Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Apakah ucapan raya Aidilfitri Rasulullah Saw dan Para Sahabat bila bertemu

Monday, May 2, 2022

#ucapan.. #diHari. #Raya.. #Aidilfitri.. #Yg.. #Terdapat.. #dalam.. #Hadis.. 

Kejayaan kita semua apabila kita mencontohi Rasulullah Saw dan Para Sahabat.. Apakah ucapan raya Aidilfitri Rasulullah Saw dan Para Sahabat bila bertemu.. 

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada Baginda Saw: 

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

(semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu), lalu Baginda Rasulullah Saw menjawab: 

Ya,

 تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ 

(semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu).

Juga boleh di ucapkan 

وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر

Atau

من العايدين والفايزين

Selain dari kita ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin, juga perlu di ingatkan ucapan Lafaz Hari Raya yg lebih dekat dgn Sunnah yg di ucapkan Para Sahabat ketika bertemu di Aidilfitri.. 

قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

Berkata Wathilah: 

Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka"

 (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadhan] kami dan kamu), 

Baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka.”

Hadis riwayat Tabrani

Daripada Jubair bin Nufair R. A, Beliau berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW bertemu dengan hari Aidil (Edul Fitri atau Edul Adha), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).”

Al-Hafiz Ibnu Hajar rah. mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan..

Semoga Allah menerima kita semua dan menerima semua Umat ini menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat.. Walaupun kita bergembira di hari Aidilfitri, maka bergembiralah dgn cara Sunnah Rasulullah Saw agar kita di terima Allah.. Amin

Saling meminta maaf dan memaafkan agar hati kita tenang di hari mulia dan hilang dari dendam kesumat dan kedengkian.. Amin.. 

Us khann Daie

Muhajir Madani

No comments:

Post a Comment