Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Amalan yang dianjurkan pada Hari Asyura

Saturday, August 29, 2020

Tulisan oleh :

 ```Us khann Daie``` 

 ```Muhajir Madani``` 

💢 *Hari Asyura* 

Sabtu 29 Ogos 2020

Selain berpuasa Sunat Asyura' , banyak amalan lain yang boleh dilakukan umat Islam.. 

1. #Meluaskan belanja untuk keluarga iaitu tidak berkira-kira dgn ahli keluarga dalam berbelanja pada hari tersebut pada pekara yg patut dan tidak sampai ke tahap membazir

Rasulullah bersabda:

مَنْ وَسَّعَ عَلى عِيَالِهِ وَ أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ

“Siapa yang meluaskan pemberian untuk keluarganya(tidak berkira-kira) atau ahlinya(iaitu pada Hari Asyura') , Allah SWT akan meluaskan rezki bagi orang itu dalam seluruh Tahunnya."

(Riwayat Imam Baihaqi No: 3795) 

Meluaskan belanja keluarga di hari asyura pd tanggal 10 muharram bersamaan Hari Sabtu 29 Ogos.. 

Antara caranya ialah menjamu keluarga waktu berbuka *puasa asyura'* dgn makanan yg agak sedikit istimewa atau sedikit berbeza dari hari biasa mengikut kemampuan masing² tanpa ada rasa berkira-kira dan tidak pula sampai ke tahap membazir.. 

Didalam sebuah hadits disebutkan:

من وسَّع على أهلِه يومَ عاشوراءَوسَّع اللهُ على أهلِه طُولَ سنتِه

"Barang siapa yang meluaskan belanja untuk keluarganya dihari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka Allah akan luaskan dia sepanjang tahunnya"

Hadith ini diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi dari banyak jalur para sahabat Rasulullah Saw dan Imam al-Baihaqi berkata:

قال البيهقي:هذه الأسانيد وإن كانت ضعيفة فهي إذا ضم بعضها الى بعض أخذت قوة والله أعلم

"Sanad-sanad hadits ini, walaupun lemah, namun jika dihimpun sebagian dengan sebagian yang lain, maka menjadi kuat. 

Semoga kita dapat meluaskan belanja  keluarga kita di hari Asyura tahun ini dan semoga Allah yg Maha Kaya lagi Maha Memberi Rezeki meluaskan dan memberkati keluasan rezeki yang kita dapatkan. Amin.. 

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال من أوسع على عياله و أهله يوم عاشوراء أوسع الله عليه سائر سنته (قال المنذرى في الترغيب: رواه البيهقى و غيره من طرق و عن جماعة من الصحابة و قال البيهقي:هذه الأسانيد وإن كانت ضعيفة فهي إذا ضم بعضها الى بعض أخذت قوة والله أعلم)

1- من وسَّع على أهلِه يومَ عاشوراءَوسَّع اللهُ على أهلِه طُولَ سنتِه

الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث :البيهقي | المصدر : شعب الإيمان | الصفحة أو الرقم : 3/1389 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف [وله قوة] |التخريج :أخرجه البيهقي في ((شعب الإيمان)) (3791)

2- #Menyediakan #Makanan #berbuka Puasa Hari Asyura' 

Betapa besarnya pahala mereka yg menyediakan makanan berbuka untuk org yg berpuasa.. Amalan masyarakat Melayu sejak dulu bertukar-tukar juadah berbuka adalah salah satu amalan yg baik dalam meraih pahala menjamu org berbuka puasa makan.. 

Bahkan di hari asyura' terkenal dgn bubur asyura' yg sebaiknya di masak dan di beri kepada jiran² untuk sebagai juadah tambahan berbuka puasa..tidak semestinya bubur asyura, seandainya bubur lambuk ataupun apa² juadah yg boleh di jadikan sebagai buah tangan penguat silaturahim dgn jiran tetangga juga sahabat handai adalah baik..

Bubur asyura bukanlah makanan org syiah seprti tuduhan sesetengah pihak.. Ia Hanya sekadar makanan tradisi seprti bubur lambuk pd Bulan Ramadhan.. Sebab itu kita lihat,lain tempat, lain resepi bubur Asyuranya.. 

3-Membantu Org Miskin dan anak yatim

Memberi mereka makan yg sedikit istimewa pada hari asyura' dan memberi mereka pakaian yg baik adalah antara anjuran yg boleh di lakukan dgn niat mencari Redha Allah..lebih² lagi kalau mereka di kalangan kerabat terdekat kita lebih perlu kita utamakan dari org yg jauh kerana mereka adalah darah daging kita.. 

4-#Perbanyak Amal Soleh 

Seperti bulan zulhijjah, pada bulan Muharram, umat Islam juga dianjurkan untuk memperbanyak amalan soleh kerana Bulan Muharam juga termasuk di dalam Bulan² Haram.. 

Memperbanyakkan amalan soleh dimulai dengan Dakwah, iktikaf,banyakkan Selawat dan Salam pada Rasulullah Saw, Solat Dhuha, solat Tahjud,Qiamulail, berzikir, bersedekah, Baca Quran, Bersedekah dan lain² lagi..

Lebih beruntung lagi mereka yg sedang berada di Jalan Allah yg menghabiskan masa mereka dgn kerja Agama.. 

Galakkan memperbanyakkan Zikir dgn menyebut Nama Allah,

Firman Allah SWT berikut menjadi dalil kepadanya , :

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ

 " Dan supaya menyebut nama Allah pada hari-hari yang dimaklumi(Hari kebesaran Islam) ."

(Surah Al-Hajj) 

5. #Bertaubat

Menyesali atas dosa dan bertekad untuk tidak mengulanginya kembali menjadi tugas manusia seumur hidup.. Merintih dgn tangisan atas dosa-dosa yg telah lalu.

Wallahu’alam wa Elmuhu Atam.. 

Mohon sebarkan seluas-luasnya agar setiap umat tidak terlepas dari mendapatkan kebaikan hari yg mulia ini insyAllah.. 

Semoga Allah menerima segala amalan kita dan seluruh umat ini dan menjadikan kita asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat di seluruh Alam.. Amin..

Us khann Daie

Muhajir Madani

No comments:

Post a Comment