Jom Puasa 9 & 10 Muharram 1442..
*Tulisan Oleh* :
```Us khann Daie```
```Muhajir Madani```
🇲🇾Jadual di *Malaysia*
Hari Tasua' dan Asyura
(9 & 10 Muharam)
*Hari Jumaat dan Sabtu*
*28 dan 29 Ogos 2020*
Puasa Asyura’ merupakan puasa pada 10 Muharram dan ia termasuk di dalam kategori puasa-puasa sunat yang amat digalakkan. Ini kerana, fadhilat atau kelebihannya cukup besar iaitu diampunkan dosa setahun yang sebelum.
Daripada Hazrat Ibnu Abbas R.anhuma, berkata apabila ditanya berkaitan puasa pada hari Asyura':
“Aku tidak ketahui bahawa Rasulullah Saw berpuasa pada satu hari dan mencari-cari kelebihan yang ada padanya daripada hari-hari yang lain melainkan pada hari ini (hari Asyura’) dan tidak juga pada satu bulan melainkan pada bulan ini (Ramadhan).”
(Riwayat Muslim: 1132)
Daripada Ummul Mukminin Hazrat Saiyyidatina Aisyah R.anha, berkata:
“Adapun hari Asyura’ merupakan hari yang berpuasa padanya orang Quraish ketika Jahiliyyah dan Rasulullah Saw juga berpuasa padanya.”
(Riwayat Bukhari :3831)
Daripada Hazrat Ibnu Abbas R.anhuma, berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW datang ke Madinah dan mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’.
Lalu Nabi Saw berkata kepada mereka: Mengapakah kamu berpuasa pada hari ini? Mereka menjawab: Hari ini adalah hari yang Agung di mana Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya serta Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur. Disebabkan itu kami pun turut berpuasa.
Maka Rasulullah Saw bersabda: Kami lebih berhak dan utama mengikut Nabi Musa berbanding kamu. Dengan itu, Rasulullah Saw berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.”
(Riwayat Muslim :1130)
Perlu di ketahui,keinginan Hati Rasulullah Saw sebelum wafat adalah berazam untuk berpuasa 9 dan 10 muharam iaitu hari Tasu'a dan Asyura namun Rasulullah Saw wafat sebelum bertemu 9 dan 10 muharam tahun berikutnya.. Maka sesiapa yg berpuasa 9 dan 10 muharam, mereka telah menyempurnakan cita² dan Hasrat Hati Rasulullah Saw Kekasih Allah.. Ini tidaklah lain melainkan yg melakukan puasa ini kerana mencintai Rasulullah Saw..
Daripada Hazrat Ibnu Abbas R.anhuma, berkata:
“Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, maka aku akan berpuasa pada hari ke-9 (9 Muharram).”
(Riwayat Muslim :1134)
Di sebutkan di dalam Kitab Zaad al-Ma’ad (2/72) 3 cara Puasa asyura dengan cara seperti berikut:
◾Berpuasa pada hari sebelumnya *dan* juga hari selepasnya...
9,10,11 Muharram
◾Berpuasa pada 9 *dan* 10 Muharram
◾Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
puasa hari ‘Asyura di sertakan dgn berpuasa pada hari sebelum atau selepasnya dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.
Daripada Hazrat Ibnu Abbas R.anhuma, berkata:
“Berpuasalah pada hari Asyura’ dan berselisihlah padanya dengan orang-orang Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.”
(Riwayat Ahmad :1134)
Ganjaran yg sgt besar bg yg berpuasa hari asyura.. Setelah kita meninggal tahun 1441 dan memasuki Tahun Baru 1442, berkat dari berpuasa hari asyura, Allah mengampunkan Dosa setahun yg telah lalu. Allahuakbar..
Daripada Hazrat Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah Saw bersabda:
“Dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.”
(Riwayat Muslim :1162)
Kita semua azam untuk berpuasa insyAllah.. Dan menggalakkan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan semua kenalan turut berpuasa agar tidak ada seorang pun trlepas dari mendapat kebaikan yg besar ini..
Semoga Allah menerima kita semua dan menerima semua Umat ini menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat.. Amin..
Us khann Daie
Muhajir Madani
No comments:
Post a Comment