Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Nukilan dari seorang pengurus jenazah

Tuesday, November 3, 2015

Dah bertahun2 isteri saya mngurus & memandikan jenazah perempuan. Scara purata 8 jenazah d urus mandi pd stiap bulan.
Soalan yg kerap sy tanya kpd isteri saya ialah :
1. Muda @ tua
2. Di mana (taman @ kpg)
3. Sakit apa
4. Bila Mati
5. Mati dimana
6. Anak berapa org
6. Agak2 berapa umur anak yg sulong
Semua ini menjadi penanda aras / bancian kpd saya apa punca mati, bagaimana si mati di urus jaga sebelum/selepas mati & sikap waris kpd si mati.
Berdasarkan umur & bilangan iaitu 8 org yg mati dlm seminggu:
1. Bawah 55an hampir 70 % mati krn barah.
2. Atas 56an hampir 30 % mati krn kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.
*90 % keadaan jenazah yg mati d KAMPUNG terurus bersih krn ada org2 tua tempatan yg selalu tunggu berada d sisi si sakit hingga di saat mati, ada pengtahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sbaik sahaja mati & kebetulan ada talian saudara.
60% keadaan jenazah yg mati warga taman di TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras mnyebabkn sukar semasa mandi, kurang terurus bersih krn tiada org2 tua sbaliknya majoriti warga taman generasi muda yg siang malam kerja, tdk ingat mati, renggang jiran, renggang surau / masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian & langsung tiada keperluan barangan asas utk jenazah. Walaupun disuruh & diminta, anak2 takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sendiri.
Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, urus, mandi & kapan jenazah di rumah. Mereka lbih suka segalanya dbuat di masjid @ sekiranya mati di hospital mreka lbih suka segalanya dbuat di hospital.
Lebih tragis ada waris melepas cakap "tdk mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan dihospital @ masjid / surau & terus ke kubur.
Bg jenazah yg sakit lama sbelum mati, jenazah ini lebih tdk terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas & banyak luka.
Kesimpulannya :
- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.
- Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit & bagaimana kita urus jenazah mreka sebaik sja mereka mati.
- Lebih tragis bagaimana anak2 kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit & selepas kita dgelar jenazah.
- Bacaan quran, solat, doa & semuanya boleh diupah krn anak2 kita BERJAYA KAYA tp HANYA DOA DARI ANAK YG SOLEH diterima di sisi Allah swt walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.
Copy paste drp Ust Misnan. Ajk surau Nurul Iman

1 comment:

  1. BAGAIMANA MENGURUS JENAZAH JIKA ANDA ORANG YANG BERADA DI SISI SI MATI?

    Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

    😔 *SEJURUS SELEPAS JENAZAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR:*

    1. Selawat 3 kali, raut muka jenazah dari atas ke bawah supaya mata jenazah tertutup rapat
    2. Tutup jenazah dgn sehelai kain dan bakar setanggi utk hilangkan bau jenazah ( hukumnya sunat )
    3. Panggil doktor untuk mengesahkan kematian
    4. Setelah kematian disahkan, bawa IC arwah ke balai polis untuk melaporkan kematian. Polis akan melihat keperluan post-mortem

    😔 *SEBELUM TETAMU DATANG:*

    *PERSEDIAAN PEMBARINGAN*

    1. Ambil tilam saiz single, letak di ruang tamu untuk dijadikan pembaringan. Alaskan tilam tersebut dengan alas tilam kalis air atau plastik. Kalau tiada plastik, boleh ambil plastik alas meja ( jika jenazah tiada apa masalh yg mudarat, tudak perlu guna plastik, memadai tilam sahaja )
    2. Letakkan bantal di atas tilam
    3. Ambil minyak attar dan letakkan pada tilam untuk menutup bau jenazah atau boleh bakar setanggi atau kermenyan

    *PERSEDIAAN JENAZAH*

    1. Pergi kepada jenazah, potong pakaiannya. Jika jenazah memakai kain, jika kain tersebut boleh dilurutkan, boleh lurutkan sahaja
    2. Tutup jenazah dengan kain batik lepas*
    3. Ambil tuala kecil, lapkan muka dan seluruh badan jenazah menggunakan air suam. Jenazah mengeluarkan peluh yang melekit dari manusia biasa ketika menghadapi sakaratul maut
    4. Ambil minyak zaitun ( boleh minyak urut yg lain ) urut pada siku, jari-jari tangan dan kaki, lutut. Secara mudahnya, semua sendi yang ada. Ini untuk memastikan sendi tidak mengeras
    5. Urut dahulu segala sendi sebelum di letakkan minyak pada tempat sendi yg keras sahaja.
    6. Ambil kain (seeloknya putih) - potong, ikatkan pada dagu dan simpulkan pada atas kepala supaya mulut tidak terbuka
    7. Qiamkan tangan jenazah, ikatkan menggunakan potongan kain tadi
    8. Ikat juga pada lutut (bawah sedikit)
    9. Potongan kain lebih kecil, ikatkan pada kedua ibu jari kaki supaya kaki rapat
    10. Letakkan jenazah di pembaringan sebelum dimandikan ke tempat yg tertutup.
    11. Jika terdapat najis, bersihkan ( dilakukan sebelum dimandikan, sunat dibacakan doa istinjak )
    12. Tutup dengan kain batik lepas dari muka hingga ke hujung kaki

    *Jika tiada kain batik lepas, ambil kain batik biasa, potong pada bahagian berjahit. Buang juga bahagian berjahit tersebut.

    *BARANGAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK URUSAN SETERUSNYA*

    1. Sunat 5 helai kain kafan atau berwarna putih untuk jenazah wanita dan sunat 3 helai utk jenazah lelaki / kain pelikat untuk jenazah lelaki dan kain batik utk perempuan sebagai kain lapisan mandi
    2. tuala mandi yang nipis dan tidak besar (seperti tuala bayi) sekurang kurangnya.
    3. Sehelai telekung putih (bahagian atas sahaja)
    4. 1 helai serkup kepala (untuk jenazah wanita)
    5. Sikat
    6. Celak mekah (untuk jenazah wanita, jika boleh mendatangkan fitnah tidak perlu )
    7. Bedak sejuk (untuk jenazah wanita, jika tiada tiada mengapa )
    8. Minyak attar atau air mawar
    9. Serbuk kayu cendana utk ditaburkan pada kain kapan jenazah, dan diatas tisu gulung yg dipotong kpd 9 bahagian sebelum diletak kepada tubuh jenazah.
    10. Kapas gulung 3, sekurang kurangnya segulung.
    11. Sarung tangan plastik
    12. Putik kapas

    Perkara-perkara di atas penting untuk memastikan jenazah di dalam keadaan terjaga maruahnya. Kerana ada kes apabila bilal mandi jenazah datang, terkejut melihat mata jenazah masih terbuka, rambut mengerbang tak terurus, kaki tangan keras, dan berbau. Nauzubillah.

    Semoga bermanfaat. Mohon sampai-sampaikan kepada orang lain. Saya percaya masih ramai lagi masih kurang arif tentang hal ini.

    ReplyDelete