Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Tazkirah Ust Kay

Monday, November 2, 2015

(Bil.479) CUIT-CUIT UST KAY - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK EDISI MUTIARA KATA HIKMAH. Sabtu, 18 Muharram 1437H.
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡
Berkata Saidina Ali r.a : "Semua manusia akan menjadi soleh jika tidak ada lima perkara di dalam dirinya :
1) Sombong pada kejahilan.
2) Rakus pada keduniaan.
3) Bakhil pada kebendaan.
4) Riya' pada amalan.
5) Ujub pada fikiran.
KUPASAN :
Orang yang merasa aman dengan kejahilannya adalah orang yang terlebih jahil daripada orang jahil. Orang jahil adalah orang yang tidak berilmu atau tidak tahu. Ulama' ada menyatakan ada empat jenis tentang orang yang berilmu atau orang yang tahu :
1. Orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia itu tahu. Iaitu para alim ulama', maka ikutlah mereka.
2. Orang yang tahu tetapi dia tidak tahu bahawa dia itu tahu. Iaitu orang yang lalai, maka sedarkanlah mereka.
3. Orang yang tak tahu bahawa dia tidak tahu. Iaitu orang yang jahil, maka ajarilah mereka.
4) Orang yang tak tahu dan dia tidak tahu bahawa dia itu tidak tahu. Iaitu orang yang sombong pada kejahilannya, maka larilah daripadanya.
Rakus pada dunia yang sementara adalah satu bentuk mensia-siakan kehidupan. Begitu juga kebahilan kepada harta benda dunia. Dunia dan seluruh harta benda di dalamnya adalah sesuatu yang akan kita tinggalkan. Sedangkan amalan adalah sesuatu yang akan kita bawa ke akhirat nanti. Maka sibukkanlah diri kita pada mengumpul amalan daripada kita sibuk mengumpulkan sesuatu yang tidak boleh kita bawa sebagai bekalan.
Riya', Takabbur, Sum'ah dan Ujub adalah antara penyakit-penyakit hati atau maksiat batin yang perlu dihindari. Jika salah satunya masih bersarang dalam hati manusia, maka segala amal soleh, kebajikan, sedekah atau segala kebaikan yang dilakukannya adalah sia-sia sahaja. Tiada nilai sedikitpun di sisi Allah SWT.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Hujjatul Islam, Imam Ghazali rhm. di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah dalam Bab Adab-adab Melaksanakan Ketaatan : "Takwa zahir yang tidak diikuti dengan takwa batin (ikhlas kerana Allah SWT), maka amalan ketakwaan itu adalah sia-sia belaka."
KESIMPULAN :
Kesemua lima perkara di atas, sedikit sebanyak riak-riak atau simtom-simtomnya ada dalam diri kita. Ini yang menyebabkan susah untuk kita menjadi orang yang soleh atau solehah. Maka selusurilah suluk-suluk (jalan-jalan) orang yang telah ditempuh oleh orang yang bertakwa. "Hidayatul salikin fi sulukil muttaqin" Kata Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani.
Wallahu a'lam - Ukay masih bersuluh untuk bersuluk !
SUMBER :
- Kitab Isti'dad Lyoum Al-Ma'ad - Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.
- Nasaihul Ibad / Al-Wasail Ila Ma'rifatil Awail - Imam As-Sayuti dan lain-lain.
#CCUKBaharu

No comments:

Post a Comment