Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Hadith - Mengasihi isteri mukminah dan hak mereka

Wednesday, January 26, 2011

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bukanlah sifat seorang mukmin lelaki, membenci akan isterinya yang mukminah. Jikalau kerana satu-satu tabiat buruknya yang tidak disukai, namun ia masih tetap ada sifat-sifat yang lain yang terpuji."
[Muslim 3645]

Dari Ahwas r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dengarlah dengan penuh perhatian! Berlaku baiklah terhadap wanita-wanita kamu, kerana dia datang daripada kamu sebagai seorang tawanan, kerananyalah kamu dapat menjaga kesucianmu dan terpelihara harta-hartamu dan tidak ada yang lain selain dari itu. Sekiranya dia melakukan keburukan, maka asingkanlah daripada tempat tidurmu, yakni tinggalkanlah daripada tidur bersama dengannya, tetapi tetap tinggal di rumahmu dan pukullah dia dengan pukulan yang ringan. Kemudian jika dia mentaatimu, janganlah kamu berlebih-lebihan dengan mencari alasan-alasan yang lain. Dengarlah dengan teliti! Sesungguhnya kamu ada hak ke atas isteri-isteri kamu dan sebaliknya isteri-isterimu ada hak ke atasmu. Adapun hakmu keatas isteri-isterimu ialah jangan membawa ke tempat tidur seseorang yang lain yang kamu membencinya dan tidak dibenarkan membawa masuk ke rumahmu, orang-orang yang kamu benci tanpa izinmu. Dengarlah dengan teliti! Hak wanita keatas kamu ialah, hendaklah berlaku baik terhadap mereka (isteri-isteri) dan menyediakan tempat tinggal untuk mereka dan makanan mereka (mengikut kemampuanmu)."
[at-Tirmidhi 1163]

Dari Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling berlaku baik kepada ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu, dalam bersama ahli-ahli keluargaku."
[Ibn Hibban 9/484]
Tajuk berkaitan :


Tags :

Abu Hurairah, Ahwas, Aisyah, at-Tirmidhi 1163, hak isteri, hak suami, Ibn Hibban 9/484, makanan, mukmin, mukminah, Muslim 3645, sifat yang terpuji, tabiat buruk, tempat tidur, tempat tinggal, wanita

1 comment:

  1. Isteri-Isteri Akhir Zaman
    “Inilah yang terjadi pada isteri-isteri pada akhir zaman ini.
    Ketika mereka berada di rumahnya :
    •Di hadapan suaminya mereka berpakaian seadanya
    •Rambut kusut masai dan aroma badannya pun dibiarkan tak sedap
    •Kalau bicara dengan suara kasar dan tinggi suaranya.
    Tetapi ketika keluar dari rumahnya lain pula halnya :
    •Di depan khalayak ramai bahkan di depan laki-laki lain mereka memakai pakaian-pakaian yang bagus dan cantik
    •Berdandan cantik dan memakai parfum
    •Kalau berbicara dengan suara yang dilemah lembutkan.
    •Mereka bebas keluar dari rumahnya tanpa ada keberanian dari sang suami untuk menegur tetapi sebalikanya ketika suami terlambat pulang sedikit saja
    langsung dibentak dan disoal siasat.
    Wahai saudariku…
    Inilah kenyataan yang terjadi pada rumah tangga kaum muslimin. Di mana yang memegang kendali dalam rumah tangga adalah ISTERI. Bahkan terkadang suaminya adalah seorang yang abid (Ahli 'Ibadah), tapi dia telah membiarkan isterinya durhaka terhadapnya dengan tidak memberikan pendidikan terhadap isteri-isterinya.
    Dalam hadis Nabi Rasullullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :
    “Sebaik-baik isteri iaitu yang menyenangkanmu ketika kamu lihat, taat kepadamu ketika disuruh, menjaga dirinya dan hartamu ketika kamu berpergian.“
    (HR.Thabarani)
    Siapakah wanita yang paling baik…?
    Jawab Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam :
    “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah dan tidak membantah suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.”
    (HR. An-Nasai dan Ahmad)
    Abdullah bin Abbas radhiallahuanhu berkata :
    “Sesungguhnya aku selalu berhias untuk isteriku seperti berhiasnya dirinya untukku.”
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
    Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Ali Sayyidina Muhammad.

    Credit https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220756815926843&id=1130738972

    ReplyDelete