Jom Amal dan sebarkan seluas-luasnya insyAllah
Jagalah sungguh² tiga amalan ini khususnya pada 10 malam akhir ini dalam memburu Lailatul Qadr insyAllah..
1) *solat Isyak Berjemaah*
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ
Dari Utsman bin ‘Affan RA ia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam.
(HR Tirmizi No: 205)
2) *solat teraweh berjemaah sehingga selesai witir bersama Imam*
Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai ), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman seumpama bersolat sepanjang malam”. [Riwayat al-Tirmizi]
3) *solat subuh berjemaah*
Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: “ barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.”
(HR Muslim)
Semoga Allah menerima kita semua dan menerima semua Umat ini menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat.. Amin
Us khann Daie
Muhajir Madani
No comments:
Post a Comment