Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Puasa 31 hari bagi mereka yg mula puasa di saudi

Wednesday, May 4, 2022

Biar Tahu.. Jangan keliru..‼️

Jawapan mengenai tentang Puasa 31 hari bagi mereka yg mula puasa di saudi..

Mohon sebarkan seluas-luasnya 

Alhamdulillah kami merujuk pada Ahli Feqah yg merupakan Ahli Majlis Fatwa iaitu Hazrat Maulana Lutfi Muharam

Contoh masail

Seseorang yang bermusafir, kemudian ia tinggal di Saudi yang puasanya bermula awal sehari dari Malaysia,

dia wajib ikut puasa Malaysia apabila pulang ke tanahair dalam menentukan akhir puasa, walaupun dia hanya berpuasa 28 hari atau lebih 31 hari.

Demikian ditegaskan oleh para ulama Syafieyah. Pendapat ini didasarkan kepada hadis Kuraib, bahawa Umu Fadl mengutusnya pergi menemui Mu’awiyah di Syam. Ketika ia berada di Syam masuklah bulan Ramadan, masyarakat kota Syam berpuasa mulai hari Jumaat. Kemudian Kuraib pulang ke Madinah dimana masyarakat tempatan mula berpuasa pada hari Sabtu. Ketika sampai masalah tersebut kepada Ibnu Abbas, dia diperintahkan mengikut puasa masyarakat Madinah hingga 30 hari, lalu ia bertanya "Apakah tidak cukup kita berpegang kepada pendapat Mu’awiyah dan puasanya?". Ibnu Abbas menjawab "Tidak, inilah yang diperintahkan Rasulullah:".



Ini juga diperkuat dengan hadist Aisyah bahawa Rasulullah bersabda "Hari raya Idul Fitri kalian adalah dimana mereka semua ber-Idul Fitri, hari Idul Adha kalian adalah dimana mereka semua ber-Idul Adha dan hari Arafah kalian adalah dimana mereka semua melaksanakan wukuf"

(H.R. Tirmidzi).

Us khann Daie

Muhajir Madani

No comments:

Post a Comment