Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Petikan khutbah wida' 9 Zulhijjah

Thursday, October 25, 2012

Adakah orang berpangkat, rumah yang besar, duit yang banyak, peniaga yang hebat akan masuk syurga yang paling atas?


Manakala orang yang miskin, tiada nama, pangkat rendah, akan masuk neraka paling dalam?


Oleh itu jangan kita lupa dan menghina orang yang lebih rendah dari kita. Kita semua sama yang membezakan kita ialah Takwa. Takutkan Allah. Taat semua perintah Allah dan mencintai dan mengikuti sunnah Nabi SAW. Jangan kita sombong dengan orang lain.


Saya selalu duka dan menangis ketika membaca khutbah wida iaitu 9 zulhijjah esok. Puasa esok 9 zulhijjah / yakni puasa arafah diampunkan dosa 2 tahun. Mari kita puasa esok. Kemudian fahami kehendak dan perasaan Nabi SAW ketika itu. Daripada beberapa orang menjadi 124 ribu lebih di depan baginda SAW. Keinginan Nabi SAW untuk hidayat dan kebaikan untuk seluruh manusia sampai kiamat. Inginkan kebaikan dan setiap dari kita masuk syurga. Sedangkan baginda akan meninggalkan dunia ini.


Fahamilah khutbah Nabi SAW di Arafah ini dengan hati yang hidup dan selamilah perkataan demi perkataan dan air mata.


Fahamilah dengan erti kata sebenarnya dengan kecintaan kepada Nabi SAW. Apa yang telah kita lakukan? dan apa yang sepatutnya dilakukan. Wahai Allah fahamkan kata-kata Nabi SAW ketika haji wida ini. Bayangkan kita berada di sana dan berada di tempat sahabat.


Ketika Khutbah wida Nabi SAW telah mulakan dengan memuji Allah( Nahmaduhu wanas tainuhu sehingga habis)


Petikan Khutbah Rasulullah saw di Arafah


Daripada Jabir bin Abdullah r.a sebagaimana yang termaktub dalam hadith riwayat Imam Muslim no 2137. Bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:


1) “Wahai manusia sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama mu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya.


إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا


2) Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesia”pa pun mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan di Bandar ini (Makkah dan sekitarnya).


3) Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya.


أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ تَحْتَ قَدَمَيَّ مَوْضُوعٌ


4) Ingatlah segala amalan jahiliyyah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan) Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telahku batalkan ialah darah Ibn Rabi’ah bin al-Haris yang disusukan oleh Bani Sa’ad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.


وَرِبَا الْجَاهِلِيَّةِ مَوْضُوعٌ وَأَوَّلُ رِبًا أَضَعُ رِبَانَا رِبَا عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَإِنَّهُ مَوْضُوعٌ كُلُّهُ
5) Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutallib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhannya.


فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لَا يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ فَإِن فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ


6) Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.w.t dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik. Semua orang muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran dari tuannya.


7) Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian dari kamu memerangi sebahgaian yang lain.


8) Nabi s.a.w bersabda lagi:


وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ و سنتي
Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah dan sunnahKu.


9) Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua haji ke Rumah Suci Tuhanmu (ka’abah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu.


10) Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan taqwa.


11) Allah s.w.t telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.


Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan? Kami menjawab: “Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Lantas Baginda s.a.w mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali : “Ya Allah! Saksikanlah.”


(Sahih Muslim, 4/38-43, Sahih Bukhari/ Fathul Bari, 8/108)

No comments:

Post a Comment