Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Zuhud

Tuesday, November 3, 2015

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH........

Sahabat²ku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.
Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SEHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT
Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
Sebab
Si kayapun tidak pernah 
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma Selembar.
Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn Nasihatmu
Cukup lah  اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.
Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

Sahabat²ku: :)
"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri, utk share dgn akhawat, anak² & keluarga.. semoga Allah memberkati & meredhoi kita.
Aamiin..

1 comment:

  1. Ditanyakan kepada Hazrat Sayyidina Hasan al-Basri rah.:

    Apakah rahsia sifat zuhudmu?

    Jawab beliau: Aku tahu bahagian rezeki tak akan diambil orang lain, maka hatiku tenang(tanpa hasad dengki pada sesiapa)

    Aku tahu bahawa amalanku tak akan dilakukan oleh orang lain, maka aku sibukkan diriku beramal soleh.

    Aku tahu bahawa Allah Maha Melihat terhadap diriku, maka aku malu menghadap Allah dalam kemaksiatan.

    Aku tahu bahawa ajal maut sedang menantiku, maka aku sediakan bekalan untuk menemui Tuhanku.

    Ya Allah Terimalah kami Ya Allah dan seluruh umat ini menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat.. Amin

    Us khann Daie
    Muhajir Madani

    #gambar waktu keluar Dakwah di Kota Sharm As-Sheikh Selatan Sinai Mesir

    ReplyDelete