Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah.

Friday, November 9, 2012

Zaidatun Tasir & Lim Bee Yeok (2010) Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.


Abstrak :


Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan masalah penggunaan komputer di kalangan guru di lima buah sekolah di sekitar bandar Alor Gajah, Melaka. Kajian ini juga mengenal pasti tujuan dan kekerapan penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan menunjukkan bahawa tujuan utama guru-guru menggunakan komputer adalah untuk melaksanakan tugasan sekolah. Dari segi kekerapan penggunaan pula, guru-guru dalam kajian ini adalah merupakan pengguna komputer yang sederhana. Untuk kajian ini, responden adalah sebanyak 202 orang yang terdiri daripada guruguru yang mengajar di lima buah sekolah menengah di sekitar bandar Alor Gajah. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan skala Likert empat mata. Data-data ini kemudiannya diproses menggunakan perisian “Statistical Packages for the Social Sciences 13.0” (SPSS). Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah alfa-0.881. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratusan serta min. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan komputer di kalangan guru adalah agak tinggi (min =2.91), sikap guru yang positif dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (min=3.10). Bagi pengenalpastian masalah dalam penggunaan komputer pula menunjukkan para guru yang terlibat dalam kajian tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka (min =2.36). Seterusnya hasil analisis Ujian T digunakan dan dapatan menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara konstruk masalah berdasarkan jantina dan memberi nilai signifikan 0.04 (p0.05). Berpandukan hasil kajian, penyelidik telah mengutarakan beberapa cadangan bagi membantu pihak Kementerian Pelajaran dan sekolah khususnya mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru di sekolah.


Katakunci : tahap pengetahuan, sikap, masalah, penggunaan komputer, guru

1 comment:

  1. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan masalah penggunaan komputer di kalangan guru di lima buah sekolah di sekitar bandar Alor Gajah, Melaka.

    Kajian ini juga mengenal pasti tujuan dan kekerapan penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    Dapatan menunjukkan bahawa tujuan utama guru-guru menggunakan komputer adalah untuk melaksanakan tugasan sekolah.

    Dari segi kekerapan penggunaan pula, guru-guru dalam kajian ini adalah merupakan pengguna komputer yang sederhana.

    Untuk kajian ini, responden adalah sebanyak 202 orang yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar di lima buah sekolah menengah di sekitar bandar Alor Gajah.

    Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan skala Likert empat mata.

    Data-data ini kemudiannya diproses menggunakan perisian “Statistical Packages for the Social Sciences 13.0” (SPSS).

    Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah alfa-0.881.

    Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratusan serta min.

    Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan komputer di kalangan guru adalah agak tinggi (min =2.91), sikap guru yang positif dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (min=3.10).

    Bagi pengenalpastian masalah dalam penggunaan komputer pula menunjukkan para guru yang terlibat dalam kajian tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka (min =2.36).

    Seterusnya hasil analisis Ujian T digunakan dan dapatan menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara konstruk masalah berdasarkan jantina dan memberi nilai signifikan 0.04 (p0.05).

    Berpandukan hasil kajian, penyelidik telah mengutarakan beberapa cadangan bagi membantu pihak Kementerian Pelajaran dan sekolah khususnya mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru di sekolah.

    ReplyDelete