Ebit Lew
August 8 at 11:18pm · Edited ·
Soalan yang kerap ditanya selepas ceramah dan email ialah kesedihan dan kepiluan kerana masih belum dikurniakan anak.
Saya sedih ustaz..kadang-kadang keluarga dan kawan-kawan tak faham lagi malang bila pasangan pula tidak memahami. Kami juga sedih dan ingin beri mereka anak...kadang-kadang rasa tidak adil buat kami...ada apa-apa yang kami boleh amalkan...mereka mesti menangis atau bergenang air mata...
Showing posts with label Ebit Lew. Show all posts
Showing posts with label Ebit Lew. Show all posts
Ingin dikasihi suami
Ebit Lew
Seorang wanita tanya saya, bagaimana nak jadi wanita yang ingin benar-benar dikasihi suami.. Sedangkan lelaki sentiasa tidak puas dan ingin wanita yang cantik.
Seorang wanita tanya saya, bagaimana nak jadi wanita yang ingin benar-benar dikasihi suami.. Sedangkan lelaki sentiasa tidak puas dan ingin wanita yang cantik.
Kecintaan pada Nabi SAW
Thursday, October 4, 2012
Hadrat Sa'di Rah seorang alim yang terkenal. Beliau sangat mencintai Nabi SAW. Satu malam beliau terlalu rindukan Nabi SAW. Beliau menyiapkan satu selawat dan doa untuk dibacakan depan maqam Nabi SAW. Sepanjang malam dia menyiapkan selawat dan doa itu. Dia tertidur sebelum menyudahkan syair itu. Dalam mimpinya beliau mimpi jumpa Nabi SAW dan Nabi SAW menyudahkan doa itu. Maka beliau sangat gembira dan awal pagi bertolak untuk menziarah maqam Nabi SAW. Sepanjang perjalanan beliau menangis dan mengulang2 selawat dan doa itu. Ditakdirkan bila sampai di Madinah beliau telah dihalang untuk ziarah Maqam Nabi SAW dan telah ditangkap oleh pengawal raja. Ini kerana raja bermimpi Nabi SAW dan menghalang Sa'di Rah dari menziarahinya. Pengawal memukulnya. Maka raja mimpi jumpa Nabi lagi dan menegur perbuatan raja memukul Sa'di. Sepatutnya raja cuma menghalang sa'di bukan tangkap dan pukul. Sa'di Rah balik dalam keadaan menangis dan terlalu sedih. Seorang yang datang dengan harapan dan kecintaan yang membuak-buak terhadap Nabi SAW. Sepanjang perjalanan beliau menangis dan menangis sambil membaca selawat itu. (Saya teringat lagi syair itu dibaca oleh syeikh Umar palangpuri ketika membaca syair itu. Sangat merdu). Sehingga beliau tertidur di satu pokok. Dalam tidurnya beliau mimpi jumpa Nabi SAW yang bertanya wahai Sa'di kamu mencintai aku ke? Sa'di jawab, ya aku sangat mencintaimu. Janganlah sedih,aku halang kamu dari meziarahiku kerana jika kamu memberi salam, aku akan menjawab salam mu. Jika kamu peluk aku, aku akan memelukmu. (Ini akan menimbulkan fitnah.) Aku juga cintakanmu. Wahai Sa'di jika kamu benar-benar mencintaiku buatlah kerja aku yakni mengajak manusia kepada ALLAH. Ya ALLAH jauhnyalah diri ini dari cintakan Nabi SAW dan berdosanya kami kerana meninggalkan kerja Nabi SAW.- Seorang rakan saya yang sangat kuat buat dakwah, bila berjumpa dengan seorang alim ditanya apa kamu dapat dari kerja dakwah dalam tempoh beberapa bulan ini. Maka dijawabnya, setiap malam saya mimpi jumpa Nabi SAW. Tanya orang alim tadi macam mana Nabi SAW berjalan. Dia pun menunjukkan cara Nabi SAW berjalan.. Bukanlah mimpi itu satu perkara ajaib. Tapi soalnya apa keinginan dalan hati kita. Seorang yang bercinta, selalu membayangkan wajah kekasihnya setiap hari dan ingin berjumpa suatu hari nanti. Bagaimana seorang yang kata cinta. tapi tidak pernah ingat walaupun sesaat. Lalu di hati juga tidak. Seorang yang bila kekasihnya marah atau sedih,dia tidak tenang dan dapat merasainya. Sehingga waktu malam pun termimpi-mimpi. Bagaimana perasaan Nabi SAW ketika ini. Adakah kita merasainya? Setiap kali kawan-kawan bercerita mimpi jumpa Nabi SAW dan sahabah atau mimpi yang indah demi Islam. Saya menangis kerana saya tidak mimpi seperti itu. Masa sedar pun tidak dapat berbuat demikian. Bagaimana mungkin LIDAH mengatakan mencintai Nabi SAW, ketika Islam keluar dari diri orang ISLAM, kehidupan Sunnah keluar dari diri dan anak-anak, agama dihancurkan. Sikit pun tidak menangis dan berdoa. Ampunlah dosa-dosaku Ya ALLAH - EBIT LEW
Haji
Tuesday, October 2, 2012
Maksud Haji ialah untuk kembali pada ALLAH, mencintai Nabi SAW, dan menghidupkan ISLAM. Malangnya hari ini, maksud ini sudah dilupakan. Ketika hajjatul wida'. Nabi SAW telah berkhutbah pada semua sahabat. Selepas musim haji 114 ribu para sahabah telah bertebAran seluruh dunia untuk menghidupkan ISLAM. kE utara, selatan, timur dan barat. Pada satu musim haji ketika zamn awal dakwah Nabi SAW. Nabi SAW sentiasa berdakwah kepada semua orang yang hadir. Nabi SAW telah berdakwah ke semua khemah. Nabi SAW dihalau dari smua khemah. Sehingga satu khemah. Mereka suka Nabi dan ingin membawa Nabi ke kampungnya. Tapi dia ingin berbincang dengan kaumnya. Tinggal Nabi SAW di situ sekejap. Tiba-tiba ketua kabilah itu balik dan sangat marah dan ingin bunuh Nabi SAW. DiA kata aku sangat membenci kamu Muhammad. Nabi SAW dihalau. Ketika Nabi SAW naik untanya. Beliau telah mencucuk unta Nabi SAW. Unta lari, Nabi SAW terlentang. Beberapa kali. Kasihan Nabi SAW. Sakit kerana jatuh dari unta. Kaum yang tadi ingin bawa Nabi bila melihat ini. Mereka pun datang mengambuil pasir dan letak atas kepala Nabi SAW yang sedang jatuh. Ditabur pasir. Datang yang lain pula kemudian meludah wajah NabI saw. Nabi diam sahaja dan berlalu dari situ. Ya ALLAH ampunkan dosa kami semua. Seorang yang paling dihormati sebelum itu. kini dihina sebegitu rupa. Seorang pahlawan hebat dan kekasih ALLAH diperlakukan begitu. Selepas itu ketika perjalanan pulang Nabi SAW terjumpa anaknya Zainab RA. Melihat ayahnya yang sangat teruk dengan kesna ludah,pasir, dan kotor. Zainab menangis dan kata siapa yang tergamak buat begini pada ayahanda. Zainab menangis yang amat sangat. kata Nabi SAW , Wahai anakku janganlah kamu bersedih, agama ISLAM yang ayah kamu bawa ini akan sampai diseluruh dunia. sama ada rumah di bandar atau dikampung. Pernah kita duduk sejenak dan menangis merindui Nabi SAW atau menangis teringat akan NaBi SAW. Hari ini jenazah sunnah Nabi SAW telah diusung didepan kita. Jenazah solat diusung. Jenazah amalan agama telah diusung dari rumah kita sendiri. Amalan Nabi SAW telah jadi jenazah. Apa yang kita lakukan. Adakah kita ingin menjadi orang yang meludah wajah pada Nabi SAW dengan membiarkan umat meninggalkan amalan agama. Menangislah kerana kezaliman kita kerana membiarkan amalan agama satu persatu mati dari diri kita dan keluarga kita. Adakah wajah dan pakaian kita macam Nabi SAW. adakah isteri dan anak-anak kita macam anak isteri Nabi SAW. Adakah akhlak kita macam akhlak Nabi SAW. Adakah kita mendengarkan perkataan Nabi SAW dalam rumah kita? Kenalkan Nabi SAW pada ahli keluarga kita? Fahamkanlah betul-betul. Muhammad SAW ialah manusia yang tidak kita kenal atau ada hubungan dengan kita. Tapi nyawanya dan keluarganya diberikan demi ISLAM smpai pada kita. ISLAM perkara mahal. Hargailah ISLAM dan amalan dalam ISLAM ini. - ebit lew
Apa nilai iman dalam hati kita?
Friday, September 28, 2012
Zaman Umar RA ada seorang lelaki telah murtad. Umar RA telah hantar 2 orang untuk memujuk lelaki murtad itu. Kampungnya sangat jauh dari Madinah. Bila sampai ke sana pemuda itu memberi syaRAT. Dia akan masuk ISLAM kembali jika 2 hajatnya dipenuhi. 1) Ingin kahwin dengan anak perempuan Umar RA. 2) Dia nak jadi khalifah. Maka mereka setuju untuk syarat yang pertama. Tetapi syarat kedua mereka ingin balik dan tanya Umar. Mereka pulang untuk bertanya Umar. Maka jawab Umar RA kenapa kamu tidak setuju. Berik keduanya kepada dia. Yang penting dia kembali kepada ALLAH. Bila sahabat balik ke sana orang itu telah mati. Dia mati dalam keadaan itu. Lihat Umar faham nilai Iman dalam diri seseorang lebih besar dari anaknya dan kuasa. ALLAHUAKBAR. Fahamkanlah hati ini. Setiap orang Islam kena pujuk dan meyediakan semua orang ISLAM mengamalkan agama. Malangnya nilai iman dan islam telah keluar dari hati kita. Untuk itu jika ada mana-mana orang ingin masuk ISLAM. Terus ajar dia syahadah. Peluk mereka. beri tahu mereka,semua dosa diampunkan macam bayi baru lahir. Takut mereka mati dalam tanpa mengaku ALLAH tuhan. 1) Kita sendiri ajarkan kalimah kepada mereka 2) Minta mereka mandi untuk bersihkan diri mereka 3) Cerita keuntungan Islam 4) Cerita rukun Islam dan rukun iman. Langkah seterus kita bimbing asas Islam iman dan solat. Kemudian fardhu ain yang lain. Bantu mereka dan mudahkan untuk mereka. Ya ALLAH ampunkan dosa kami orang ISLAM yang cuai dari tugas dakwah ini. Kotornya hati dan diri ini- ebit lew
Subscribe to:
Comments (Atom)
