahyat akhir pun masih salah..Tajwid yg asas pun kita tak tahu..apa yg kita muzakarahkan selama ni..sepatutnya paling kurang tajwid yg asas kita tahu..bukan semestinya nak belajar sampai jadi Qari..tp sekurang-kurangnya asas tajwid kita tahu sebab setiap kali keluar, kita di muzakarahkan dalam halqah Tajwid..

    Dalam muzakarah sifat sahabat, kita ada muzakarah sifat Sahabat bab ilmu, bagaimana cintanya Sahabat pd Ilmu Agama tp kenapa kita tak pergi belajar ilmu Agama..susun masa kita untuk tambah ilmu Agama.. Kerana ilmu akan jd asbab tingkatkan Qualiti Ibadah kita..

    ada orang kafir nak pergi Madinah nak bunuh Nabi Saw tp dia kata aku masih ada hutang belum bayar..walaupun kafir tp dia pun fikir dia berhutang..kita buat Dakwah tp tak mahu bayar hutang..berhutang tak salah tp Tak Nak bayar hutang ni yg salah..lebih menyedihkan gunakan alasan berhutang untuk keluar Jalan Allah tp Rupa2nya tidak keluar.. Allahuakbar..

    Orang kafir yg nak bunuh Nabi Saw tu bawa pedang bertemu Nabi..Nabi tanya dia kenapa bawa pedang?Dia jawab "Ada ke masa yg kita tak perlukan pedang?pedang tak pernah lekang dari aku"..Kalau kita hari ni merata pergi bawa Hp...Maulana tanya kenapa bawa Hp?kita jawab "ada ke masa yg kita tak perlukan Hp?Hp tak pernah lekang dari saya..dalam jamban pun saya bawa...

    Elakkan baca Quran guna Hp..Ulama tak galakkan..dalam hp tu ada gambar macam2..macam mana kita baca Quran guna Hp..ada Maulana kata nanti senang je nak timbang masuk Syurga atau Neraka hanya timbang memory card dia je...Allahuakhbar...

    Orang kafir hantar pengintip nak intip Sahabat...kata pengintip aku melihat mereka yakni Para Sahabat menghidupkan malam dgn Amal...malam mereka macam pendeta,Siang mereka jadi pahlawan..KALAUlah Pengintip kafir tu di hantar untuk intip kita pada hari ni..maka mereka akan bagitahu "aku melihat mereka menghidupkan malam hingga tangan bercahaya...main Hp sampai 1 pagi hingga bangun tahjud pun lewat atau tahjud pun dalam keadaan lemah dan mengantuk...Allahuakhbar...

    Semoga semua nasihat ini menjadi pedoman buat kita semua dan menjadi asbab hidayat...

    Us Khann Daie
    Muhajir Madani

    ReplyDelete
  16. Kita telah mula banyak bercerita berkenaan pengorbanan kita dan pengorbanan orang di zaman kita, sehingga kadang tidak cerita lagi pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama dan juga pengorbanan para sahabat Rasulullah SAW sepanjang bayan kita.

    Kita bangga dengan jemaah kita yang bergerak, sedangkan yang membawa agama kepada kita adalah para sahabat Rasulullah SAW yang terpaksa berikan nyawa mereka berjihad sehingga tertegak agama di setiap pelusuk dunia ataupun mereka telah terkorban di jalan Allah.

    Siapalah kita ini nak bandingkan dengan mereka dan nak mengaku kita yang telah berjaya sampai ke seluruh dunia.

    Kita naik kapal terbang pun berhawa dingin, tambahan ada yang travel dengan business class.

    Mereka bergerak dengan unta dan kuda tanpa bekalan makanan dan minuman.

    Mereka berhadapan dengan musuh Allah dengan keberanian, mereka hanya mengaku mereka sahabat Rasulullah SAW.

    Subhanallah, agungnya sahabat Rasulullah SAW.

    Banyakkan cerita kehidupan para sahabat, kurangkan cerita pengorbanan kita yang mewah ini.

    Muhamad Ilyas Mohd Mydin

    ReplyDelete
  17. Hampir 20 ahbab yang telah bersama Elders Hazrat Nizamudeen Dalam Safar di
    Brazil/Trinidad dan Nairobi Kenya, South Africa & Tanzania Dapat manfaat langsung Dalam Muzakarah
    Hadratji
    Damat Barkatahum di Madinah al Munawwarah pada 7hb Jun 2022 sempena Jamuan Aqiqah
    Muzakarah awal

    Haalaat (rintangan) yang datang dalam usaha para sahabat rahum telah menjadi asbab kemenangan dan kemajuan kepada mereka, dan ini akan menjadi sebab kemajuan dan kemenangan dalam usaha apabila dai menyempurnakan perintah² Allah swt dengan istiqamah.
    Sesiapa yang dalam haalaat pun tetap menyempurnakan hukum² Allah swt, untuk mereka janji kemenangan. Namun sesiapa yang dalam haalaat tidak menyempurnakan hukum² Allah swt maka tiada janji kemenangan untuk mereka.
    Syarat untuk mengubah/memperbaiki keadaan ialah menyempurnakan hukum² Allah swt ketika itu.
    Apakah perintah Allah sekarang? Menyempurnakan perintah² tersebut adalah syarat untuk mengubah/memperbaiki keadaan.
    Hukum² Allah swt datang bertentangan dengan keadaan. Kalau hukum² Allah swt datang bersesuaian dengan keadaan maka tidak akan ada mujahadah.
    Sekali Nabi saw dan sahabat dalam satu safar. Mereka kehabisan makanan, yang ada untuk dimakan ialah keldai tunggangan mereka, dan ketika itu keldai masih belum diharamkan oleh Allah swt. Setelah keldai² disembelih, dilapah, dimasak dan sudah sedia untuk dimakan maka turun perintah pengharaman keldai dari Allah swt.
    Contoh seperti ini tidak terkira banyaknya di mana hukum² Allah swt datang bertentangan dengan keadaan.
    3 perkara tidak boleh ditinggalkan dalam apa keadaan pun : Dakwat, Ibadat dan Taalim.
    Dalam kesusahan cara solat boleh berubah tetapi solat tetap tidak boleh ditinggalkan. Apabila datang ketakutan maka disyariatkan solatul khauf dan tetap diperintahkan utk menunaikan solat.
    Begitu juga apabila seseorang sakit atau ada masalah, maka akan dilihat bagaimana cara menyempurnakan hukum Allah swt dalam keadaan itu.
    Begitulah dalam apa haalaat sekalipun dakwah tetap tidak boleh ditinggalkan, cuma cara dakwah boleh berubah.
    Maulana Ilyas rah berkata: Meninggalkan dakwah dalam haalaat (kesusahan) akan mengundang kesusahan yang lebih buruk lagi.
    Oleh itu menyempurnakan perintah Allah swt dalam sesuatu masa, itulah cara mengubah/memperbaiki haalaat ketika itu.
    Allah swt mendatangkan haalaat dan kesusahan adalah untuk melihat berapa banyak jazbah dam fikir untuk teruskan usaha serta kerisauan agama dalam diri mereka yang buat usaha.
    Para munafiqin menjadikan haalaat sebagai alasan keuzuran mereka dan halangan untuk buat usaha, di sisi Para sahabat pula haalaat menambahkan lagi kekuatan dan semangat mereka untuk buat usaha.
    Apabila lockdown berlaku, masjid ditutup dan sebagainya, selepas seminggu kami sudah mulakan mesyuarat, kawan² bertanya bagaimana kami boleh mulakan mesyuarat masjid semua tutup, tiada siapa boleh keluar. Saya beritahu mereka bahawa kalau kamu boleh solat bagaimana kamu tidak boleh bermesyuarat?
    Allah swt berfirman: “orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan salat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka”
    (Yakni Allah swt meletakkan solat bersama mesyuarat dalam al-Quran)
    Al Syura: 38
    Hari ke-8 lockdown lagi kami telah mulakan mesyuarat. Hari pertama 5 org, kedua 15 org, hari ketiga 70-80 org telah dtg hadir mesyuarat.
    Alhamdulillah mesyuarat bermula, kawan² mula datang. Kami bentuk jmh 3-3 org untuk pergi ke setiap negeri di India, kamu boleh berjalan kaki, naik kenderaan, apa saja cara pun, kamu pergi ke sana dan kumpulkan org² lama di sana dan sampaikan kpd mereka : sepertimana kamu boleh solat 2 org kamu juga boleh buat dakwah 2 org, kamu boleh solat infiradi kamu juga boleh buat dakwah infiradi, kamu boleh solat di rumah kamu juga boleh buat dakwah di rumah.
    Kehebatan sebenar ialah apabila kita dapat buat usaha walau dalam kesusahan, dan bukanlah satu kehebatan apabila dapat buat usaha dalam kesenangan sahaja.
    Agama dan Islam maju dalam kesusahan dan dunia maju dalam kemudahan dan kesenangan.

    ReplyDelete