Selawat Nariyah adalah Selawat yang terkenal di dunia Islam. Selawat ini juga popular dengan nama Selawat Taziyah dan Selawat Tafrijiyah.
اللهمَّ صلِّ صلاةً كاملةً، وسلِّم سلامًا تامًّا على سيدِنَا محمّدٍ، الذي تَنْحَلُّ بهِ العُقَدُ وتَنْفَرِجُ بِهِ الكُرَبُ وتُقْضَى بِهِ الحوائجُ وتُنَالُ بهِ الرّغائِبُ وحُسْنُ الخواتيمِ ويُسْتَسْقَى الغمامُ بوجهِهِ الكَرِيمِ وعلى آلهِ وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
Ya Allah! Limpahkanlah selawat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan dengan keagungan wajah baginda. Dan (limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat dalam setiap kelipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu.
Penyusun Selawat oleh al Imam Abu Salim Ibrahim bin Muhammad bin Ali al Tazi al Wahrani al Maliki (Fes, Maroko)
- Buku Dalil & Khasiat 5 Selawat Popular karangan Kiyai Muhammad Idrus Ramli
➖➖➖➖➖➖➖➖
Selawat Nariyah ini adalah antara Selawat yg sering dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Sekira-kira kita mendengar ada Ustaz yang mensyirikkan amalan membaca Selawat ini maka ketahui kita bahawa mereka adalah orang orang yang membawa satu kefahaman yg sesat lagi menyesatkan.
Perbanyakkan Selawat semoga nanti menjadi asbab mendapatkan syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasalam. Amin
Sollu Alan Nabiy
https://www.facebook.com/1156001696/posts/10225314552988263/?d=n
No comments:
Post a Comment