Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Mosque of Cologne, Germany

Wednesday, April 30, 2014


Pembinaan masjid telah berlaku dalam sejarah sejak 1400 tahun dahulu. Rekabentuk masjid juga telah berubah mengikut peredaran zaman. Walau bagaimanapun masih terdapat juga masjid-masjid yang dibina mengikut rekabentuk tradisi. Walau apapun bentuk masjid, fungsi dan matlamat asal pembinaannya mesti dikekalkan dan seharusnya dikekalkan kerana masjid merupakan 'hati' sesebuah penempatan masyarakat Islam.


Pada sesetengah masjid, terutamanya di negara barat dan Eropah, rekabentuk luaran masjid mengalami perubahan yang menunjukkan konsep moden dan canggih. Belum lagi ditunjukkan prasarana yang disediakan dibahagian dalam. Pada sesetengah masjid di Singapura, prasarana yang disediakan di dalam masjid cukup lengkap dan amat menarik seperti di Masjid An-Nur, Woodlands dan Masjid Al-Mukminin, Jurong.


Kedudukan tempat wuduk dan tandas
Walaubagaimanapun terdapat aspek penting yang kurang dititikberatkan oleh kalangan perekabentuk masjid tersebut. Terutamanya kedudukan tandas dan tempat wuduk. Ia seharusnya diberi penekanan oleh mereka yang bertanggungjawab kerana ia melibatkan soal sah atau tidak solat ahli jemaah.



Tandas seharusnya berada ditempat yang mudah diakses sama ada oleh mereka yang hendak menunaikan solat atau tidak. Mereka yang telah menggunakan tandas juga seharusnya mudah untuk keluar terus atau perlu melalui tempat wuduk bagi memudahkan mereka mencuci kaki selepas menggunakan tandas. Tindakan Masjid Pulai Utama meletakkan tempat basuhan kaki di luar tandas dan tempat wuduk adalah satu tindakan bijak. Namun, pintu keluar yang luas memberi pilihan kepada pengguna tandas untuk tidak mencuci kaki (jika terkena percikan najis), untuk keluar terus dan melalui tempat yang sama dilalui oleh pengunjung lain.



Tempat basuhan kaki seharusnya diletakkan khusus di pintu keluar tandas supaya pengguna membasuh kaki selepas menggunakannya. Cara seperti ini pernah dilaksanakan oleh Masjid Seksyen 15 Petaling Jaya sekitar tahun 1994. Walau bagaimanapun, arahan membasuh kaki harus ditekankan kerana ada pengguna yang tidak menitikberatkan soal kebersihan. Mereka memasuki tandas tanpa alas kaki, menyempurnakan hajat secara berdiri hingga menyebabkan percikan, membersihkannya ala kadar sahaja dan keluar dari tandas tanpa membasuh kaki.




Bersambung ...

No comments:

Post a Comment