Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

PERKONGSIAN ILMU PUASA

Thursday, April 23, 2020

Perkara sunat ketika berpuasa. Disunatkan untuk orang berpuasa untuk melakukan 15 perkara di bawah : 

1. Mempercepatkan berbuka puasa sejurus selepas masuk waktu Maghrib. Melainkan jika syak waktu solat Maghrib, maka wajib melewatkan sedikit sehingga mencapai tahap yakin sudah masuk waktu.

2. Pastikan kita bersahur walaupun sebiji kurma atau seteguk air. Waktu sahur bermula selepas masuk separuh malam ke dua.

3. Melewatkan sahur, tetapi jangan terlalu lewat. Disarankan berhenti makan dan minum kira-kira 15 minit sebelum masuk Subuh.

4. Berbuka dengan dimulakan makan kurma dengan bilangan ganjil. Jika tiada, maka mulakan dengan air zamzam. Jika tiada, maka mulakan dengan air. Jika tiada, mulakan manisan yang tidak dimasak seperti madu. Jika tiada, mulakan dengan manisan yang dimasak.

5. Berdoa sebelum berbuka iaitu :
اللَّهمَّ لك صُمتُ، وبك آمنت، وعلى رِزقك أفطرتُ، ذَهَبَ الظَّمأ، وابتلَّت العُروقُ، وثبت الأجرُ إن شاءَ اللهُ
Atau apa sahaja doa lain samada yang diriwayatkan atau doa sendiri.

6. Memberi orang berpuasa juadah berbuka.

7. Bagi yang berjunub sebelum Subuh, sunat untuk mandi junub sebelum masuk waktu.

8. Mandi setiap malam Ramadhan sebelum ibadah malam (Taraweh atau qiam)

9. Solat Taraweh setiap hari tanpa tertinggal.

10. Solat Witr setiap malam. Disunatkan dilakukan berjemaah, bacaan jahr (kuat seperti solat Subuh, Maghrib dan Isyak), dan baca qunut bermula separuh kedua Ramadhan.

11. Memperbanyakkan bacaan Quran dan tadabbur

12. Memperbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat rawatib.

13. Memperbanyakkan amal soleh seperti sedekah.

14. Menggandakan ketaatan dan ibadah di 10 hari terakhir Ramadhan.

15. Menjauhkan diri dari kelalaian dan perkara sia-sia.

Bersambung bab martabat puasa dan perkara makruh ketika puasa, InsyaAllah

P/S : perkongsian ini berdasarkan kitab Al Is'aaf Fi Talkhisil Ahkamil Fiqhiyyah Lilsaumi Wal I'tikaf karangan Sheikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad Al Kaf

#perkongsianilmu
#ramadhantiba

No comments:

Post a Comment