Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Loyar

Thursday, April 23, 2020

Petikan lauyar² dari fb dan wasap. Ikuti loyar di ruangan komen dibawah. Sumbang loyar anda sendiri di ruangan komen juga.

12 comments:

  1. Petikan Temuramah Dengan Pengusaha Kambing..
    Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
    Pakcik : Boleh aje...
    Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
    Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
    Pemuda : Yang putih.
    Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
    Pemuda: Yang hitam?
    Pakcik : Yang hitam pun sama...
    Pemuda : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
    Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
    Pemuda : Yang putih.
    Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
    Pemuda : Dan yang hitam?
    Pakcik : Yang hitam pun sama...
    Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
    Pakcik : Yang mana, yang putih ke yang hitam?
    Pemuda : Yang putih.
    Pakcik : Aaa.. Yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
    Pemuda : Dan yang hitam?
    Pakcik : Yang hitam pun sama....
    Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yang putih dan yang hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
    Pakcik : Mestilah... Sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.
    Pemuda : Ooo, gitu ke... Habis tu yang hitam tu siapa punya?
    Pakcik : Yang hitam pun sama...
    JANGAN STRESS...

    Credit zul

    ReplyDelete
  2. Kisah Kematian Pesakit di Hospital pada Hari Jumaat yang Misteri Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..
    Setiap pesakit yang ditempatkan dnisitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka
    Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu.
    Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...
    Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..
    Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am ...
    tiba-tiba......
    Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..
    Makcik Timah masuk...mendekati katil keramat tersebut... dan terus
    mencabut soket elektrik alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan VACUUM CLEANER yg nak digunakannya...

    ReplyDelete
  3. Ada 2 orang Kristian sesat di padang pasir di Egypt.. Seorang bernama Edwin, seorg lg namanya Thomas. Sudah 2 hari mereka sesat, tidak makan & minum. Tiba² mereka nampk sebuah masjid yg besar.

    Kata si Edwin, "Baik kita pura² menyamar jadi org islam.. supaya kita boleh masuk dlm masjid dan dpt makan dan minum. Saya tukar nama saya jadi Abdullah Kassim".

    Jawab si Thomas, "
    Sy memang mau ke sana tapi saya tak mau tukar nama saya. Biarlah mereka tahu bahawa saya Kristian".

    Mereka pun berjalan ke masjid. Imam masjid sambut mereka dan bawa masuk cepat² ke dlm masjid sbb mereka diberitahu sudah 2 hari mereka berdua sesat dan kelaparan.

    Imam bertanyakan siapa nama mereka .. si Edwin menjawab, "Namaku Abdullah Kassim".
    Dan tiba giliran imam bertanya kpd si Thomas, si Thomas membalas, "Namaku Thomas".
    Terus Imam panggil petugas masjid dan berkata

    "Tolong bagi makanan dan minuman untuk sdra Thomas...cepat".

    Si Edwin pun hairan kenapa takde makanan untuknya. Belum sempat dia tanya, terus imam itu menyambung..

    "Biar saudara Thomas makan dulu. Abdullah Kassim nanti makan jam 7.28 petang, sama² kita buka puasa"...
    😆😆😆

    Maka jadilah diri sendiri dan org yg jujur dalam hidup ini.....

    SELAMAT BERPUASA..HEHE

    ReplyDelete
  4. Lelaki : Awak dah buang plastik coklat dalam kereta?
    Perempuan : Tak. Lupa
    Lelaki : Adui nanti bersemutlah kereta saya
    Perempuan : Macamana semut nak masuk, pintu kan dah kunci?
    Lelaki : Semut tu kecik. Dia boleh masuk. Dia boleh bau benda manis
    Perempuan : Sebelum semut nak sampai kat kereta awak dorang dah mati kena pijak dengan kereta lain yang lalu lalang kat situ
    Lelaki : Semut boleh masuklah. Dia akan masuk jugak
    Perempuan : Habis tu kalau orang kentut dalam kereta kenapa bukak tingkap? Kenapa tak biar je kentut keluar ikut celah pintu? Kentut lagi halus dari semut
    *Lari menangis tepi bucu katil
    Pls jangan berdebat dengan perempuan. Mereka banyak alasan yang bukan-bukan. Masa mereka cakap"macamana semut nak masuk, pintu kan dah kunci?", lelaki sepatutnya dah stop bercakap

    ReplyDelete
  5. Last… sebelum kita tutup pasal sayang ibu..
    Setelah si anak menyampaikan apa yang dikatakan oleh si ibu kpd si ayah, si ayah pun termenung sejenak. Menyedari dirinya telah tersilap langkah, maka si ayah pun berfikir bagaimana untuk menambah ilmu supaya ia dapat menambat semula hati isterinya. Tanpa membuang masa si ayah pun menyertai satu program motivasi. Seorang Motivator berkata:
    “Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteri ku.”
    Hadirin terkejut dan terpaku..
    Beliau kemudian menambah,
    “Dia adalah ibuku.”
    Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.
    Maka si ayah tadi yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah.
    Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,
    “Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan isteriku.”
    Dia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator.
    Ketika matanya terbuka, dia tersedar dirinya terbaring di katil hospital, pengsan akibat dihentak dengan batu lesung....

    ReplyDelete
  6. Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?

    Pakcik: Boleh.. ape salahnya..

    Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?

    Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..

    Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?

    Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?

    Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..

    Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..

    Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!

    Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000. kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000. kita jumpa minggu depan, kat sini..

    Pengurus Bank: Ok..

    Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau..
    Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak.
    Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot2 kalau 'telur'nya betul2 hilang!

    Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7..
    Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..

    Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..

    Pakcik: Kenapa pulak?

    Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..

    Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?

    Pengurus bank: Silakan..

    Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang 'telur' si pengurus bank.

    Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada.
    Nampaknya saya dah kalah kali ni..
    Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..

    Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..

    Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..
    Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..

    Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?

    Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..

    Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?

    Pakcik: Nampak jaga kat luar yg tengah tengok kita tu? Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan pegang 'telur' pengurus bank ni..😜😂🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂

    ReplyDelete
  7. LAWAK SAT
    Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
    Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
    Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
    Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..
    Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
    Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
    Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
    Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
    Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
    Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

    ReplyDelete
  8. Bahaya keluar duit kat stesen minyak... Berhati2 sahabat2
    Terutama Hari Gaji!
    -------------------------------------------------------------------------------
    Sy parking Modenas sy bersebelahan LC135 yg penunggang dan pemboncengnya pakai full face helmet. Isteri sy ke tandas.. sementara sy beratur di ATM mngeluarkn duit gaji. LC135 tu asyik pandang saja. Sy cepat2 kluarkn wang dr ATM, isi minyak dan tanpa berfikir panjang hidupkan Modenas dan bergerak meninggalkan stesen minyak.
    Malangnya LC135 tadi mengekori. Sy bawa modenas sy semakin laju dan LC135 tu pun semakin laju sambil pemboncengnya yg berjaket hitam menunjuk nunjuk kearah sy.
    Adoiiiii....Modenas tak kan dapat melawan kelajuan LC135. Setelah menyelinap masuk ke lorong secara tiba tiba untuk mengelakkan dikejar LC135. Tapi LC135 tu masih mengejar dan membunyikan pulak honnya berkali kali.
    Secara tiba tiba dah beriringan pulak dgn Modenas sy. Pembonceng belakangnya membuka full face dan menjerit....
    "Bang.. bang..!!!!! Isteri abang tertinggal kat stesen minyak tadi!!!!!!!"...

    ReplyDelete
  9. BERHENTILAH MEMARAHI ISTERI
    Kisah seorang suami yang tidak pernah marahi ataupun membentak isterinya.
    Ketika ditanya apakah rahsianya, sang suami itu pun bercerita.
    "Dulu aku pernah melihat isteriku dicakar oleh seekor kucing kesayangannya. Isteriku itu hanya tersenyum sambil berkata SATU."
    "Esok harinya kucing itu mencakar lagi, tapi isteriku tetap senyum dan berkata DUA."
    "Keesokkan harinya lagi, kucing itu mencakar lagi. Sambil tersenyum isteriku berkata TIGA."
    "Di hari sama isteriku mengambil satu bungkusan dan menaburkannya ke atas ikan dan dihidangkan kepada kucing yang mencakarnya. Kucing itu makan dan seketika kemudian dia mengelepar lalu mati. Aku terperanjat lalu berteriak marah."
    "Hei, kau ni dah gila ya, kau racunkan kucing itu hanya kerana dia mencakar..!!"
    "Isteriku tersenyum sambil berkata, SATU."
    "Sejak saat aku tak pernah lagi memarahi isteriku sehinggalah ke hari ini."
    😭😭😭😭☺

    ReplyDelete
  10. Mayat Tak Diterima Bumi Di Terengganu

    Kisah ini berlaku di sebuah perkampung di Ladang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

    Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Parit Raja .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

    Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

    Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

    Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

    Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

    Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

    Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

    Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

    Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

    Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

    Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

    Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

    Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

    Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

    1-800-88-88-88
    Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
    Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
    Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
    Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

    Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Johor Bahru sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

    UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII..

    ReplyDelete
  11. *CARA MEMASTIKAN NAFSU NYA MASIH BAGUS ATAUPUN TIDAK.*

    _(Menurut Keterangan Doktor)_

    *MOHON MAAF*....
    Hanya sekadar berkongsi info saja... Mungkin bermanfaat.

    *1. DI MULAI DARI PAHA BAHAGIAN BELAKANG.*

    Angkat salah satu kakinya, lalu tahan selama 5 minit.

    Seterusnya...,
    Cuba pegang di bahagian belakang paha.

    Jika terasa masih *Tegang* dan *Keras*.., itu tanda nafsunya masih tinggi.

    Jika paha di bahagian belakangnya terasa *Lembik* ketika di pegang dan terasa agak bergetar.., itu tandanya dia sudah *Tidak Mampu*.

    *2. BAHAGIAN TELINGA.*

    Yang nafsunya tinggi.., ia mempunyai bentuk telinga yang masih *Tegak* ke atas dan sama-sama *Lurus*.

    Kalau telinganya di tekan ke bawah lalu di lepas.., telinganya akan cepat kembali menghadap ke atas.., itu tandanya *Nafsunya Bagus*.

    Jika telinganya di tekan ke bawah lalu di lepas, tapi tidak kembali ke atas.., itu tandanya dia sudah *Tidak Kuat* lagi.

    *3. DI LIHAT DARI TINGKAH LAKUNYA*

    Bila ia sangat *Agresif*, *Lincah* dan tidak duduk diam.., itu bererti nafsunya masih *Bagus*.

    Berbeza halnya dengan yang kurang bagus. Kebanyakannya cuma duduk *Diam* dan *Malas*.

    *4. DI LIHAT DARI BULU YANG TUMBUH*

    Apabila bulunya *Lebat* maka nafsunya *Sangat Bagus*.

    Apabila bulunya mudah *Gugur* atau *Luruh*.., itu menandakan nafsunya sudah mulai berkurangan.

    *5. DI LIHAT DARI BELAKANG LEHER.*

    Ini adalah salah satu kaedah yang *Paling Mudah* untuk
    memastikan nafsunya masih *BAGUS* ataupun *TIDAK*.

    Jika belakang lehernya di tarik atau di ramas dan terasa masih *Tegang*, itu tandanya masih *BAGUS*.

    Berbeda halnya dengan belakang lehernya terasa agak *Kendur* dan juga *Berkerut*.

    Demikianlah penjelasan dari;

    *Dr. Hilman SpD.*
    _(Doktor Haiwan Yang Pakar Dalam Memilih Baka *KAMBING JANTAN* Terbaik)_

    *MAAF...,*
    Buat kambing saja, tau.
    Bukan buat anda.

    *HAMBOI* ! Sakan korang baca ye.....Tu! dah check la tu....

    ReplyDelete
  12. BAWA BEKAL KE SEKOLAH.......
    Kisah sedih pembawa bekal 😭😭😭

    Anak minta saya buatkan bekal makanan untuk dia pergi sekolah, lama si ibu tenung bekas makanan tersebut.
    Terus si ibu teringat hal 30 tahun lalu. Waktu belajar di sekolah rendah. Si ibu pergi sekolah bawa bekal.
    Tiba waktu rehat dia menyorok belakang sekolah. Buka bekal nasi lemak yang nenek buatkan. Lapar sangat waktu tu.
    Belum sempat suap makanan masuk kedalam mulut, tiba-tiba ....
    “Hoi.... Tak malu datang sekolah bawa bekal” jerkah rakan sekolahnya.

    Puiiii, rakannya meludah ke dalam bekal tersebut.
    Dia hebahkan pada rakan-rakan lain dan cikgu-cikgu di sekolah. Satu sekolah pandang semacam padanya sebab bawa bekal.
    Dalam usia yang begitu muda dia rasa sangat tertekan. Tak tertahan air mata. Akhirnya jatuh juga.

    Balik rumah dengan bekal yang masih tak luak, dia mengadu pada nenek.
    "Nek.., esok tak nak dah bawa bekal. Kawan-kawan gelak. Malu".
    "Haaa... Tahu pun malu. Orang lain puasa, kau tak nak puasa. Esok belajar puasa. " nasihat neneknya.
    😂😂😂🤭🤭

    Selamat Berpuasa Sunat di bulan Syaaban 😁

    ReplyDelete