Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Haji

Tuesday, October 2, 2012

Maksud Haji ialah untuk kembali pada ALLAH, mencintai Nabi SAW, dan menghidupkan ISLAM. Malangnya hari ini, maksud ini sudah dilupakan. Ketika hajjatul wida'. Nabi SAW telah berkhutbah pada semua sahabat. Selepas musim haji 114 ribu para sahabah telah bertebAran seluruh dunia untuk menghidupkan ISLAM. kE utara, selatan, timur dan barat. Pada satu musim haji ketika zamn awal dakwah Nabi SAW. Nabi SAW sentiasa berdakwah kepada semua orang yang hadir. Nabi SAW telah berdakwah ke semua khemah. Nabi SAW dihalau dari smua khemah. Sehingga satu khemah. Mereka suka Nabi dan ingin membawa Nabi ke kampungnya. Tapi dia ingin berbincang dengan kaumnya. Tinggal Nabi SAW di situ sekejap. Tiba-tiba ketua kabilah itu balik dan sangat marah dan ingin bunuh Nabi SAW. DiA kata aku sangat membenci kamu Muhammad. Nabi SAW dihalau. Ketika Nabi SAW naik untanya. Beliau telah mencucuk unta Nabi SAW. Unta lari, Nabi SAW terlentang. Beberapa kali. Kasihan Nabi SAW. Sakit kerana jatuh dari unta. Kaum yang tadi ingin bawa Nabi bila melihat ini. Mereka pun datang mengambuil pasir dan letak atas kepala Nabi SAW yang sedang jatuh. Ditabur pasir. Datang yang lain pula kemudian meludah wajah NabI saw. Nabi diam sahaja dan berlalu dari situ. Ya ALLAH ampunkan dosa kami semua. Seorang yang paling dihormati sebelum itu. kini dihina sebegitu rupa. Seorang pahlawan hebat dan kekasih ALLAH diperlakukan begitu. Selepas itu ketika perjalanan pulang Nabi SAW terjumpa anaknya Zainab RA. Melihat ayahnya yang sangat teruk dengan kesna ludah,pasir, dan kotor. Zainab menangis dan kata siapa yang tergamak buat begini pada ayahanda. Zainab menangis yang amat sangat. kata Nabi SAW , Wahai anakku janganlah kamu bersedih, agama ISLAM yang ayah kamu bawa ini akan sampai diseluruh dunia. sama ada rumah di bandar atau dikampung. Pernah kita duduk sejenak dan menangis merindui Nabi SAW atau menangis teringat akan NaBi SAW. Hari ini jenazah sunnah Nabi SAW telah diusung didepan kita. Jenazah solat diusung. Jenazah amalan agama telah diusung dari rumah kita sendiri. Amalan Nabi SAW telah jadi jenazah. Apa yang kita lakukan. Adakah kita ingin menjadi orang yang meludah wajah pada Nabi SAW dengan membiarkan umat meninggalkan amalan agama. Menangislah kerana kezaliman kita kerana membiarkan amalan agama satu persatu mati dari diri kita dan keluarga kita. Adakah wajah dan pakaian kita macam Nabi SAW. adakah isteri dan anak-anak kita macam anak isteri Nabi SAW. Adakah akhlak kita macam akhlak Nabi SAW. Adakah kita mendengarkan perkataan Nabi SAW dalam rumah kita? Kenalkan Nabi SAW pada ahli keluarga kita? Fahamkanlah betul-betul. Muhammad SAW ialah manusia yang tidak kita kenal atau ada hubungan dengan kita. Tapi nyawanya dan keluarganya diberikan demi ISLAM smpai pada kita. ISLAM perkara mahal. Hargailah ISLAM dan amalan dalam ISLAM ini. - ebit lew

No comments:

Post a Comment