Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Sunah Nabi S.A.W pada waktu malam

Tuesday, October 29, 2013

1)sunnah baca surah mulk dan sajadah selepas maghrib selamat dari seksa kubur insya-allah.

2)sunnah baca yasiin selepas isya tiap malam

3)dibenarkan lambat solat jemaah isyak jika ada kepentingan agama (seperti ceramah agama atau mesyuarat agama)

4)sunnah juga baca surah waqiah tiap malam,tak kan fakir orang yang istiqamah membacanya.

5)sunnah iktikaf di masjid lepas magrib sampai isyak,Allah akan bina mahligai di syurga.

6)sunnah buat solat awwabin 6 rakaat lepas solat ba'diah magrib.

7)sunnah baca surah kahfi pada hari jumaat (bermula lepas maghrib khamis)

8)sunnah solat sunat witir tiap2 malam (dalam mazhab hanafi wajib buat tiap malam).

9)sunnah berwudhu untuk tidur

10)sunnah kibaskan tempat tidur dengan kain dari tempat letak kepala menuju ke kaki dengan 3 kibasan dan setiap kibasan dibaca lahaulawalaquwwataillabillah.

11)sunnah pakai celak sebelum tidur.

12)sunnah pakai minyak zaitun,sapu di kening,janggut dan rambut sebelum tidur.

13)sunnah niat qiamulail untuk tahajud sebelum tidur.

14)sunnah maafkan semua orang dan doakan semua orang sebelum tidur.

15)sunnah baca 3 qul dan tiupkan ke tapak tangan,kemudian dengan sedikit isyarat ludah ke tangan,lalu disapukan dari kepala,seluruh badan,sampai kaki,ulang 3 x.

16)sunnah baca ayat kursi untuk perlindungan

17)sunnah baca tasbih fatimah sebelum tidur (33 subhanallah,33 alhamdulillah,34 allahuakbar).

18)sunnah baca doa2 sebelum tidur (malas nak tulis,pergi carik sendiri dalam kitab doa)

19)kalau tak boleh tidur,sunnah baca doa tak boleh tidur.

20)kalau mimpi buruk,buat isyarat ludah 3x ke belah kiri selepas baca ta'awuz (a'uzubillahiminasyaitonirrojim),kalau mimpi baik,bangun dan solat hajat agar ia berlaku,jangan cerita mimpi buruk kat orang.

ada banyak lagi, ,tapi cukuplah sekadar ini dahulu ye .

semoga Allah ampunkan kita......InsyaALLAH

No comments:

Post a Comment