Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Kelebihan puasa sunat hari Arafah

Thursday, October 25, 2012

Daripada Abi Qatadah bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah).
Maka jawab Rasulullah s.a.w.

"Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang, ( يكفر السنة الماضية والباقية)".


[Sahih Muslim]

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda

"Tidak ada suatu hari dimana Allah paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)."


[Sahih Muslim]

Dari Al-Barra katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau:

"Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita."


[Sahih Muslim]

Wahai Allah fahamkan hati setiap umat ini dengan kecintaan pada Nabi SAW dengan sebenarnya dengan membawa setiap sunnah nabi SAW dalam hidup ini.

Sehingga sanggup menyingsing lengan turun ke padang dan memujuk rayu setiap manusia kepada Allah. Di malam hari menangis di depan Allah- ebit lew

Abu Qutaadah (may Allaah be pleased with him) reported that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) was asked about fasting on the Day of Arafaah. He (s.a.w) said,

'It expiates for the sins of the previous year and of the coming year'


[Narrated by Muslim]

No comments:

Post a Comment