Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Hadith - Kelebihan Solat Dhuha

Thursday, January 27, 2011

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa istiqamah mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, dosa-dosanya dihapuskan walaupun sebanyak buih di lautan."
[Ibnu Majah]

Dari Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, tidak akan dicatat di kalangan hamba-hamba Allah yang lalai dan barangsiapa mengerjakan empat rakaat akan dicatatkan di antara hamba-hamba Allah yang ahli ibadah. Dan barangsiapa mengerjakan enam rakaat, maka keperluannya pada hari itu akan dicukupi dan barangsiapa mengerjakan lapan rakaat, maka akan dicatat di antara orang yang taat dan barangsiapa mengerjakan dua belas rakaat, Allah membangunkan sebuah istana baginya dalam syurga. Tidaklah berlalu suatu hari atau suatu malam, yang mana Allah tidak mengurniakan sedekah dan kebajikan atas hamba-hamba-Nya. Dan kebajikan paling besar dari Allah ke atas hamba-hamba-Nya adalah memberi kesempatan kepada mereka untuk berzikir."
[at-Tabaraani, Majmaa uz Zawaaid 2/494]


Tags :

Abu Darda, Abu Hurairah, at-Tabaraani, Dhuha, dosa, dua belas rakaat, dua rakaat, empat rakaat, enam rakaat, Ibnu Majah, istiqamah, kebajikan, lapan rakaat, Majmaa uz Zawaaid 2/494, Sedekah

No comments:

Post a Comment