Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Doa berbuka puasa

Sunday, April 10, 2022

#Perihal..#Doa..#Berbuka..#Puasa⁉️

Bilamana Doa itu bertepatan dgn Sunnah Rasulullah Saw yg merupakan Kekasih Allah,maka sudah pasti di Cintai Allah..

Doa berbuka puasa yang biasa kita baca:

اللهم لك صمت وبك أمنت وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ، برحمتك يا أرحم الرحمين

“Ya Allah, hanya untuk-Mu aku berpuasa, kepada-Mu aku beriman, dan atas rezeki dari-Mu aku Berbuka, dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Penyayang.”

Doa ini sebenarnya bersumber dari hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, no. 2358, dengan redaksi hanya: 

“اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت”.

Hadis tersebut juga dinukil oleh Hazrat Imam Nawawi rah. dalam kitabnya  Al-Azkar, bab “Doa Ketika Berbuka”. Imam Nawawi juga menjelaskan dalam kitab Al-Azkar tersebut dan dalam al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab bahawa hadis ini ialah Hadis Mursal.

Doa brbuka puasa yg lain :

ذَهَبَ الظَّمَأُ ، وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ ، وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

“Telah hilang dahaga, dan urat-urat telah basah, telah tetaplah pahala, Insya Allah,”

(HR Abu Daud, al-Nisa’i, Thabrani, Hakim, dan Darulquthni).

Hadis ini sahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim.

Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Zakariyya rah. Dalam Kitab Fadhilat Ramadhan menyebutkan sebelum berbuka puasa, Rasulullah Saw juga membaca

يا وَاسِعَ الفَضْلِ اِغْفِرْ لِي

"Wahai Tuhan yg Luas KurniaanNya Ampunilah Daku.." 

Oleh itu, Dapat kita simpulkan di sini bahawa mengajak orang untuk berdoa dgn Doa yg di baca oleh Rasulullah Saw itu adalah sgt terbaik akan tetapi mempertikai orang membaca doa itu adalah tidak wajar..kerana asalkan doa itu tidak bertentangan dengan aqidah Islam dan tidak untuk pekara maksiat, maka di benarkan berdoa walaupun bahasa melayu untuk meluahkan Hajat. 

Bahkan Doa org yg berpuasa Maqbul di sisi Allah.. 

Rasulullah saw bersabda: Tiga orang yang doa mereka tidak terhalang, iaitu imam (pemimpin) yang adil, orang yang berpuasa hingga ia berbuka, dan doa orang yang di zalimi.

Doa mereka dibawa ke atas awan dan dibukakan pintu langit untuknya, lalu Allah Azza Wa Jalla berfirman: 

'Demi Kemuliaan-Ku, Aku akan menolongmu meski setelah beberapa waktu."

(HR Ahmad, dari Hazrat Abu Hurairah, sahih lighairihi).

Ada juga Ulama' yg menggabungkan doa-doa itu dalam satu rangkaian.ini adalah lebih baik kerana kita dapat menghimpun kesemua doa selain dari kita memohon hajat dunia dan Akhirat kita..

Seperti disebutkan Hazrat Syeikh Sulaiman Bujairimi dalam Hasyiah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, beliau menganjurkan doa berbuka puasa:

اللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَبِكَ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ. ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ العُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شاءَ اللهُ. يا وَاسِعَ الفَضْلِ اِغْفِرْ لِي الحَمْدُ لِلهِ الَّذِي هَدَانِي فَصُمْتُ، وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ.

“Tuhanku, hanya untuk-Mu aku berpuasa. Dengan rezeki-Mu aku berbuka. Sebab dan kepada-Mu aku berpasrah. Dahaga telah pergi. Urat-urat telah basah. Insya Allah pahala sudah tetap.

Wahai Zat yang luas karunia-Nya, ampuni aku. Segala puji bagi Tuhan yang memberi petunjuk padaku, lalu aku berpuasa. Segala puji Tuhan yang memberiku rezeki, lalu aku Berbuka(puasa) .”

📌Yang Paling Penting BerDoalah sebelum berbuka puasa...kerana Doa org berpuasa adalah maqbul.. Janganlah kita menyalahkan atau bertelagah hanya kerana perkara ini lebih lagi dalam Bulan Ramadhan yg mulia ini..

Semoga Allah menerima kita semua menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat.. Amin

Us khann Daie

Muhajir Madani

No comments:

Post a Comment